Sniper Al Qassam Tembak Tepat Kepala Seorang Askar Israel Dari Jarak 1KM Buat Dunia Kagum ما شاء الله

Business

Sniper Al Qassam Tembak Tepat Kepala Seorang Askar Israel Dari Jarak 1KM Buat Dunia Kagum ما شاء الله

 Sniper Al Qassam Tembak Tepat Kepala Seorang Askar Israel Dari Jarak 1KM Buat Dunia Kagum ما شاء الله

Sniper Al Qassam Tembak Tepat Kepala Seorang Askar Israel Dari Jarak 1KM Buat Dunia Kagum ما شاء الله
Sniper Al Qassam Tembak Tepat Kepala Seorang Askar Israel Dari Jarak 1KM Buat Dunia Kagum ما شاء الله

Ekoran pembunuhan warga Palestin oleh askar Israel di sempadan, berlaku rusuhan. Dan siapa sangka askar Israel lari pecut selepas seorang darinya ditembak tepat di kepala dari jarak 1km. Allahu. Tolong jangan abaikan artikel ni. Ada VIDEO.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Respons Al Qassam Ni Buat Israel Mula TERKETAR

ASKAR ISRAEL KENA TEMBAK DI KEPALA OLEH SNIPER DARI GAZA

Video askar Israel ditembak sniper ada di hujung artikel. Sebuah stesen televisyen di Lebanon menyiarkan rakaman video yang menunjukkan tentera dari Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang terkena tembakan sniper (penembak hendap) Gaza di bahagian kepala.



Tentera itu mengalami kecederaan ringan, kerana kepalanya dilindungi oleh helmet tempur yang paling terkini.Namun ia cukup menggentarkan seluruh tentera Israel.

Kejadian itu sebenarnya berlaku pada 22 Januari 2019 lalu, tetapi rakaman video baru disiarkan semalam. Menurut stesen televisyen Al-Mayadeen, sniper yang hampir membunuh tentera Zionis itu berasal dari kumpulan Gerakan Jihad Islam Palestin.

Tentera IDF yang kepalanya ditembak oleh peluru sniper Gaza adalah komander dari Briged Payung Terjun. Kejadian itu berlaku ketika rusuhan berlaku di sempadan selatan Gaza.

Dalam video yang disiarkan semalam di seluruh dunia, tentera IDF pada mulanya melepaskan tembakan dari benteng di seberang sempadan Gaza. Seketika kemudian, suara tembakan didengar, dan peluru tembakan dari Gaza mengenai helmet tempur tentera tersebut.

Asap berkepulan dan serpihan peluru melantun jatuh selepas terkena helmet tempur. Askar itu kemudian memegang kepalanya dan berlindung. Jarak tembakan dianggar sejauh 1km. Sniper tersebut tidak dapat dikesan.

loading...






Kumpulan Jihad Islam mengesyaki sniper itu adalah dari anggota sayap ketenteraan kumpulan Saraya al-Quds dan merupakan sebahagian dari tentera Al Qassam yang digeruni Zionis.

“Serangan kumpulan itu tidak dapat dielakkan setelah pegawai (IDF) menembak para penunjuk perasaan, kerana darah kita bukan murah,” kata jurucakap Jihad Islam Palestin Daoud Shehab kepada Al-Mayadeen, yang dipetik dari Times of Israel pada Isnin (02/04/2019) .

Beliau berkata tujuan rakaman video itu adalah untuk mendedahkan beberapa pelanggaran setiap hari oleh tentera Israel terhadap “hak asasi manusia Palestin yang paling asas”.

“Terdapat kesepakatan di kalangan rakyat Palestin dalam memberi tindak balas kepada sebarang pencerobohan Israel,” kata Shehab.

Tentera Israel yang cedera di kepala dibawa ke Pusat Perubatan Soroka untuk dirawat. Menurut pihak berkuasa perubatan, luka kepala dibalut, dan dia dibenarkan pulang ke rumah beberapa jam kemudian.
Serangan yang berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat membuatkan Israel mengancam untuk melancarkan perang baru di Gaza. Pihak berkuasa Gaza kemudian mengutuk tembakan itu dan melancarkan siasatan untuk mencari siapa yang berada di belakangnya.

Menjawab serangan oleh sniper, sebuah kereta kebal IDF memusnahkan pos pemerhatian Hamas di timur Gaza, berhampiran kem pelarian el-Bureij. Beberapa jam kemudian, Angkatan Udara Israel menyasarkan tapak Hamas lain di kawasan pantai.

Menurut Hamas, salah seorang pasukannya terbunuh dalam serangan kereta kebal Israel dan dua anggota lain cedera.

Pada hari Ahad, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hamas bahawa tenteranya akan melancarkan serangan melainkan kekerasan di sepanjang sempadan Gaza berakhir. Menurutnya, tanpa mengira pilihan raya Israel yang akan diadakan pada 9 April ini.

Video Askar Israel Ditembak Kepala oleh Sniper Di Sempadan Palestin
Al-Mayadeen has published a video showing the moment an #IDF officer was shot along the #Gazaborder the other week by sniper fire. The bullet struck his helmet pic.twitter.com/ow3F1ex1tC
— Anna Ahronheim (@AAhronheim) February 3, 2019




-----------------------------------------------------------------