Statut Rom: Banyak Sangat Kekeliruan, Malaysia Tarik Diri – Tun M

Business

Statut Rom: Banyak Sangat Kekeliruan, Malaysia Tarik Diri – Tun M

PUTRAJAYA: Malaysia mengambil keputusan menarik diri dari meratifikasi Statut Rom yang diiktiraf di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Statut Rom: Banyak Sangat Kekeliruan, Malaysia Tarik Diri – Tun M
Statut Rom: Banyak Sangat Kekeliruan, Malaysia Tarik Diri – Tun M

“Terlalu banyak kekeliruan berhubung Statut Rom, jadi kita tidak akan teruskan,” kata Tun M di satu sidang media di sini pada Jumaat.

 “Sama ada kita teruska Statut Rom ini atau tidak, jika kamu melanggar undang undang, kerajaan tetap akan ambil tindakan terhadap kamu.

Dalam situasi ini kita (kerajaan) faham ada gerakan politik sesetengah pihak untuk mendapatkan sokongan dari pemerintah Institusi Raja-Raja agar menentang kerajaan ini.

ARTIKEL MENARIK: “Tolong Bersihkan Lokap Saya, Mungkin Ada Penghuni Baru..” – Anwar Ibrahim



loading...



“Itu motif pihak berkenaan yang cuba mewujudkan kekeliruan mengenai ratifikasi ini. Kita mempunyai keputusan kabinet pagi ini dimina kerajaan tarik balik ratifikasi Statut Rom kerana kekeliruan yang telah diwujudkan oleh pihak terbabit.

 Bukan kerana Statut Rom itu berbahaya kepada negara, tetapi untuk menidakkan tindakan sesetengah pihak cuba menjayakan rancangan politik mereka.

” Jelasnya, Statut Rom mengenai Mahkamah Jenayah Antarbangsa yang diratifikasi pada 4 Mac lalu tidak memberi impak negatif kepada negara.

 Sebaliknya, jika sesebuah negara melakukan tindakan melampau seperti Myanmar dalam pembunuhan etnik Rohingya.

 Ianya boleh diambil tindakan dibawah Statut berkenaan. Beliau berkata demikian selepas sidang media khas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat. Bagaimanapun di Malaysia jelas Tun, tiada masalah diskriminasi,pembunuhan,rompakan, pengabaian kaum atau agama.




Perbezaan dasar negara juga jelasnya, tidak menjejaskan Statut Rom jika ianya dilaksanakan. “Jika di Eropah, gay itu diterima di sana.

Tetapi ianya tidak diterima di Malaysia. Jika kita ambil tindakan penjara, itu melampau dan boleh diambil tindakan dibawah Statut of Rom.

 Sebaliknya jika ianya dibicarakan di Mahkamah dan keputusan undang undang diputuskan. Maka ianya tidak melanggar Statut Rom,” ujar Tun Mahathir.

 Dengan nada tegas, Perdana Menteri sekali lagi mengingatkan rakyat di negara ini serta pemimpin bahawa dengan meratifkasi Statut itu bukan bererti menyerahkan negara.

 Sebaliknya pemahaman itu hanya cubaan pihak tertentu mengelirukan pemahaman rakyat.


 Sumber: Astro Awani
-----------------------------------------------------------------