Umum tahu beberapa hari lalu viral di media sosial gambar seorang janda anak satu didakwa merupakan skandal kepada penyanyi Aliff Aziz, menunjukkan mereka berdua bercium di sebuah kelab malam.
![]() |
(Video) 'Berubahlah Aliff, jangan sampai orang azan kat telinga' - Meri Meifina |
ARTIKEL MENARIK: “Saya Masih Sayangkan Isteri Dan Ingin Hidup Bersamanya.” – Lafaz Cerai PU Abu Terhadap Ain ‘Afini Tidak Sah
Menurut Meri, gambar yang tersebar itu merupakan gambar lama yang dirakam sekitar hujung tahun 2018. Tambahnya, gambar itu disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab selepas telefon bimbitnya hilang di kelab malam sebelum Ramadan.
"Terima kasih kerana viralkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. Tapi gambar itu adalah gambar lama saya dengan dia. Kenapa nak kena naik sekarang?
Loading...
"Ya, telefon bimbit saya baru-baru ini hilang di kelab malam sebelum puasa. Saya tak pasti mereka ambil gambar atau apa dan baru sekarang nak viralkan. Good job Malaysia, tapi macam basi saja," katanya dalam video yang dimuat naik di Facebooknya Khamis lalu.
Meri juga menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff dan menolak dakwaan kononnya dia mahukan publisiti.
loading...

"Semua orang tahu Aliff Aziz tu macam mana. Jangan salahkan perempuan sahaja. Kalau tak mahu laki kamu kena rampas dengan orang, kena wangi sikit. Baru laki tak lari," katanya.
Dalam temubual bersama wartawan mStar Online, Meri menjelaskan dia mengenali Aliff sejak tahun lepas dan sangat rapat sehingga Aliff sanggup bercerita mengenai hal rumah tanggannya yang sedang bermasalah.
Meri mengakui Aliff tinggal bersama dengannya bersama abang-abang angkatnya dan masa itu Meri ada memujuk Aliff agar pulang semula ke rumah kalau sayangkan anak.
"Aliff Aziz, tolonglah berubah sikit. Muka handsome, tak bawa sampai ke mati pun bang. Insaflah, jangan sampai orang azan kat telinga," katanya.
Sumber: mStar Online, Meri Meifina