Meskipun kontroversi menceraikan isteri ketika sarat hamil sudah pun berakhir, namun kisah rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu masih lagi menjadi perhatian ramai.
![]() |
PU Abu Kongsi Kisah Romantis Pikat Hana Azraa, Tapi reaksi Netizen tak di jangka |
ARTIKEL MENARIK: Selepas ramai netizen sindir Kegugurannya, Ini Komen Padu dari Fasha Sandha
Mungkin masih ramai yang masih tidak boleh melupakan kontroversinya sebelum ini, netizen meluahkan rasa meluat dengan sikap PU Abu yang terlalu ingin menunjukkan kemesraan mereka kepada umum.
Loading...


loading...

Tidak kurang juga ada netizen menempelak program tersebut kerana menjemput pasangan itu untuk ditemubual. Kata netizen lagi, pendakwah muda itu sepatutnya diboikot daripada muncul di kaca televisyen.
Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa.
‘Ayah mohon maaf, banyak buat salah semasa awak dalam kandungan’
PESERTA Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan menimang cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki, Jumaat lalu.
Menerusi entri yang baru dimuat naik ke Instagram, dia yang dikenali sebagai PU Abu memaklumkan bekas isterinya, Ain Afini Latiff, selamat melahirkan bayi mereka di Hospital Shah Alam pada jam 12.55 tengah hari.
“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan.
“Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi,” tulisnya.

PU Abu turut meluahkan penghargaan terhadap Ain yang bersusah payah melahirkan zuriat mereka.
“Terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia,” tambahnya.
Difahamkan PU Abu berada di hospital untuk menyambut kelahiran anak sulungnya itu.
“Selepas bayi lahir, tangan saya yang menyambutnya. Saya terharu dapat azan di telinganya,” kata PU Abu kepada portal Mstar.
PU Abu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila didakwa menceraikan Ain dan mengahwini seorang wanita lain, ketika Ain sedang sarat hamil.
SUMBER BEAUTIFULNARA via Tube Viral