Sudah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon cantiik Nur Fazura, pelakon Fattah Amin mengakui kehidupannya kini sangat bahagia. Ujarnya, disebalik kejayaannya, Fazura adalah wanita yang banyak mendorongnya dan sentiasa ada ketika susah mahu pun senang.
![]() |
“Alhamdulillah Allah Makbulkan” Fattah Amin bersyukur atas nikmat ini |
ARTIKEL MENARIK: Selepas memohon Zakat, Reza Hasbi Masih Sedih Sebab
Doa dimakbulkan dapat wanita yang setia disisi.
“Fazura banyak membantu saya. Kan orang cakap, di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita. Wanita itu adalah Fazura,” katanya kepada Media Hiburan, tanda bersyukur.
Ditanya mengenai soal zuriat, Fattah memberitahu dia dan Fazura menyerahkan soal itu kepada ketentuan rezeki dan meminta para peminat mendoakan agar mereka dipermudahkan untuk mendapat cahaya mata.
“Saya tak salahkan orang untuk tanya soalan itu. Bila kita tak kahwin orang tanya bila nak kahwin. Bila dah kahwin, orang tanya bila nak ada anak.
Loading...

“Kami sama-sama berusaha tapi rezeki itu datang daripada Allah Taala. Doakan supaya Fattah dan Fazura dapat baby tidak lama lagi,” katanya.
loading...
Bulan lepas, Fattah Amin sebak dengan pemergian ‘Atok’
Fattah Amin berkongsi detik duka apabila datuk kesayangannya, Musa Omar menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.
Berita pilu terbabit dikongsi Fattah menerusi sekeping foto memaparkan van jenazah di Instagramnya.
Sedih dengan perkhabaran berkenaan, Fattah turut berkongsi pengalaman manisnya membesar dengan kasih sayang datuknya itu.
“Maka dibawa bersama kenangan ketika kecil seringkali dibawa berjalan naik motor belakang Atok untuk ikut pergi ‘mengopi’.

“Kenangan duit rayaku dimasukkan terus di dalam poket bukan sampul raya, kenangan jadi cucu yang paling dimanjakan kerana ‘cucu sulung’ maka kenangan itu menghiasi sulam memori indah ketika kecil akan terpahat sehingga hari-hari mendatang Insya-Allah,” katanya.
Dalam pada itu Fattah turut berdoa agar datuknya dimuliakan tempatnya dalam kalangan orang beriman.
“Moga pemergian Atok ku Musa Omar di hari penghulu segala hari di muliakan tempatnya di kalangan orang yang beriman… Amin,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Rotikaya via Tube Viral