Selepas memohon Zakat, Reza Hasbi Masih Sedih Sebab

Business

Selepas memohon Zakat, Reza Hasbi Masih Sedih Sebab

Pelakon Reza Hasbi sedih apabila masih dikecam oleh netizen gara-gara luahan mengenai kesempiitan hidup sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat pada hujung Mei lalu.

Selepas memohon Zakat, Reza Hasbi Masih Sedih Sebab
Selepas memohon Zakat, Reza Hasbi Masih Sedih Sebab

Walaupun sudah sebulan berlalu, dia masih menerima mesej berbentuk sindiran daripada netizen yang mempersoalkan niatnya meminta bantuan zakat dan beranggapan dia seorang yang pemalas dan cuba mengambil hak orang lain yang lebih susah.

ARTIKEL MENARIK: Degupan Jantung Terhenti, Zila Bakarin Redha Ketentuan Allah


“SETELAH SEBULAN BERKONGSI CERITA MENGENAI KESEMPlTAN HIDUP, MASIH ADA NETIZEN YANG SINDIR DAN PERLI-PERLI SAYA SERTA KELUARGA DI LAMAN SOSIAL KONONNYA PEMALAS DAN NAK AMBIL HAK ORANG LAIN YANG LEBIH SUSAH.
Untuk perniagaan
“SEBENARNYA, SAYA BUKANLAH NAK MINTA ZAKAT YANG DIPERUNTUKAN UNTUK ORANG FAKlR MISKIN, SEBALIKNYA HANYA TERFIKIR UNTUK MEMOHON ZAKAT BAGI MEMULAKAN PERNIAGAAN ATAU APA-APA YANG SESUAI DENGAN KEADAAN SAYA.

Sedar diri
“SAYA PUN MASIH SEDAR DIRI DAN TAK AKAN AMBIL HAK ORANG LAIN. ADA ORANG LEBIH SUSAH DAN LAYAK UNTUK MENERIMA ZAKAT ITU,” – REZA HASBI.
Menurut Reza, dia bersyukur menerima beberapa tawaran berlakon drama dan filem serta walaupun hanya watak sampingan, memetik mStar.
Selain itu, dia juga membantu menjual produk milik seorang usahawan dan ikon fesyen terkenal untuk menjana pendapatan untuk keluarga.

Loading...

Sebelum ini Reza Hasbi sanggup jadi kontraktor kampung, ambil upah pasang siling rumah
LUAHAN pelakon Reza Hasbi yang tidak menerima tawaran berlakon hingga menjejaskan pendapatannya untuk menyara keluarga menerima pelbagai reaksi netizen.
Malah rata-rata mempertikaikan niatnya untuk meminta bantuan zakat kerana beranggapan dia seorang yang pemalas dan sekadar mahu bergantung harap kepada dunia hiburan.
Enggan membiarkan netizen terus menghinanya tanpa mengetahui situasi sebenar, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah, 30, berkongsi mengenai pekerjaan sampingan yang dilakukan demi mencari rezeki.

loading...



Reza dedah pernah mengambil upah buat siling rumah orang.



“Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan. Walaupun aku artis tapi aku sedar di mana aku dulunya.
“Aku maafkan mereka yang memperlekehkan kehidupan aku. Ni masa aku tak ada job sebelum puasa hari tu. Aku ambil upah buat siling rumah orang.
“Aku tak malu berpakaian seperti itu, aku tak malu badan aku bau ketiak, aku cari rezeki untuk anak isteri aku,” ujarnya.
Sumber : Ohmedia via Tube Viral


-----------------------------------------------------------------