Penyanyi Aishah menuntut pengasas kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida supaya membayar nilai barang kemas RM80,000 yang dipilih penyanyi itu.
![]() |
Selepas Sengketa Dengan Vida Berakhir Melalui Mediasi, Ini Tuntutan Aishah Dalam Tempoh Dua Minggu |
ARTIKEL MENARIK: Bekas Suami Ditudvh Lukis TAT00,Ini Pendedahan Mengejut Bella saat sampai Malaysia
Terdahulu iaitu pada 1 Julai lalu, kedua-dua mereka telah mengadakan persetujuan penghakiman (mediasi) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mencari titik noktah persengketaan yang timbul.
Namun, jika Vida tidak menuruti arahan dikeluarkan dalam perjanjian tersebut, tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan bakal diteruskan Aishah melalui peguamnya, Mohammad Izwan Azmi dan Mazniza Mohd. Kamil.
Loading...

Kredit foto: Instagram @aishahjmm
loading...
“Vida perlu menggantikan barang kemas berlian asli dengan harga pameran berjumlah RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai .
“Selain itu juga, saya berhak untuk memilih berlian tersebut di sebuah kedai emas yang telah dipilih oleh Vida iaitu di pusat membeli-belah di Bangsar.
“Vida juga diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka dihadiri pihak media yang perlu diadakan sebelum 17 Julai,” kata Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin dalam sidang media yang diadakan hari ini di Ramziela Delight, Petaling Jaya.
Antara lain, jutawan kosmetik itu diarahkan membayar kos RM7,500 kepada akaun peguamcara Aishah pada atau sebelum 7 Julai.
Terdahulu, juara Gegar Vaganza (GV) musim keempat terbabit mendedahkan rantai hadiah kejuaraannya daripada program realiti berkenaan adalah tidak bernilai dan bukan berlian asli berdasarkan satu laporan penyelidikan rasmi yang dibuat.
Perkara itu terbongkar selepas Aishah mendapatkan jawapan daripada sebuah kedai barang kemas.
Sementara itu, Izwan memaklumkan tindakan undang-undang telah dibuat terhadap syarikat Bina Mega Empire atas kegagalan melunaskan hadiah berupa sebidang tanah.
Sumber berita: MHE TV via Iluminasi | Semua Artikel