Seorang lelaki berusia 22 tahun pengsan ketika menjalani hukuman sebat 100 kali kerana didapati berzina di Aceh, semalam.
Lelaki didapati bersalah kerana berzina, dihukum sebat 100 kali sampai pengsan |
ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Gila scary!' - Mangsa terakam wajah lelaki gatal yang mengintainya dari bawah pintu jamban
Loading...
Sebaik saja selesai menjalani hukuman itu, lelaki terbabit terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, lelaki itu didapati bersalah kerana berzina dengan seorang wanita di perkarangan sebuah masjid di daerah Aceh Timur, bersama dengan seorang lagi lelaki yang turut mempunyai hubungan dengan wanita itu.
loading...
Wanita terbabit juga dikenakan hukuman sebat 100 kali.
Julai lalu, tiga penduduk Aceh dikenakan hukuman sebat 100 kali kerana melakukan hubungan seks tanpa nikah. Pada tahun yang sama, dua lelaki yang melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan bawah umur juga menerima hukuman yang sama.
Pada Oktober 2019, pihak berkuasa Aceh telah menetapkan pemburu haram yang mengancam keselamatan orang utan, harimau dan hidupan liar lain juga disebat 100 kali.
Undang-undang syariah di Aceh menetapkan, mana-mana individu yang melakukan zina, hubungan songsang, berjudi dan minum arak akan dikenakan hukuman sebat.