Salah seorang anggota pasukan khusus Tentera Laut Diraja Thailand yang terlibat dalam misi menyelamatkan 12 pemain bola sepak remaja tempata di Gua Tham Luang, Chiang Rai, Jun tahun lepas dilaporkan telah meninggal dunia, Jumaat lepas.
Menderita Jangkitan Kuman Selepas Misi Menyelamat Gua, Anggota Navy SEAL Thai Meninggal Dunia |
ARTIKEL MENARIK: Denda Parking Kereta Paling Pelik Hanya Di Russia
Loading...
Bagaimanapun kenyataan berkenaan tidak menjelaskan secara terperinci mengenai jangkitan kuman tersebut.
Kematian Pakbara menjadikannya anggota tentera kedua yang meninggal dunia terlibat dalam misi berkenaan selepas veteran pasukan khusus yang sama, Lieutenant Komander Saman Gunan, 37, maut dalam operasi ulang bekal tabung oksigen selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam salah satu laluan gua yang berair.
loading...
Menurut laporan Dailymail UK dan The Bangkok Post, jenazah Allahyarham dikebumikan di Masjid Talosai di negeri kelahirannya, Satun, hari yang sama.
Allahyarham juga akan dinaikan pangkat ke Liutenant dan menerima sebanyak 465 ribu Baht (RM 63 ribu) dari tabung tentera.
Kisah misi menyelamat yang mendapat perhatian seluruh dunia itu turut melibatkan lebih daripada 1000 orang penyelamat dari pelbagai negara yang berlumba dengan waktu untuk mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap.