Sebelum ni lsrael dok merayu negara Islam bantu dia lawan Covid-19. Pada masa sama, dia buat tindakan kejam terhadap klinik Covid-19 di Palestin buat dunia kejam. Mengejutkan. Ada gambar2. Baca selanjutnya.
Covid-19. Tindakan Kejam lsrael Terhadap Klinik Palestin Ni Buat Dunia GERAM |
Serang Dan Musnahkan Klinik Pesakit Covid-19
Ketika dunia sedang ‘berperang’ dengan penularan wabak Covid-19, rejim zionis terus bertindak kejam memusnahkan sebuah klinik bagi pesakit virus tersebut yang masih dalam pembinaan di Tebing Barat.
ARTIKEL MENARIK: Suami Bakar Isteri Dalam Lori. Ini Puncanya.
loading...
Menerusi laporan The Palestine Chronicle, tentera Israel menceroboh masuk ke dalam sebuah kampung yang menempatkan penduduk Islam Palestin di Lembah Jordan sejak Khamis lalu.
Rejim zionis bertindak merobohkan klinik komuniti dan kediaman sementara penduduk selain merampas bahan binaan yang ingin mendirikan klinik berkenaan.
Mereka juga merampas bahan besi, tiang khemah serta cadar dan bahan yang sepatutnya digunakan untuk mendirikan lapan khemah. Selain itu, sebuah mesin penjana elektrik, pasir, blok simen dan batu-bata turut dirampas.
loading...
Laporan tersebut turut menyatakan setakat ini terdapat 97 kes disyaki Covid-19 di wilayah Palestin dengan satu kes kematian pada minggu lalu.