Dikatakan sudah tinggal sekali dengan isteri. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Sharnaaz Ahmad tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Business

Dikatakan sudah tinggal sekali dengan isteri. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Sharnaaz Ahmad tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Dikatakan sudah tinggal sekali dengan isteri. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Sharnaaz Ahmad tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.
Dikatakan sudah tinggal sekali dengan isteri. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Sharnaaz Ahmad tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.

Pelakon Sharnaaz Ahmad memilih untuk berbaik dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila untuk ‘co-parenting’ bagi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden. Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz menyatakan perkara yang diutamakan sekarang ini adalah untuk membesarkan Jebat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa.


“Kami berbaik untuk ‘co-parenting’ dengan keadaan sekarang ini. Jadi, tak ada benda yang menyakitkan hati antara satu sama lain sebab yang penting adalah untuk membesarkan Jebat bersama-sama. “Nak kata ke arah rumah tangga semakin elok itu subjektif.

ARTIKEL MENARIK: Mengejutkan Fizo Omar Masukkan Gambar Bertudung. Akhirnya Mawar Karim Beri Respon Padu Bila Gambar Fizo Tu Mirip Sangat Dengan Dirinya
loading...


Apa yang saya utamakan sebagai seorang manusia adalah nak berkawan dengan dia. Dia adalah wanita dan ibu kepada anak saya dan kami matang dalam menguruskan hal ini. “Saya bapa kepada Jebat. Saya tak boleh buang masa dan abaikan tanggungjawab seperti makan minum dan pakaian Jebat. Saya urus dan belikan.

“Macam Nabila, dia laksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Setiap hari saya berhubung dengan Nabila tanya pasal Jebat. “Kalau saya nak jumpa Jebat, saya bagitau Nabila. Kadang-kadang saya belikan ‘extra’ makanan dan hantar kepada Nabila dan Jebat. Saya bertindak sebagai seorang kawan yang matang,” katanya.

Tambah pelakon filem p0lis Evo 3 ini, dia merasakan ini bukanlah masa yang sesuai untuk membincangkan soal rumah tangga mereka. Bagi pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini, dia hanya ingin Jebat gembira sebagai anaknya dan Nabila.

“Untuk kami bincang soal perkahwinan, saya rasa mungkin tak sesuai. Itu saja. Tetapi untuk ‘co-parenting’, saya tak ada masalah. Saya nak Jebat gembira. “Mungkin sebagai suami isteri kami tak berjaya, tapi ‘co-parenting’ kami berjaya. Apa salahnya?” katanya lagi.

Ketika ini, kes perpisahan Sharnaaz dan Nabila masih berjalan. Pasangan ini bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK

Dengki Dengan Kebaikan Yang Ustaz Ebit Buat. Sharnaaz Ahmad Pula Mula Bersuara Sound Setepek Ustaz Abu Buat Warganet Terkedu.

Niat Ustaz Ebit Lew menyalurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dicemari dengan suara sumbng yang tidak berpuas hati dengan pendakwah itu. Atas nasihat p0lis, Ustaz Ebit tidak akan lagi turun padang menolong fakir miskin. Pelakon Sharnaaz Ahmad menyatakan sokongan untuk Ustaz Ebit dan turut memberi amaran buat pengkr1tik.

Menurut Sharnaaz menerusi video di saluran Youtubenya, kerja-kerja amal dilakukan ramai pihak bergantung kepada niat dan nawaitu masing-masing. Apa yang kurang disenanginya adalah timbul kritikan terhadap mereka yang melakukan kerja kebajikan sebegitu.

Individu yang sebelum ini mengkritik Ustaz Ebit Lew memuat naik foto dan video fakir miskin dan melabel perbuatan tersebut sebagai haram turut menjadi isu utama diutarakan Sharnaaz.

Hang toksah cari pasal la musbat oi. Kalau aku yang buta perut (tidak arif) hal agama pergi sound dia (Ustaz Ebit) tak kenalah, sebab aku sendiri pun jhil. Sejahl-jahl aku pun aku tau apa yang dia (Ustaz Ebit) lakukan tu ke arah kebaikan.

Aktor yang dikenali sebagai antara yang lantang menyuarakan pendapatnya berkenaan pelbagai isu ini juga meluahkan sokongan buat Ustaz Ebit. Buat Ustaz Ebit, aku memang respect dekat hang! Jangan pedulikan pada musbat-musbat yang tidak puas hati. Apa yang hang buat ni ustaz, bukan setakat bangsa Melayu beragama Islam saja bangga, agama lain pun pandang tinggi dekat hang. Teruskan ustaz. Ustaz Ebit Lew, wa sayang sama lu.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : OHBULAN
loading...


Sharnaaz nekad taknak lepaskan Nabila. Akhirnya Nabila dedahkan juga punca dia berkeras minta dilepaskan. Ramai terkejut bila tahu punca sebenar

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 35, melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini. Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan perpisahan yang difailkan isterinya, Nor Nabila.

Terdahulu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan tersebut. Peguam syarie, Azmi Mohd Rais memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nor Nabila, 34.

“Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju,” katanya. Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan. Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?

Sharnaaz: Betul. Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?. Sharnaaz: Tidak. Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil pada prosiding akan datang. Nor Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan perpisahan pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nor Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan perpisahan antaranya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun. Defendan juga did@kwa hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.

Nor Nabila mend@kwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan. Sharnaaz dan Nor Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Jebat Ahmad yang berusia setahun.

Nor Nabila ketika ditemui di luar mahkamah tidak dapat menahan sebak dan berharap anak mereka menjadi keutamaan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sinar harian via Era Kini


-----------------------------------------------------------------