Memey nak ada baby lagi. Akhirnya Norman Hakim tampil bongkarkan sesuatu tentang Memey buat warganet terkedu.

Business

Memey nak ada baby lagi. Akhirnya Norman Hakim tampil bongkarkan sesuatu tentang Memey buat warganet terkedu.

Memey nak ada baby lagi. Akhirnya Norman Hakim tampil bongkarkan sesuatu tentang Memey buat warganet terkedu.
Memey nak ada baby lagi. Akhirnya Norman Hakim tampil bongkarkan sesuatu tentang Memey buat warganet terkedu.

Pelakon Norman Hakim menafikan dakwaan isterinya, Memey Suhaiza kini sedang berbadan dua ekoran satu posting yang dimuat naik di Instagram yang memberitahu isterinya mengidam makanan Jepun. Menurut Norman, status ‘mengidam’ tersebut tidak ada kaitan dengan perkhabaran baharu mengenai zuriat mereka.


“Hahaha, tak adalah, mana ada mengandung. Cuma craving (teringin) sangat je nak makan teppanyaki,” katanya menerusi kiriman WhatsApp ketika dihubungi Gempak. Menurut Norman lagi, ‘budak kecik’ yang dimaksudkan dalam tulisan kapsyennya juga tidak membawa apa-apa maksud tersirat.

ARTIKEL MENARIK: Datin Shahida terkejut bila Dato Alif beri duit raya yang banyak pernah dapat. Tak sangka ini jumlah yang mengejutkan Datin Shahida dapat lepas berbaik dgn suaminya
loading...


“Buat masa sekarang tak ada lagi (bayi),” katanya. Terdahulu, Norman memuat naik satu posting di Instagram yang memberitahu isterinya sedang mengidam makanan Jepun. “Budak kecik ni mengidam pulak nak makan makanan Jepun. Wifey @memeysuhaiza tak nak tapau, dia nak makan kat luar juga, nak ‘tukar angin’ katanya,” tulisnya.

Perkongsian status itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan warganet yang menyangkakan pasangan itu bakal menerima kehadiran cahaya mata baharu. “Wah, nak ada baby lagi ke? “Wah Mikayla nak dapat adik ke?,” tulis sebahagian netizen di ruangan komen.

Pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2. Menerusi perkahwinan pertama dengan aktres Abby Abadi, Norman mempunyai tiga anak juga, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 12.

Saksikan program yang menampilkan Norman Hakim di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah covid-19!

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak


loading...


Teruja dapat jumpa dengan Erra dan Awie. Norman bongkarkan sesuatu tentang dirinya yang ramai tak tahu.

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).

Pelakon dan hos, Norman Hakim berasa gembira dapat bertemu Datuk Awie dan Erra Fazira di studio rakaman Mingguan Wanita baru-baru ini. Menurut Norman, dia pernah mengejar dua artis popular itu untuk bergambar dan mengambil autograf suatu ketika dahulu.

“Dulu pernah berkejar nak bergambar dan minta autograf hero dan heroin Sembilu ini. Alhamdulillah hari ini dapat bergambar sebelah dan bekerjasama sekali. “Pernah Allah beri peluang jadi hero kepada heroin filem Sembilu ini dalam filem Pasrah.

“Cepat betul masa berlalu, betul, Allah tak akan ubah nasib seseorang kalau kita tak berusaha untuk mengubahnya. Peringatan pada diri sendiri supaya sentiasa sedar asal usul dan dari mana kita pernah bermula,” tulis Norman di laman Instagram.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Norman di ruangan komen. Rata-rata mereka gembira melihat pertemuan tiga bintang itu dan berharap agar mereka muncul berlakon bersama. Siaran langsung Mingguan Wanita berdurasi 60 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi di Astro Prima (105) dan Prima HD (121)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

‘Norman ubah saya’

PELAKON Memey Suhaiza menyifatkan suaminya yang juga pelakon Norman Hakim sebagai suri teladan untuknya berubah ke arah lebih baik. Memey, 30, atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berkata Norman tidak pernah memaksa sebaliknya sentiasa memberi contoh yang baik menerusi amalan dan solat.

“Sejak kecil saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat penyayang. Alhamdulillah, antara nikmat terbesar saya adalah apabila dapat bersama keluarga ini. “Selepas berkahwin dengan suami tidak pernah paksa saya bertudung. Dia masih beri kelonggaran kerana ketika itu saya masih fikir nak berlakon.

“Namun, suami membimbing dan tunjukkan contoh kepada saya. Dia tidak pernah tinggal solat malah sentiasa melakukan solat sunat Dhuha, Tahajud dan lain-lain. Semua itu jadi amalan harian dan saya nampak,” katanya. Memey yang berkongsi perkara itu menerusi program Seminar Keluarga Sunnah bersama pendakwah bebas Ebit Lew berkata, bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi juga antara individu yang banyak beri tunjuk ajar.

“Saya masih ingat, detik sebelum saya dan kak Abby jadi baik macam sekarang. Kali pertama jumpa, di peluk saya dan cakap kalau saya sayangkan suami pakai tudung. “Ketika itu kami belum bertegur lagi, masih dalam situasi dingin.

Apa diperkatakan kak Abby tinggalkan impak besar hingga asyik terfikir mengenainya. “Di sebalik apa berlaku dalam kehidupan, saya dipertemukan dengan kak Abby yang sangat baik. Malah, saya bersyukur ada orang yang sentiasa jadi suri teladan buat diri ini,” katanya.

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------