Mengejutkan baru je umum sudah berbaik dengan Aliff Aziz tiba tiba Bella Astillah tampil bersuara bongkarkan tak dapat beraya bersama tahun ini. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Business

Mengejutkan baru je umum sudah berbaik dengan Aliff Aziz tiba tiba Bella Astillah tampil bersuara bongkarkan tak dapat beraya bersama tahun ini. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Mengejutkan baru je umum sudah berbaik dengan Aliff Aziz tiba tiba Bella Astillah tampil bersuara bongkarkan tak dapat beraya bersama tahun ini. Rupa rupanya ini yang terjadi.
Mengejutkan baru je umum sudah berbaik dengan Aliff Aziz tiba tiba Bella Astillah tampil bersuara bongkarkan tak dapat beraya bersama tahun ini. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah positif walaupun tidak dapat berhari raya bersama suami kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bella ketika dihubungi Gempak berkata, walaupun terasa sedikit kekurangan pada Aidilfitri tahun ini, namun demi keselamatan dan kesihatan diri dan anak, mematuhi arahan kerajaan adalah yang terbaik.


Bagaimanapun Bella mengakui pada awalnya perasaan ingin berhari raya bersama suami itu ada, tetapi selepas mengambil kira beberapa faktor Bella membatalkan hasrat tersebut. Tambahan lagi pada masa sekarang teknologi semakin canggih, pelbagai aplikasi boleh digunakan supaya tidak terasa berjauhan.

ARTIKEL MENARIK: Warganet Terkejut Bila Wany Hasrita Buat Pengakuan. Katanya Bila Tersilap Pilih Suami Semuanya Berakhir. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yg Berlaku Padanya.
loading...


“Bella dan Aliff memang tak dapat beraya bersama sebab keadaan sekarang, tapi Bella faham ia adalah untuk kebaikan bersama. Mula-mula tu terfikir juga cara nak beraya dengan suami tapi Bella positif sahaja. Lagipun sekarang ni dah macam-macam teknologi kita ada.

“Kita boleh video call atau guna aplikasi untuk beraya beramai-ramai secara maya. Tak ada masalahlah pada Bella. “Lagipun bila keadaan dah okay, Ayden akan jumpa juga dengan ayah, atuk dan nenek serta ahli keluarga lain di Singapura,” katanya positif.

Bercakap tentang persiapan hari raya, Bella akui tahun ini perbezaan agak ketara kerana tidak dapat pulang ke kampungnya di Sabah. “Raya tahun ni memang berbeza dengan tahun-tahun sudah sebab Bella tak balik kampung dan memang beraya di Kuala Lumpur.

“Selalunya Bella akan beraya di Sabah atau Singapura tapi kali ni tak dapat. Memang terasa, tetapi asalkan Bella ada mama, ayah, anak dan adik beradik di sini, Bella okay dah bersyukur. “Cumanya tahun ini sambutannya agak sederhana, kemas-kemas rumah, hias sikit-sikit supaya ada suasana raya.

“Tapi yang seronok, kami buat kuih raya bersama-sama. Macam-macam jenis kami buat, adalah rasa perasaan nak raya tu kan,” katanya teruja. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Sumber : GEMPAK

Akui Diri Kini Sedang Hamil. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Bella Astillah Tampil Buka Mulut Dedahkan Hubungan Dia Dengan Aliff Aziz.

PENYANYI Bella Astillah mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah. Bella menerusi Instagram turut mengakui dirinya kini sedang hamil. “Ya saya (berbadan dua) doakan Bella tau”

Bella membalas komen netizen yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff.

“Alhamdulillah masih dalam edah lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula” ujarnya menjawab beberapa soalan warganet. Rabu lalu, Bella memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai segmen Suria Petang Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang ini hanya mendiamkan diri.

Sementara itu, menjawab komen waragnet tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah. “Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan”

“Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa, ” ujar Bella. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku menduakan. Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas berpisah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Bella Astillah Hamil. Akhirnya Teka Teki Terjawab Bila Bella Astillah Tampil Dedahkan Cerita Sebenar.

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah seakan-akan memberi bayangan hubungan dia dan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri. Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai Suria Petang iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan kepada Bella khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.

Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali. Menurut Bella, dia hanya ingin menghormati kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi krisis penularan wab4k C0vid-19 yang sedang melanda.

“Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus,” katanya. Sesi temu bual Sharifah Shahirah dan Tyzo bersama penyanyi lagu Tenang itu disiarkan pada pukul 4.42 petang, Rabu dalam satu panggilan telefon.

Menerusi laporan mStar pada 17 April lalu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum. Kata Bella, dia tidak berniat untuk menipu namun hanya belajar daripada kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikritik.

Dalam pada itu, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella mengenai spekulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua. “Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya. “Alhamdulillah. Doakan Bella,” katanya ringkas. Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas abang kepada penyanyi Aisyah Aziz itu beberapa kali kantoi menduakan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MSTAR


loading...


Nekad Buat Ujian Saringan Covid 19 Sebab Dah 4 Hari Demam. Akhinya Bella Astillah Tampil Dedahkan Keputusan Ujian Tersebut Buat Warganet Terkedu.

BIMBANG dijngkiti wabak Covid-19 berikutan mengalami demm, pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja berasa tidak sihat. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkata dia sudah menerima keputusan ujian tersebut pada Rabu dan disahkan dirinya bebas daripada wab4k tersebut.

Malah, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini juga menjalani pemeriksaan di sebuah klinik untuk memastikan keadaan kesihatannya. “Sebenarnya saya dah tiga, empat hari juga tak sihat. Tapi masa hari pertama rasa badan tak sihat, saya terus pergi buat pemeriksaan dan lakukan ujian saringan wab4k Cov1id-19.

“Bimbang juga, kalau-kalau saya ada simpton wab4k tersebut. Alhamdulillah, saya sudah dapat keputusan ujian dan saya disahkan negatif Covi1d-19. “Selepas itu, saya ada bertemu doktor di klinik untuk periksa keadaan kesihatan saya. Doktor kata tekak saya merah dan sedikit bengk4k. Mungkin disebabkan saya kurang minum air.

“Bibir saya pun jadi bengk4ak disebabkan ada ulser. Jadi, jangan risau saya hanya demam biasa sahaja,” katanya kepada mStar. Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi. Sebelum itu, IG Live bersama mStar, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat Bella yang tidak henti b4tuk sepanjang sesi temu bual tersebut.

Selain kebimbangan mengenai kesihatannya, ada juga segelintir peminat yang ingin mengetahui status hubungan Bella dengan bekas suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz. Malah, bait-bait lirik lagu terbaharunya judul Tenang juga dilihat seakan-akan memberi gambaran hubungan pasangan itu sudah kembali pulih selepas dilanda kontroversi.

Bella menjelaskan lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan hubungan mereka dan dia memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya. “Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terlvka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula.

“Tapi lagu itu tak ada kena mengena dengan hubungan saya. Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi dan orang sendiri tak tahu bila kami berbaik. “Bukan niat saya nak meni1pu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi.

“Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, Insya-Allah saya dan Aliff akan kongsikan,” ujarnya. Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi menduakan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar

Bella sedia terima Aliff Aziz semula

PELAKON dan penyanyi, Bella Astilah tidak menolak untuk menerima semula bekas suaminya yang juga penyanyi, Aliff Aziz. Bella berkata, dia terima sekiranya itu adalah jalan terbaik untuk anak mereka Mohamad Ayden Adrean.

“Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula walaupun orang akan bercakap macam-macam,” katanya. Bella yang ditemui di sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) berkata, dia sendiri tidak pernah membenci Aliff.

“Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenci dia. Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan,” katanya.

Bella juga berkata, dia percaya bahawa perpisahan antara dia dan Aliff banyak mengubah Aliff menjadi orang yang lebih baik. “Saya susah nak dekat dengan lelaki lain. Saya percaya, perpisahan itu mengajar dan mematangkannya. Saya percaya apa yang berlaku, banyak mengubah dia.

“Saya tak mahu meletakkan harapan 100 peratus. Sekarang, saya cuma ‘go with the flow’,” katanya. Bella juga kerap membawa Ayden untuk bertemu bapanya di Singapura. “Dalam sebulan, ada beberapa kali saya akan ke Singapura dan setiap kali itu juga saya akan ambil waktu untuk membawa Ayden bertemu dengan Aliff.

“Di sana, Aliff sebenarnya sedang sakit. Keluarganya sedang berusaha mencari alternatif untuk mengubatinya. Saya pun hanya mampu berdoa supaya semuanya dipermudahkan,” katanya. Ditanya mengenai sakit yang dialami Aliff, Bella memaklumkan bahawa bekas suaminya itu berdepan dengan perkara mistik.

“Apabila dirujuk kepada ustaz, kami dimaklumkan bahawa ada orang yang tidak berpuas hati dengan Aliff dan inginkan dia sakit sehingga menjadi tak betul. “Saya sendiri pun terkejut kerana dalam zaman sekarang pun, masih ada lagi benda-benda sebegini. Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Kalau sakit dari segi fizikal, mungkin kita boleh bantu tapi apabila sakitnya membabitkan perkara ghaib, sedikit sukar untuk mencari penawarnya,” katanya. Terbaru, Ayden tersenarai dalam senarai Top 20 untuk kategori Si Cilik Meletop di AME2020.

Hati saya tertutup buat masa sekarang – Bella Astillah

PENYANYI dan pelakon, Bella Astillah, 25, mengakui menutup pintu hatinya untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki buat masa sekarang. Menurut bekas isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz itu, dia kini ingin memfokuskan kepada anak dan karier seninya.

“Hati saya betul-betul tertutup buat masa sekarang. Saya nak tumpukan kepada keluarga sebagai keutamaan dan karier seni. “Insya-Allah, saya merancang untuk membawa kedua ibu bapa ke Tanah Suci menunaikan umrah pada November ini,” katanya kepada Harian Metro.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berkata, kehidupannya kini lengkap bersama keluarga serta anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2. “Buat masa sekarang, saya tak ada terfikir mengenai lelaki atau ingin memiliki teman lelaki kerana lebih kepada ‘family oriented’.

“Dengan adanya Ayden serta ibu bapa, ini pun sudah cukup lengkap buat saya,” katanya. Ditanya mengenai keadaan Ayden yang kini berjauhan dengan Aliff, Bella memaklumkan anaknya kerap bertanya mengenai bekas suaminya itu apabila terlihat gambar.

“Kalau Ayden nampak gambar Aliff, dia akan memanggil ‘daddy daddy’. Saya pun tak boleh nak jelaskan kepadanya kerana dia terlalu kecil untuk faham situasi yang berlaku. “Jadi, setiap kali dia memanggil ayahnya, saya akan buat panggilan video dengan Aliff. “Apabila dia dah cukup besar untuk faham apa yang berlaku, saya akan jelaskan kepadanya,” katanya. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan sah berpisah dengan talak satu pada 16 Mei 2019

via Era Kini
-----------------------------------------------------------------