Nekad Untuk Hentikan Rawatan. Akhirnya Elyana Tampil Buka Mulut Dedahkan Keadaan Kesihatan Dia Sekarang. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Jadi. |
Selepas lapan tahun bergelut dengan sakit limfoma, penyanyi Elyana memutuskan untuk berhenti menjalani rawatan kimoterapi. Pilihannya itu bagi memberikan ruang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan kemudahan di hospital.
“Sekarang, negara kita sedang dilanda c0v1d-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di h0sp1tal berbanding saya. “Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi peny4kit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah,” katanya kepada Harian Metro.
ARTIKEL MENARIK: Mengejutkan ini luahan ikhlas Adam AF bila terjumpa dengan Fiza Halim dan suami barunya. Tak sangka ini luahannya.
Kali terakhir Elyana menjalani rawatan adalah pada awal tahun lalu. “Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan sakit sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya.
“penul4ran itu menyebabkan saya hampir lvmpuh. “Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kemoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar,” katanya.
Kongsi Elyana, tahap kesihatannya yang baik itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya. “Saya fikir apa yang membuatkan saya bertahan adalah pengambilan makanan semula jadi. “Saya kurangkan pengambilan ubat, sebaliknya, amalkan pemakanan sihat,” ujarnya. Elyana sebelum ini mendedahkan dia sakit limfoma tahap empat selepas tersingkir dari rancangan realiti Gegar Vaganza 2017.
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Sumber : Gempak via Era Kini