Usia dah 50 tahun tapi masih jadi rebutan ramai. A Aida dedahkan dapat banyak jambak bunga dari lelaki misteri. |
“Siapa yang hantar bunga ni?? Ya Allah cantiknya gubahan. Bunga apa yang mcm kobis ni??” Tak tahu siapa yang hantar. tak ada nama.. allhamdulillah dan tq pada pengirim misteri ni yang buat hati cair ni, tapi xtahu pada siapa. Siapakah gerangan?”
Demikian entri dimuatnaik penerbit terkenal, Datuk A Aida di Instagram beliau. Menurut Aida, beliau menerima 16 jambak bunga daripada pengirim misteri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 20 April lalu.
ARTIKEL MENARIK: Sempat Pesan Dekat Suami Supaya Tidak Gunakan Harta Untuk Kahwin Lain. Rupanya Ini Yang Terjadi Pada Sharifah Shahora Sampai Dia Pesan Macam Tu.
Aida berkata, walaupun sudah 22 hari berlalu, dia masih lagi mendapat kiriman bunga sehingga hari ini. ” Alhamdulillah, saya berterima kasih pada semua yang menghantar kek, hadiah dan bunga. ”Kali ini saya pelik sebab banyak
bunga tanpa nama pengirim yang saya anggap pengirim misteri. Daripada 30 jambak bunga yang diterima, 16 tidak ada nama pengirim. ” 80 peratus adalah bunga mawar. Selain itu ada bunga tulip dan daisy. Pening kepala juga fikir siapa pengirim. Sampai sekarang tak tahu siapa,” katanya kepada Harian Metro.
Mungkin abang sado yang kirim
Bagaimanapun, Aida tidak menolak sekiranya bunga itu dikirim daripada lelaki misteri berbadan ‘sado’ yang ingin berkenalan dengannya. ” Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki tu ‘sado’. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti ‘sado’ semuanya.
”Alhamdulillah, masih menjadi rebutan. Sebab itu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara,” katanya. Dalam perkembangan lain, Aida bersyukur apabila drama terbitan syarikatnya, Di Hujung Ranting yang sedang ditayangkan di TV2 menjadi trending di Twitter.
” Terima kasih kepada semua penonton yang sentiasa menyokong karya terbitan saya. Drama ini memang sesuai untuk tontonan semua. ” Saya mendapat banyak maklum balas dan komen positif mengenai drama ini. Selain jalan cerita, saya beruntung apabila drama ini menampilkan barisan pelakon hebat,” katanya.
Drama 30 episod yang ditayangkan sepanjang Ramadan ini dilakonkan oleh Nad Zainal, Shukri Yahya, Amar Asyraf, Fazlina Ahmad Daud, Aida Khalida dan ramai lagi. Sementara rata-rata warganet mengusik A. Aida dengan mengatakan itu adalah peminat misteri beliau atau mungkin bakal suaminya.
” Ada yang rindu dari jauh tuu.. Future husband maybe..” tulis Dikna. Bagi yang mungkin tidak tahu, A. Aida merupakan penulis lirik untuk lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip yang tercalon di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34), baru-baru ini.
Pada AJL34 tersebut, beliau membuat kejutan dengan penampilan imej tidak berhijab di mana beliau mengakui sudah membuka tudung sejak beberapa bulan lalu. Mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, kesemuanya berakhir dengan perpisahan. Kali terakhir beliau bernikah dengan aktor muda, Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 sebelum berpisah pada 25 April 2019.
Salah seorang bekas suaminya adalah vokalis kumpulan Spring, Ameng. Beliau juga mempunyai tiga orang zuriat hasil daripada dua perkahwinan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : slamber
Diperli oleh Ustaz Kazim Elias tentang isu hijab. Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aida buat warganet tergamam.
Nak jadi diri sendiri, belum bersedia, seruan hidayah belum sampai.” Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung. Dalam ceramah perdana ‘Taubat Seorang Pendosa’ di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu, Datuk Ustaz Kazim Elias bagaimanapun berkata, golongan terbabit sebenarnya sudah mendapat hidayah ketika mereka memilih untuk ‘menutup rambut’.
Jelasnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung sudah menolak hidayah Allah. “Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, keriting sini. Datang keinsafan dan balik dari umrah, cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang… saya bertaubat.
“Lepas pakai tudung, tak ada job. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang. “Akhirnya, dia buka tudung. Dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap. Nanti Allah ganti kut (perkara) lain,” katanya dipetik mStar Online.
Dalam masa sama, Ustaz Kazim memberi contoh seorang artis yang menanggalkan tudung selepas berpisah dengan alasan tidak mahu hipokrit kerana dulu, suami yang suruh bertudung. “(Dia jawab) Saya tak nak hipokrit saya nak jadi diri saya sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hipokrit.
“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, Memang berdosa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat I doakan agar I dapat hidayah,” katanya sekadar mengambil contoh. Malah, Ustaz Kazim menyifatkan tindakan golongan ini meminta peminat mendoakan agar diberi hidayah selepas menaggalkan tudung sebagai tindakan pelik.
“Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun skit,” katanya. Mengakui kata-kata itu ditujukan buatnya, penerbit drama Datuk A Aida bagaimanapun tidak terasa hati memandangkan isi penyampaian itu adalah perkara yang baik.
“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya.
Semoga dengan mendengar ceramah ini, pintu hidayah dibuka kembali buat Aida dan rakan-rakan. – CARI
Datuk A Aida payung gambar dengan Zoey Rahman. Tak sangka ini komen win dari warganet.
Baru-baru ini, pengarah dan penerbit terkenal Datuk A.Aida ada memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram miliknya. Menerusi foto tersebut, Aida turut berkongsi foto bersama pelakon dan hos, Zoey Rahman.
Difahamkan, Aida sememangnya sedia menj4lin hubungan yang baik bersama Zoey serta beberapa rakan artis lainnya. Malah mereka sebelum ini turut isi masa dengan melakukan aktiviti gim bersama-sama. “nak tuuuu @zoeyrahman minuman kecantikkan @perfect10hq make-up @mikaseries #mylifeiscomplete #gym-wajib,” tulisnya.
Melihat diruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memberi re4ksi produser itu ibaratnya sangat sec0cok dan sepadan jika digandingkan bersama Zoey. Terdahulu, Aida pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 namun telah berpisah pada 25 April lalu.
Foto: Instagram A.Aida via soya lemon via Era Kini