Kecoh diperkatakan ada hubungan dengan suami orang. Akhirnya wanita ini tampil bongkarkan cerita sebenar antara Fatin dan suaminya buat warganet terkedu.

Business

Kecoh diperkatakan ada hubungan dengan suami orang. Akhirnya wanita ini tampil bongkarkan cerita sebenar antara Fatin dan suaminya buat warganet terkedu.

Kecoh diperkatakan ada hubungan dengan suami orang. Akhirnya wanita ini tampil bongkarkan cerita sebenar antara Fatin dan suaminya buat warganet terkedu.
Kecoh diperkatakan ada hubungan dengan suami orang. Akhirnya wanita ini tampil bongkarkan cerita sebenar antara Fatin dan suaminya buat warganet terkedu.

Pelakon Fatin Afeefa dikatakan masih menjalinkan hubungan dengan lelaki yang sama berstatus suami orang.


Perkara itu didedhkan dided4hkan sendiri oleh seorang individu, yang difahamkan merupakan isteri kepada lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Mag di laman Twitter.

ARTIKEL MENARIK: Ustaz Kazim Elias perli tentang isu hijab. Mengejutkan ini respon padu dari Datuk A Aida buat warganet tergamam.
loading...


ISTERI KEKASIH FATIN AFEEFA TAMPIL BUAT KENYATAAN

Dikatakan Akan Berkahwin Kali Kedua, Fatin Afeefa Didakwa Masih Keluar Dengan Suami Orang . Dakwa Mag, Fatin bakal berkahwin dengan seorang lelaki bujang yang kaya namun masih keluar bersama suaminya. Dakwa Mag lagi, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin itu dikatakan mengikut suaminya bermesyuarat bersama rakan kongsi perniagaan di sebuah restoran yang menghidangkan minuman beralk0hol.

Gempak gagal mendapatkan komen lanjut daripada Fatin selepas kiriman WhatsApp yang dihantar hanya dibaca jam 11.36 pagi. Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontr0versi selepas terdapat warganet yang menemui foto panasnya bersama lelaki itu.

Dalam perkembangan lain Pelakon Fatin Afeefa menarik perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto manja dalam tab mandi baru-baru ini. Berkongsi foto tersebut di Instagram, tulis Fatin, 26, dia hanya mahu menjaga halnya sendiri tanpa perlu masuk campur hal orang lain.

“Jaga hal saya sendiri, seperti sediakala,” tulis Fatin. Bagaimanapun, ruangan komen pada foto berkenaan telah ditutup bagi mengelakkan warganet bertegang urat.

Sehingga kini foto berkenaan telah mendapat lebih 87,000 tanda ‘likes’. Fatin yang kini berstatus ibu tunggal itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon filem Juvana, Adam Shaaz pada 21 Disember 2013. Namun, mereka berpisah pada 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !

Sumber : GEMPAK

Situasi dilalui bukan beban – Fatin Afeefa

BERGELAR ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang masih kecil pastinya tanggungjawab berat dipikul Fatin Afeefa. Bagaimanapun, pelakon berusia 25 tahun ini tidak pernah menganggap apa yang dilalui sebagai bebanan sebaliknya dia perlu gandakan usaha untuk membesarkan dua anaknya itu.

Fatin berkata, walaupun memegang status ‘janda’, dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan dan rezeki dalam industri seni hiburan terutama membabitkan iklan komersial. “Saya tak rasa gelaran janda ini ada keistimewaan tersendiri. Mungkin setiap tawaran yang datang itu adalah rezeki anak.

“Sebagai ibu tunggal saya perlu membesarkan dua permata hati sebaik mungkin. Ia anugerah dan tanggungjawab yang perlu saya galas. “Saya juga percaya rezeki yang diterima sekarang adalah jalan terbaik untuk memastikan anak dan keluarga saya hidup senang,” katanya.

Menurut wanita genit ini, kemungkinan usia masih muda membuatkan tawaran yang hadir menepati permintaan sesetengah pelanggan atau syarikat produksi. “Ada yang kata umur itu sekadar angka, tapi tidak dinafikan kebanyakan pelanggan melihat usia seseorang selebriti untuk mempromosikan produk mereka.

“Saya juga rasa audiens yang mereka mahukan menepati dengan sasaran dan tawaran berlakon juga sesuai dengan imej serta karakter saya,” katanya. Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan berpisah talak satu pada 20 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.


loading...


‘DIAM ITU LEBIH BAIK’

Siapa sangka di sebalik gelaran ibu tunggal pasti ada saja perkara tidak kena berlaku terhadap Fatin. Apa tidaknya, baru-baru ini kecoh di Internet mengenai dakwaan dia kembali menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Enggan melatah atau melenting dengan kontroversi menjerat dirinya, Fatin enggan mengambil pusing dengan isu yang berlaku. Fatin berkata, dia memohon diberikan ruang kerana enggan memanjangkan isu terbabit lagi kerana bimbang kenyataannya akan disalah tafsir.

“Kalau ulas, bimbang orang akan tetap salahkan saya seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Saya mohon hormati privasi dan jangan bimbang saya baik-baik saja,” katanya.Menurut Fatin, dia juga tidak boleh menutup mulut orang untuk bercerita buruk mengenai dirinya tanpa usul periksa.

“Saya tak boleh menutup mulut orang untuk bercakap buruk mengenai pasal saya. Jika rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah. “Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.

“Bagi saya, apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Mag mendedahkan perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter, Ogos lalu. Wanita terbabit mendakwa Fatin masih mengganggu suaminya walaupun sudah membuat permohonan maaf.

SYUKUR SINGLE DAPAT SAMBUTAN

Menyentuh mengenai single terbaharunya, Satu Jam Saja, Fatin bersyukur ia mendapat sambutan baik daripada peminat. “Alhamdulillah, ramai yang suka dengan lagu terbabit dan saya menerima pelbagai bentuk komen di YouTube.

“Komen buruk atau baik saya ambil semuanya sebagai teguran positif. Bagi saya kalau nak jadi hebat kena berlapang dada terima teguran dan jangan sesekali melatah,” katanya. Membawakan genre rancak sebagai percaturan terbaharu, Fatin berkata, pemilihan lagu terbabit adalah hasil perbincangan bersama syarikat rakamannya, XENO Music

Lagu Satu Jam Saja adalah sebuah karya Yeshua Abraham yang juga juara program realiti ‘T Just Duet’ terbitan NET TV Indonesia. Lagu terbabit kemudian digubah oleh syarikat produksi AMP Music. “Mula-mula takut juga nak bawakan lagu berentak catchy ini tapi melihat kepada pasaran muzik sekarang tak banyak lagu rancak dimainkan di radio.

“Jadi saya berani untuk keluarkan lagu ini. Lagipun, saya percaya dengan perancangan promosi pihak XENO Music. “Cuma sekarang kena belajar untuk menari pula kerana saya tak pandai menari. Kalau ada tawaran nyanyian dan memerlukan menari saya perlu berlatih habis-habisan,” katanya.


-----------------------------------------------------------------