Kecoh hanya kerana muat naik foto bersandar dibahu lelaki. Akhirnya bekas tunang Intan Najuwa tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang hubungan mereka buat ramai terkedu. |
STATUS hubungan Intan Najuwa dan Razrul Anwar Rusli kembali menjadi perbualan warganet apabila aktres itu berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.
ARTIKEL MENARIK: Ingat Lagi Pelawak Bollywood Johnny Lever? Ini Kisah Peribadinya Yang Ramai Tak Tahu
Kecoh Gara2 Foto Bersandar Dibahu
Menerusi ruang komen di Instagram, rata-rata warganet berminat untuk mengetahui status terkini hubungan mereka yang sebelum ini dilaporkan sudah berakhir. Razrul, 38, ketika dihubungi mStar pada Isnin seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan dia dengan Intan tidak pernah putus dan sentiasa baik sahaja.
Warganet gembira melihat pasangan ini kembali bersama.
“Kami sentiasa baik-baik sahaja. Terima kasih,” jawab Razrul secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar. Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu gagal apabila aktres berkenaan tidak membalas mesej.
Menerusi laporan mStar pada 26 Februari lalu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Razrul sudah berakhir. Menurut Intan, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak. Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.
Intan membalas komen neg4tif warganet.
Dalam pada itu, Intan ada membalas komen negat1if warganet yang mengatakan isu tiada sumber pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan menjadi punca dia kembali bersama dengan Razrul.
Enggan melatah dengan tudvuhan tersebut, Intan bersyukur walaupun tidak mempunyai sebarang penggambaran sepanjang PKP namun dia masih mampu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. “Walaupun tak ada penggambaran masa PKP, Alhamdulillah saya dapat juga tolong berpuluh-puluh keluarga yang putus makanan dan ibu tunggal. Tolong tag siapa yang kenal dia.
“Daripada cakap bukan-bukan, lebih baik memperbaiki diri jadi orang berguna sikit. Malu la perempuan mulut kec0h macam ni,” ujarnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : MstarPutus tunang. Tak sangka Intan Najuwa bongkarkan punca hubungannya dengan tunang berakhir
TEKA-TEKI mengenai status hubungan Intan Najuwa dan ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli akhirnya terjawab apabila aktres itu mengakui ikatan pertunangan mereka sudah berakhir. Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.
Intan juga memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu kerana tidak mahu lagi bekas tunangnya terpalit dengan kontr0versi dalam industri seni. Intan dan Razrul bertunang pada 18 Ogos lalu. “Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman.
“Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini. “Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontr0versi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” kata Intan kepada mStar.
“Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan.”-INTAN NAJUWA, PELAKON. Sebelum ini, mStar ada menerima kiriman email yang mend@kwa Intan telah menyekat akaun Instagram dan memadam foto mereka.
Malah, perbezaan usia 16 tahun dan berlainan bidang berkemungkinan menjadi punca hubungan mereka bermasalah. Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 15 Januari lalu, Razrul tampil menafikan d@kwaan mengenai hubungan pertunangannya dengan Intran sudah berakhir.
Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini berharap semua pihak memahami dan tidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi. Sebelum ini, hubungan mereka did@kwa sudah berakhir disebabkan perbezaan usia.
“Saya nak bersihkan nama saya dan dia selain nak jelaskan situasi hubungan kami sebelum ini. Saya harap semua orang faham dan tak judge dengan apa yang terjadi. “Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, pemergian sesoerang itu ditanganNya,” ujarnya.
Sebelum ini, bekas tunangnya turut terpalit dengan kontroversi foto mesra Intan dengan hero gandingannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin. Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu di Hotel Thistle, Johor Baharu sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: mstar via Era Kini