‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!

Business

‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!

‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!
‘Make Up’ Tandas Guna Epoxy Paint,Kurangkan Licin,Tutup Lubang Mozek & Cantik!

Bilik air atau tandas memang memainkan peranan di rumah. Kena pastikan bersih dan cantik mata memandang.


Biasanya kalau bilik air lama, selalu memang macam-macam masalah seperti bocor celahan mozek, jubin lantai kekuningan sebab karat, mozek licin dan sebagainya.


loading...


Sebelum nak panggil kontraktor ubahsuai tandas tu, ada baiknya cuba DIY guna Epoxy Paint ni. Hasilnya nampak bilik air nampak cantik, mudah nak buat dan lebih jimat.

Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Mohd Taufik Abdullah ini sebagai panduan.

Projek Make up Tandas DIY.

“Tahun lepas upah tukang pasang epoxy layer di tandas kena charge RM9++ (4 layers, ada corak, professional work). Tahun ini musim PKP, ternampak iklan Epoxy Paint DIY di Shoppee dengan harga lebih marhaen. Terus beli dan cuba.”

Antara tujuan Epoxy:
1. Tutup lubang celah-celah mozek. (port laluan lipan/cacing kecil)
2. Kurangkan licin mozek lama.
3. Cantik kan.
4. Untuk tandas tingkat 2, kalau kena caranya boleh selesaikan masalah lantai bocor, rosakkan wall tingkat bawah.


Antara penjual di Shoppee. Penjual ini bagus rating dan lengkap perkhidmatannya. Boleh pilih warna pilihan. Jangan salah warna pula, haru nanti.


Bungkusan yang dipos.


Barang-barang yang ada di dalam kotak. Lengkap kelengkapan untuk DIY. Terbaik.Set tu dah include 2 bancuhan, Rm139. Acu usha shoppe, banyak jenis dan harga lain-lain. 1 set ini ngam-ngam untuk keluasan tandas ni.


Kertas arahan. Fahami dan ikut urutan.


loading...


Bersihkan tandas dan keringkan dahulu sebelum proses mengecat bermula.


Pakai tape biru yang dibekalkan. Untuk bahagian yang tak nak di cat. Nampak celah mozek yang ketara lubangnya.


Hasil bancuhan pertama. Perkakas yang terlibat dengan bancuhan ini memang pakai buang.


Proses layer bancuhan pertama. Memang likat! Meletihkan dan memang kena sabar. Rancang langkah-langkah tapak kaki anda hahaha. Untuk tandas yang kecil, disarankan buat 2 layer terus. There is no coming back 🤣 layer cepat keras.

Buat 2 layer sebab ada lubang celahan mozek yang agak kritikal dan dalam. Dengan layer pertama tak cukup. Masih berlubang. Kena extra sedikit di bahagian tersebut.


Saya korbankan sudu untuk proses target lebihkan cat di celah mozek yang kritikal.


Siap layer pertama. Sabar dan tunggu semalaman.


Hasil esok nya. Memang keras dan lubang tertutup.


Bancuhan kedua.


Proses cat layer kedua. Kurang likat berbanding semalam. Juga boleh buat 2,3 layer terus. Banyak lebih berbanding semalam. (Bergantung kepada keluasan tandas).Layer pertama nampak lebih kepada nak tutup kecacatan dan lubang-lubang. Lebih keras apabila kering. Layer kedua lebih kepada kosmetik, nak kasi warna.


Siap! Tanggalkan tape biru.
Awal-awal cat yang digunakan memang kuat baunya.



MW: Seronoknya bila tandas bertukar wajah, nampak lebih cantik. Guna Epoxy Paint DIY ni senang dan paling penting bajet pun jimat. Selamat Mencuba!

Sumber: Mohd Taufik Abdullah via Mingguan Wanita


-----------------------------------------------------------------