Perniagaan terjejas. Mila Jirin sanggup ambil jalan ini untuk peroleh rezeki. Tak sangka tindakan Mila ini dapat perhatian warga net.

Business

Perniagaan terjejas. Mila Jirin sanggup ambil jalan ini untuk peroleh rezeki. Tak sangka tindakan Mila ini dapat perhatian warga net.

Perniagaan terjejas. Mila Jirin sanggup ambil jalan ini untuk peroleh rezeki. Tak sangka tindakan Mila ini dapat perhatian warga net.
Perniagaan terjejas. Mila Jirin sanggup ambil jalan ini untuk peroleh rezeki. Tak sangka tindakan Mila ini dapat perhatian warga net.

Penyanyi Mila Jirin akui terpaksa mencari jalan lain untuk menampung pendapatan syarikat sekaligus gaji pekerjanya dengan menjual durian.


Menurut Mila ia merupakan salah satu inisiatifnya selepas perniagaan perkahwinan miliknya tidak dapat beroperasi kerana wabak COVID-19 yang melanda negara.

ARTIKEL MENARIK: Lama Berdiam Diri Akhirnya Suami Pelakon Popular Ini Tampil Dedahkan Punca Dia Tinggalkan Isteri Pertamanya. Warganet Terkejut Dengan Apa Yang Dia Dedahkan.
loading...



“Sebenarnya buat pertama kali dalam hidup ini, saya jual durian dari Balik Pulau, Pulau Pinang, Pahang dan Johor. “Kenapa saya jual durian? Kerana syarikat saya yang menjalankan perkhidmatan majlis perkahwinan tidak dapat beroperasi  buat masa sekarang kerana wabak COVID-19.

“Jadi, saya cuba terokai bidang baru ini. Alhamdulilah sambutan hangat dan terima kasih yang datang dan sanggup beratur untuk mendapatkan durian saya,” katanya. Mila yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu berkata di dalam satu kenyataannya di dalam video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Menurut Mila ia juga salah satu cara untuk dia menampung gaji pekerja yang selama ini bekerja dengannya. “Ini salah satu cara saya mempelbagaikan pendapatan syarikat, selain menjalankan perniagaan kek dan mengambil alih perniagaan makanan di sebuah restoran.

“Pekerja juga bergantung harap kepada kami kerana ia melibatkan pendapatan mereka. “Saya kira ini rezeki pekerja saya juga selain menampung kos operasi perniagaan saya selama ini,” katanya lagi. Mila menjalankan perniagaan menjual durian tersebut di Putra Perdana, Puchong Selangor. Mila kini merupakan usahawan berjaya dengan memiliki perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering serta beberapa perniagaan lain.

Sumber:Gempak

Lepas meniaga kek, Mila Jirin jual durian pula untuk bayar gaji pekerja -Apa nak dimalukan. Ini semua rezeki

Mila jual durian bagi menampung kos operasi syarikat dan membayar gaji pekerja. SELEPAS mengambil inisiatif menjual kek bagi memastikan pendapatan pekerja tidak terjejas kerana penularan wabak Covid-19, penyanyi Mila Jirin mengambil peluang menjual buah durian pula sebagai tambahan bagi punca pendapatan syarikatnya.

Menurut Mila, 33, dia menerokai bidang baharu itu kerana ingin menampung kos operasi dan memastikan pekerja terus mempunyai gaji meskipun syarikat miliknya terpaksa dihentikan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Ramai kawan tanya betul ke saya jual durian, ya memang betul buat pertama kalinya kami berniaga durian di Puchong, Selangor. “Kenapa saya jual durian tahun ni? Ini adalah kerana syarikat berasaskan perkahwinan kami iaitu Bizmilla tak dapat jalankan perniagaan berikutan Covid-19 dan PKP. “Jadi, saya dan staf ambil inisiatif menerokai bisnes baharu sebagai penjual buah durian,” katanya.

Mila tidak malu mengakui dirinya penjual buah durian. Mila berkongsi mengenai perniagaan baharunya itu menerusi Instagram pada Selasa. Pada Ramadan lalu, Mila turut mendedahkan dia menjual kek dan manisan bagi menampung kos pengurusan syarikat dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Sementara itu, penyanyi lagu Aku Lebih Tahu ini berkata dia tidak malu mengakui dirinya kini merupakan usahawan buah durian. Mila berniaga kek Ramadan lalu bagi menambah pendapatan syarikat. Malah, apa yang dilakukan itu bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya bertujuan untuk menambah pendapatan syarikat.

“Apa yang nak dimalukan, ya… memang betul saya jual durian! Sebenarnya ini inisiatif kami ambil untuk membantu syarikat jana pendapatan dan memastikan pekerja mendapat pendapatan bulanan yang sama. “Saya selalu cakap dengan staf saya ini adalah rezeki kerana kita berniaga hari ini bukan untuk mengejar keuntungan syarikat tapi untuk menampung kos operasi. “Terima kasih kepada anda yang terus sokong dan membantu kami… bukan hanya durian, kami di Bizmilla turut menjalankan beberapa perniagaan lain untuk tampung kos operasi syarikat,” ujarnya.

Sumber:mstar


loading...


Tuah Bisnes Majlis Perkahwinan, Mila Jirin Kini Miliki 10 Aset Hartanah

Tidak hanya bergantung pada bidang nyanyian, rezeki Mila Jirin dalam bidang perniagaan juga dilihat semakin bertambah. Dalam perkongsian Mila di laman Instagram, Berkat usaha beliau dan suami dalam bidang perancang perkahwinan membolehkan mereka memiliki aset hartanah peribadi yang ke-10. Hartanah terbaru mereka merupakan rumah banglo yang terletak di Johor Bahru. “Lepas ini jika mahu ke pejabat di JB boleh naik basikal sahaja,” tulis Mila Jirin secara berseloroh di ruangan caption .

Walaupun perkongsian itu bersifat personal, namun ia tetap mendapat reaksi pelbagai daripada warga net. Ada individu yang berkata perkongsian berkenaan bersifat ‘riak’ dan menunjuk-nunjuk. Namun bagi peminat yang lebih mengenali Mila, perkongsian berkenaan tidak lebih sebagai salah satu motivasi Mila untuk terus berjuang dalam cabang bisnes yang diceburinya.

Bizmilla Wedding Centre merupakan bisnes perkahwinan yang diusahakan oleh Mila dan suaminya sejak tahun 2016. Setakat ini, bisnes beliau sudah berkembang hingga ke Johor Bahru selain beberapa dewan perkahwinan Bizmilla Wedding di sekitar Lembah Klang. Bukan hanya sekadar artis, Mila Jirin adalah contoh artis yang bijak berniaga yang boleh dicontohi oleh semua.

Sumber:thevocket

Saya Tak Nak Pekerja Saya Hilang Punca Pendapatan – Mila Jirin Jual Kek Demi Survival Bisnes Perunding Perkahwinan Yang Terjejas Akibat..

Penyanyi Mila Jirin yang juga merupakan pemilik syarikat perunding perkahwinan, Bizmilla mengakui perniagaan yang dijalankannya selama ini terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut Mila, disebabkan kekangan tersebut, dia terpaksa memikirkan jalan lain dalam usaha untuk menampung kos operasi dan pengurusan yang mencecah hampir RM500,000 sebulan.

“Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama-sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir dua bulan lebih.

“Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir setengah juta sebulan, saya tetap positif untuk berjuang bersama-sama pekerja saya di Bizmilla. InsyaAllah,” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Menurut Mila lagi, buat masa ini, dia akan menjalankan bisnes pembuatan kek dan pastri sebagai usaha meneruskan kelangsungan perniagaannya. “Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang. Saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan.

“Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan. Kita buatlah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama-sama mendapat pendapatan,” ujarnya. Mila yang juga juara Akademi Fantasia musim kelima mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak beberapa tahun ini. Bahkan, Mila sebelum ini juga dilaporkan sudah bergelar jutawan hasil kejayaan menguruskan pelbagai bisnes antaranya perunding perkahwinan, katering, produk kesihatan dan pakaian jenamanya

Sumber:Gempak

Mila risau nasib 100 pekerja

KUALA LUMPUR: Andai tidak kuat, tentu sahaja usahawan yang juga penyanyi, Mila Jirin, 33, rebah dengan ujian yang menimpa perniagaannya berikutan penularan wabak COVID-19. Tujuh tahun mengusahakan perniagaan dewan perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Centre, tidak pernah juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu membayangkan melalui detik sukar apabila perniagaan yang diusahakan dengan hasil titik peluh bersama suami, Isz Mustapha berada dalam ambang bahaya hanya disebabkan virus COVID-19 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Mila berkata, dia tidak bersedia dengan situasi yang berlaku dan tak terfikir langsung menyediakan pelan perancangan perniagaan akibat wabak COVID-19. “Awalnya, saya tak kuat, hilang semangat, sedih dan tertekan. Namun, saya bersyukur dikurniakan suami yang sentiasa memandang positif setiap apa yang berlaku.

“Saya runsing memikirkan nasib pekerja hampir 100 orang. Saya faham mereka memiliki anak, isteri dan keluarga yang perlu ditanggung. Jika boleh, saya tidak mahu mereka menerima nasib yang sama seperti pekerja lain yang tidak dibayar gaji, dibuang kerja atau hanya menerima separuh gaji.

“Saya tak boleh tidur nyenyak saban malam memikirkan bagaimana mahu mempertahankan syarikat dan pekerja. Saya tak mahu melepaskan mereka kerana ada antaranya yang sudah lima tahun bekerja dan susah senang bersama saya,” katanya kepada BH Online.

Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin berkata, hampir 90 peratus pekerja pulang ke kampung halaman dalam tempoh PKP dilaksanakan. “Saya dan pihak pengurusan buntu apabila tidak boleh menggerakkan pelan perniagaan yang baharu kerana ketiadaan pekerja. Kini, saya sudah menyediakan pelan aliran tunai syarikat dalam tempoh enam bulan.

“Bagaimanapun, jika pekerja tak memainkan peranan, kos aliran tunai berisiko nazak dan syarikat juga tak mampu menampung kos operasi termasuklah sewa premis serta membayar gaji pekerja yang menelan RM500,000 sebulan. “Alhamdulillah, apabila saya ceritakan kedudukan syarikat yang sebenar, pekerja faham dan mula tampil dengan pelbagai idea,” katanya.

Gara-gara masih samar kedudukan perniagaan perkahwinan, Mila berkata, dia kini memulakan perniagaan baharu dalam pembuatan kek dan pastri. Katanya, dia perlu tampil dengan idea perniagaan baharu yang mempunyai kaitan dengan perniagaan demi kelangsungan syarikat dan nasib pekerja.

“Saya langsung tidak memikirkan soal keuntungan kerana apa yang lebih penting, nasib pekerja saya terbela. “Saya tahu ada yang mengkritik apabila saya mengumumkan mengenai perniagaan baharu dalam pembuatan kek dan pastri. Tak mengapalah, saya maafkan warga net. Mungkin mereka tidak berada pada kedudukan saya, jadi mereka bebas untuk mengeluarkan kata tanpa memikirkannya.

“Saya perlu menggunakan ilham dikurniakan Allah ini. Lagipun, syarikat saya sudah biasa menghasilkan kek dan pastri untuk majlis resepsi pada dewan perkahwinan. Kemahiran ini sudah pun dimiliki, jadi kenapa tidak menggunakannya. Saya berterima kasih kepada ketua chef kerana sanggup turun padang membantu saya,” katanya. Selain menerima tempahan kek dan pastri, Mila berkata, dia juga bakal memperkenalkan aplikasi penghantaran makanan yang dikenali sebagai harihari.my yang dijangka memulakan operasi pada Julai ini.

Sumber:bhplus  via Era Kini
-----------------------------------------------------------------