Rashidi Ishak buat satu pengakuan bila ditanya harapan untuk kembali bersama dengan Vanida Imran. Tak sangka ini jawapanya. |
Pertemuan dan perpisahan adalah rencah kehidupan. Apatah lagi dalam kehidupan suami isteri ada pasang surutnya. Berpisah hidup merupakan pengalaman yang amat memilukan berbanding berpisah jasad dek kerana nyawa.
Berpisah kerana salah seorang dijemput Ilahi lebih mudah diterima berbeza berpisah kerana tiada jodoh dalam perkahwinan.
ARTIKEL MENARIK: Warganet Kritik Sharifah Rose Sebab Gambar Edit Terlalu Cantik. Akhirnya Tak Sangka Mak Rose Tampil Beri Respon Padu.
Namun bukanlah semua perpisahan itu menjadi pilihan utama pasangan kerana ada ketikanya perpisahan berlaku atas beberapa sebab dan faktor. Antaranya ketidakserasian hubungan, campur tangan keluarga dan orang ketiga, kegagalan menjalankan tanggungjawab dan banyak lagi.
Sejak mengumumkan perpisahan, masih ramai mengharapkan Rashidi Ishak dan Vanidah Imran kembali bersatu. Menyedari hal itu, Rashidi tidak mahu peminat terus berharap kerana perkara itu mustahil baginya. “Harapan saya sebenarnya sudah hilang saat saya melafazkan talak terhadap bekas isteri. Saya tahu jodoh itu rahsia Allah.”
“Tetapi buat masa sekarang, untuk kembali bersama bekas isteri, bukanlah satu pilihan. Saya tahu ramai peminat mengharapkan keajaiban. Namun, cukuplah menyatukan kami. Ini kerana kami sudah meneruskan kehidupan masing-masing. Selain menjadi ibu bapa kepada dua anak, kami sudah tiada hubungan lain.”
Pernah timbul gosip mengatakan Rashidi kini sedang mengenali seorang gadis, Rashidi mengakui dirinya kini sedang membuka hatinya untuk berkawan dengan semua orang. Jelas Rashidi, beliau tidak mahu terus bersedih lagi.
Terdahulu Mac lalu, Rashidi mengesahkan beliau dan Vanidah sudah berpisah di Mahkamah Syariah di sini, pada 9 Ogos tahun lalu. Berita itu sengaja dirahsiakan bagi menjaga hati beberapa pihak. “Sekarang saya memang berkawan dengan semua orang. Jika ada jodoh, saya tidak menolak. Mungkin orang akan fikir terlalu cepat. Tetapi sampai bila saya perlu bersedih. Lumrah manusia mahukan teman dalam hidup,” jelasnya.
Rashidi Ishak Terkejut Terima 300 Mesej Peminat Setiap Hari.
Nampaknya, selepas mengumumkan perpisahannya dengan Vanidah Imran akhir bulan lalu, Rashidi Ishak mengakui sering kali menerima mesej menerusi laman Instagramnya. Akui terkejut hampir ratusan mesej diterimanya, Rashidi memberitahu kebanyakan penghantar mesej memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya untuk teruskan kehidupan selepas berpisah.
“Jujurnya saya terkejut terima banyak sangat DM di Instagram, bukan untuk ‘mengorat’ tetapi memberi kata perangsang agar saya terus kuat untuk move on. Lebih kurang 300 direct message dalam sehari. Saya minta maaf kepada sesiapa yang menghantar mesej namun belum dibalas. Saya akan cuba balas sedaya upaya. Apa yang saya boleh cakap, saya sangat hargai usaha kalian,” katanya.
Ujar Rashidi lagi, dia kini lebih bersemangat untuk membina hidup baru dan sudah move on dengan peristiwa lalu. Ditanya sama ada mahu merujuk kembali dengan bekas isteri, Rashidi memberitahu mustahil buat masa sekarang, namun dia percaya dengan perancangan Allah. Selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, Rashidi mengesahkan dia dan Vanidah sudah berpisah pada 9 Ogos tahun lalu. Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran dan Mariyam Rashika.
Fenomena berpisah dan berhasrat mahu kembali semula sebagai suami isteri ada baik dan buruknya. Jika dipandang daripada sudut yang positif, selepas berpisah suami atau isteri akan mulai terasa kehilangan kerana antara keduanya banyak kenangan yang dilalui sama ada manis ataupun pahit.
Bahkan pengalaman itu akan membuatkan pasangan mulai menilai kelebihan pasangan masing-masing berbanding memikirkan soal kekurangannya. Antaranya sikap pasangan yang ringan tulang, penyayang walaupun kedekut, tidak suka dengan aktiviti yang terlalu bersosial, bukan kaki perempuan dan sebagainya. Sikap yang baik ini akan menjadi igauan pasangan apabila sudah berpisah.
Sumber : Rotikaya / Kecohbetul via Era Kini