Setelah sekian lama menyepi akhirnya Erra Fazira tampil buka mulut bongkarkan status hubungannya dengan Shahir. Tak sangka rupanya dalam diam ini status mereka. |
ARTIS ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir.
Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti dilaporkan portal MHE pada Jumaat.
ARTIKEL MENARIK: Lepas 4 tahun single akhirnya Dira Abu Zahar selamat bergelar isteri orang. Tak sangka rupa rupanya suami dia bukan calang calang orang.
Erra berkata, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing, namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa. “Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.
“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra kepada MHE. Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengennai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.
Erra bagaimanapun, tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah. “Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?
“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi. Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu. Astro awani
Artikel berkaitan: “Saya Bertemu Jodoh Dengan Yusry, Ketika Di Puncak Kerjaya. Tapi…,”- Erra Fazira Throwback Kisah Lalu, Kini Bahagia Sama Anak
Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan ‘Di Sebalik Idola’ di Astro Ria. Menariknya, pelakon berusia 45 tahun itu telah berkongsi pengalaman hidup bersama penonton di dalam rancangan tersebut.
“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam betunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran..” “Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok setiap perjalanan yang telah diaturkan..itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya..”kongsi Erra.
Disamping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Pasrah itu telah mengimbau kembali kisah percintaan dan rumah tangganya yang terdahulu bersama bekas suami, Yusry Abd Halim dan juga Engku Imran. “Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya di kemuncak kerjaya.. gabungan kami berdua bom!. Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’.
“Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian..tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek..” “Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kencundang, yang sedihnya bila terpisah dengan anak..bukan sesuatu yang sangat mudah untuk saya terima untuk berpisah dengan anak..”katanya sambil menangis.
Pelakon yang terkenal dengan filem Sembilu itu juga telah berkongsi bersama penonton kisah kehidupannya selepas bercerai yang telah menyentuh hati penonton. “Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambik anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak…biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagian anak.Yang penting anak bahagia.”
“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.” “Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya, tapi baik di masa hadapan” luah Erra. Lantas, para peminat juga turut berasa sedih setelah menonton perkongsian perjalanan hidup Erra.
Awie akan imbas kembali percintaan dengan Erra Fazira
“PADA saya kita tak boleh menghalang untuk orang mengimbau, mengenang atau apa saja. Juga membuat spekulasi berkenaan konsert ini. “Saya juga tak boleh menghentikan mereka untuk berfikir begitu. Itu terpulang kepada mereka,” kata Datuk Awie mengenai pemilihan penyanyi dan pelakon cantik, Erra Fazira sebagai penyanyi undangan untuk konsert solonya, Romantika yang bakal mengungkit kembali kisah silam mereka.
Konsert sempena sambutan jubli perak 25 tahun pembabitan Awie dalam bidang seni itu akan berlangsung pada 15 Februari tahun depan di Stadium Malawati, Shah Alam. Awie, 51, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, dia sudah memberitahu Erra apa yang ingin disampaikan dalam konsert terbabit nanti.
“Niat di hati saya adalah untuk mengembalikan semula nostalgia itu. Orang lain berhak untuk menilai apa sahaja. “Tetapi di akhir konsert nanti mereka akan melihat sesuatu. Mereka akan faham apa tugasan kami. “Kami juga akan imbas kembali babak percintaan lalu tapi tidaklah ambil 100 peratus apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, dia hanya akan mengambil detik penting kisah mereka untuk ditampilkan dalam konsert berkonsep drama muzikal itu. “Contohnya, mulanya saya masuk menyanyi kemudian memperkenalkan Erra. Apabila dia masuk menyanyi, akan diselitkan satu drama.
“Menerusi drama ini barulah diperkenalkan penceritaan konsert itu nanti di mana ada babak romantik, tegang, ketawa dan sebagainya. “Lagu yang dipilih pula diambil kira bersesuaian dengan konsert. Kalau tiada yang sesuai, kami akan ambil lagu orang lain supaya kena dengan penceritaan konsert ini,” katanya.
Erra, 45, pula berkata, maksud Romantika sendiri sinonim dengan kisah percintaan mereka dan apabila tidak kesampaian, ia menimbulkan tanda tanya ramai. “Sehingga ke hari ini kami masih dihujani persoalan kenapa ia tak menjadi. Ada yang suruh saya kahwin dengan Awie dan ia kerja tak masuk akal kerana statusnya sekarang serta mempunyai lima anak.
“Dalam masa sama, kami juga contoh yang baik kepada orang ramai bahawa jikalau silaturahim atau perhubungan itu tak menjadi, tak bermakna kena bermusuh. “Malah mungkin siapa tahu kita boleh jadi kawan yang rapat,” katanya.
Awie pula berkata, konsert itu turut akan menjawab persoalan mengapa hubungan cinta mereka dahulu tidak kesampaian. “Ia bukan sahaja akan dijawab di pentas ini kerana ia hanya sedikit ‘teaser’ untuk saya bawa dalam sebuah filem nanti.
“Biar kita habiskan pada 2020 supaya orang faham,” katanya. Ditanya berkenaan perasaan serta penerimaan isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin terhadap gandingan bersama Erra, katanya, ia berjalan secara baik.
“Semestinya saya kena menjaga kedua-dua belah pihak terutama hati isteri dan anak. “Sebelum buat sesuatu perkara, biarlah saya selesaikan hal di rumah supaya jangan ada isu berbangkit di kemudian hari. “Isteri izinkan demi untuk melaksanakan perniagaan dan konsert ini. Saya amat bersyukur,” katanya.
Awie berkata, isterinya turut meminta diperkenalkan dengan Erra kerana dia mahu bergambar. Sementara itu, Awie memulakan sesi jelajah Konsert Awie Romantika ke selatan bermula hari ini hingga 7 Disember ini. Ia bermula pada jam 4.30 petang di Giant Hypermarket Mall, Senawang dan pada jam 8.30 malam pula di Menara Taming Sari Melaka.
Lokasi lain yang akan dikunjungi mereka ialah Batu Pahat Mall, Johor jam 4.30 petang dan Banafee Village jam 9 malam pada 5 Disember. Jelajah itu akan berakhir dengan sesi bertemu peminat di Angsana Mall Johor Bahru jam 3 petang pada 6 Disember.
via Era Kini