“Ditudvh Tak Ingat Ayah,” Anak To’ki Jawab T0hmahan ‘Ped4s’ Netizen |
Kisah kehidupan penyanyi terkenal era 90an, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki bin Mansur yang hidup dipondok usang bersama isterinya telah tular di media sosial.
Oleh sebab itu, ada sebahagian netizen yang dengan mudah menunding jari menyalahkan anak-anak kepada To’ki tanpa langsung mengedahkan perasaan anak-anak kepada penyanyi itu dengan bekas isterinya sebelum ini.
ARTIKEL MENARIK: Terasa bila ada orang lain ungkit kisah lamanya. Nonny luah rasa terkilan dengan individu terbabit tatkala dia sedang mengecapi kebahagiaan buat dirinya
Netizen buat tuduhan
Terkesan dengan apa yang berlaku, salah seorang daripada anaknya dikenali sebagai Noor Hidayah, 27 telah bersuara bagi membetulkan tanggapan salah masyarakat terhadap dirinya serta adik-beradik yang lain menerusi Instagram.
Anak jelaskan situasi sebenar
Sehubungan dengan itu, pihak Berita Harian telah mendapatkan sendiri Noor Hidayah bagi menjelaskan apa yang berlaku. Menurut wanita itu, kali terakhir dia bertemu dengan bapa adalah kira-kira 4 tahun lalu kita mewalikannya semasa bernikah.
Dia dan adik-beradik lain sama sekali tidak mengetahui bapanya hidup melarat kerana sudah lama tidak bertemu selepas ditinggalkan oleh penyanyi itu semasa masih kecil lagi tanpa sebarang khabar dan nafkah.
“Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan… Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.
“Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya.”
bagi menjawab segala tohmahan yang tidak berasas kepadanya.
“Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.
“Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.
“Kami tak pernah lupa dia”
Menurut Noor Hidayah lagi, pada awalnya mereka hanya ingin mendiamkan diri sahaja, namun warganet mulai melemparkan tanggapan kurang enak kepada mereka adik-beradik yang didakwa sengaja mengabaikan penyanyi tersebut.
Jadi, luahan di Instagram itu adalah penjelasan
Oleh hal yang demikian, Noor Hidayah berharap agar apa yang disampaikan ini memperbetulkan tanggapan negatif orang ramai buat dia dan adik beradik yang lain kerana mereka sama sekali tidak pernah melupakan To’ki.
Terdahulu, kisah To’ki yang hidup dalam keadaan serba kekurangan telah mendapat perhatian umum sehinggakan Pengurusan Zakat Wilayah dan Ustaz Ebit Lew tampil memberikan bantuan.
Dalam salah satu kenyataanya di akhbar, To’ki telah meminta maaf kepada semua pihak yang pernah terguris kerananya pada masa lampau dan enggan memanjangkan lagi segala dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh orang ramai.
ARTIKAL BERKAITAN :
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami
Sumber: Yayazaky, Fatin Farhana Ariffin( Berita Harian) via Media Kita