Nor Hidayah menjalankan pelbagai jenis perniagaan sejak Allahyrhm Abam menghembuskan nafas terakhirnya.
SEJAK pemergian suami tercinta iaitu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah giat menjalankan pelbagai jenis perniagaan untuk menampung kos perbelanjaan demi membesarkan anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 1. Nor Hidayah, 28, memulakan perniagaan membuat kuih pada April lalu sebelum mengembangkan bisnesnya dengan menjual cempedak dan durian goreng pada Julai.
ARTIKEL MENARIK: Pembantu Peribadi Aliff Syukri Diberhentikan Kerja! Puncanya Memang Ramai Tak Sangka
“Alhamdulillah, berkat doa daripada semua, saya meniti satu persatu bisnes kecil-kecilan.
Hidayah bersama adik iparnya berniaga cempedak dan durian goreng di Sabak Bernam.”Saya bermula dengan membuat kuih Kasih Chocolate, seterusnya kuih Titian Kasih koko dan sekarang cempedak goreng serta durian goreng. “Saya memilih untuk buat bermacam-macam jenis bisnes sebab ini adalah salah satu punca rezeki saya sekeluarga dan tanpa semangat serta dorongan keluarga, saya tak sampai ke tahap ini untuk bertahan.
“Saya juga bertahan membuat bisnes kecil-kecilan demi sesuap nasi anak saya dan masa depannya,” katanya kepada mStar. Bercerita tentang perniagaan, Nor Hidayah berkata keluarganya mula berjinak dalam bidang ini apabila bapanya mengeluarkan produk kesihatan pada tahun 2017.
Saya buat bermacam-macam jenis bisnes sebab ini adalah salah satu punca rezeki saya sekeluarga.
Dia menceburkan diri dalam perniagaan selepas bisnes bapanya mendapat sambutan baik. Tidak cukup dengan itu, Nor Hidayah mengimpikan untuk mengembangkan lagi pelbagai produk jualannya pada masa akan datang.”Setakat ini, bermacam-macam jenis bisnes yang saya buat bersama keluarga. Ayah saya ada mengeluarkan produk kesihatan iaitu ZMier Herbs Daun Sukun, dapat merawat penyakit kncing manis, drh tinggi, kolestrol dan pelbagai jenis penyakit lain… serta Durian V1ral Ayahanda Jali,
“Kakak saya pula ada mengeluarkan produk Roti Jala Coklat Marvelous dan Tepung Segera Roti Jala Coklat Marvelous. Nor Hodayah dan Allahyarham Abam dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia satu tahun. “Saya ada mengeluarkan kuih Kasih Chocolate, kuih Titian Kasih Koko, cempedak goreng, durian goreng, jeruk rambutan dan Tempoyak Bonda. InsyaAllah, akan ada pembaharuan produk dari masa ke semasa.
“Saya masih ada banyak perancangan untuk pelbagaikan bisnes,” ujarnya.Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia satu tahun.Allahyrhm Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi buat selamanya pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.-mstar
Setelah Sekian Lama Abam Pergi Isteri Dedahkan Hasrat Terkahir Abam Yang Tak Kesampaian. Rupanya Ini Yang Abam Pernah Cakap Sebelum Dia Pergi.
SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini berbeza buat Nor Hidayah apabila terpaksa meraikannya tanpa suami tercinta, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan. Menerusi Instagram, Hidayah berkongsi foto kenangan mereka berdua berlatarbelakangkan sawah padi di Sungai Besar, Selangor.Menurut Hidayah, Abam pernah menyatakan hasrat untuk bergambar bertiga bersama anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey pada Aidilfitri tahun ini. “Kenangan yang tak dapat dilupakan… tahun lepas, Hamzah masih dalam perut ibu. Ibu bergambar dengan ayah berlatar pemandangan sawah padi.
“Masa ni ayah cakap, tahun depan Hamzah pula bergambar dekat pemandangan sawah padi ni. Ayah, harini ibu bawa Hamzah bergambar di pemandangan sawah padi yang ayah dan ibu pernah bergambar tahun lepas.“Betullah apa ayah cakap, tahun ni Hamzah pula bergambar. Semoga abang tenang disana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai syurga!,” katanya. Perkongsian Hidayah itu mengundang sebak dalam kalangan pengikut di Instagram milik Abam itu.
Sementara itu, Hidayah mengakui terlalu merindui Abam dan berasa sedih ketika membuat persiapan untuk Hamzah di pagi 1 Syawal lalu. “Tahun lepas beraya dengan Abam, Hamzah masih dalam kandungan tapi tahun ni sekelip mata Abam pergi tinggal kan kami terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan apabila pakaikan Hamzah baju raya di pagi raya, terasa pilu sekali.
“Abang, sayang rindu sangat dengan abang, sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami.
“Hanya sekeping gambar nikah yang menjadi pengubat rindu sayang dan Hamzah, hanya Allah yang tahu perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh… kenangan sampai ke syurga!,” ujarnyaDalam pada itu, Hidayah turut meluahkan rasa lega apabila berjaya mendapatkan semula akaun Instagram suaminya yang digodm pada awal Mei lalu. “Alhamdulillah, Instagram ni dapat semula setelah di hck beberapa minggu lepas… terima kasih kepada yang sudi membantu,” katanya.
Abam berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia 11 bulan. Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Mstar
Mengejutkan Ali Puteh Dedahkan Lepas Pemergian Abam Dia Tidak Boleh Jumpa Anak Abam. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Keluarga Isteri Abam Buat Pada Ali Puteh.
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah lama melupakan kontr0versi antara dirinya dan kakak ipar, Siti Nurhidayah Mohd Ali, namun, ada hakikat yang perlu diterima pelawak Ali Puteh atas apa yang berlaku. Sejak krisis membabitkan dkwaan membolt harta peningglan abang, Abam Bocey tercetus, Ali mengaku hubungan kekeluargaan kedua-dua belah pihak terpvtus.Malah, Ali mengatakan, niat bersemuka dan menjernihkan keadaan terbantut apabila semua peluang berkomunikasi termasuk menerusi media sosial dis3kat. Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan, 31, akur dengan situasi yang berlaku.
Cuma jauh di sudut hati, terbit rasa rindu untuk melihat wajah satu-satunya zuriat yang ditinggalkan abang, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 10 bulan. “Sejak kejadian itu, hubungan kami terpvtus. Malah, kami dis3kat di media sosial oleh seluruh anggota keluarganya. “Saya faham, selepas apa yang berlaku, situasi menjadi semakin sukar.
“Cuma terkilan apabila tidak dapat berjumpa anak saudara. Hendak tengok di media sosial mereka tidak boleh sebab sudah disekat. “Mujur bekas pemandu abang memuat naik foto atau video Uthman di media sosialnya, dapat kami menumpang tengok sambil melepaskan rindu,” katanya kepada BH Online.
Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Rizuan berkata, sebagai bapa saudara, tiada apa yang diharapkan selain melihat anak Uthman membesar dengan sempurna. “Insya-Allah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya berhasrat bertemu isteri abang dan keluarganya untuk menjernihkan keadaan. Kami mahu melihat anak buah yang amat dirindui itu.
“Buat masa ini, biarlah saya tengok Uthman dalam media sosial sahaja. Dapat melihat dia sihat dan membesar dengan sempurna sudah cukup menggembirakan kami sekeluarga,” luah Ali. Sebelum ini, dilaporkan, anggota kumpulan Puteh ini pernah melahirkan hasrat untuk bertemu kakak iparnya itu secara tertutup untuk meminta maaf.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : BH
via Era Kini