Iqram Dinzly jana pendapatan melalui media sosial, Bigo.MESKIPUN tiada tawaran lakonan diterima sejak beberapa tahun ini, pelakon sensasi Iqram Dinzly memberitahu dia menggunakan platform media sosial bagi menjana pendapatan.
Menurut Iqram atau nama sebenar Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 38, dia aktif menggunakan aplikasi sembang Bigo Live sejak dua tahun laludan menerima bayaran ribuan ringgit sebulan.
ARTIKEL MENARIK: Ketara perubahan tubuh badan Shaheizy Sam. Syatilla luah rasa risau bila perut suami makin menunjukkan perubahan
“Selama empat tahun setengah saya menetap di Ipoh, Perak dan buat perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan… tapi ramai juga yang tak tahu saya jana pendapatan menerusi aplikasi Bigo.”Bulan pertama guna aplikasi itu saya dapat RM5,000 dan sekarang ini purata dalam RM2,000 sebulan. Akaun saya pernah disekat selama setahun kerana tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan Bigo.
“Alhamdulillah rezeki itu ada. Kalau tanya fasal lakonan, sejujurnya saya masih mahu berlakon tapi rasanya sekarang ini saya lebih berminat berlakon menerusi platform media sosial seperti YouTube,” katanya kepada mStar.Iqram jana pendapatan melalui aplikasi Bigo.Dalam pada itu, Iqram yang mahu dikenali sebagai IQ Dinzly turut meluahkan rasa syukur dipertemukan sahabat lama iaitu penyanyi kembar Syazara Aishah dan Hanim Fariza atau lebih dikenali sebagai AishaHanim yang sentiasa memberikan sokongan termasuklah dari segi kewangan.
Gara-gara sering dilihat bersama, ada tanggapan negatif kononnya dia ditaja oleh penyanyi duo itu.Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Iqram berkata dia sudah menganggap kedua-dua wanita itu sebagai sahabat tempatnya berkongsi luahan hati.
Saya anggap AishaHanim seperti bidadari yang berhati mulia.
“Saya anggap mereka seperti bidadari yang berhati mulia. Saya bersyukur ketika orang pandang saya hina, mereka pula sebaliknya.”Kami berjumpa semula dan mereka bantu saya dalam beberapa projek seperti jubah dan sebagainya… mereka jadi tempat saya luahkan perasaan serta berkongsi aktiviti kehidupan,” ujarnya. Duo kembar, Hanim (kiri) dan Aisha (kanan) beri sokongan moral kepada Iqram (tengah).
Sementara itu, penyanyi duo ini menafikan dkwaan menaja kehidupan pelakon drama Dunia Baru ini, sebaliknya lebih kepada menyokong dan membantu Iqram untuk kembali ke pangkal jalan.”Kebetulan kami tinggal satu kampung di Ipoh dan kami lebih rapat dengan pemergian kakaknya. Jadi daripada situlah hubungan kami kembali rapat.
“Tak ada istilah kami taja hidup dia seperti yang disangka… sebagai kawan kami terpanggil untuk membantu Iqram daripada terus leka dengan dunianya dan beri semangat untuk dia teruskan hidup.”Mungkin apabila di media sosial dia berkelakuan pelik tapi kalau jumpa depan-depan dia normal sahaja macam orang lain. Sepanjang perkenalan ini dia tak pernah beri masalah kepada kami,” kata Aisha.-mstar
Dikatakan Tengah Hangat Bercinta Dengan Iqram Dinzly. Akhirnya Datuk Rohana Hassan Tampil Buka Mulut Bongkarkan Status Hubungan Mereka.
‘Tak ada angin, tak ada ribut’, tiba-tiba timbul cerita pelakon dan pengacara Iqram Dinzly yang kini dikenali sebagai Iq Dinly dikatakan kononnya bercinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Rohana Hassan. Dikatakan sebelum ini mereka pernah rapat dan renggang seketika, namun hubungan mereka kembali baik sekarang. Ada apa-apa ke tu?
Mengakui hanya berkawan baik dengan Iqram. “Sebelum ini hubungan baik kami pernah terjejas kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sekarang, kami kembali bersama malah lebih rapat dari dulu. “Tidak dinafikan, ramai yang menganggap kami mempunyai hubungan istimewa. Sejujurnya, saya dan Iqram tidak bercinta, hanya berkawan. Kalau akan datang tu, saya hanya berserah kepada soal jodoh.
“Saya ini ibu tunggal. Anak-anak pun dah dewasa semuanya. Rasanya soal jodoh itu bukanlah keutamaan saya sekarang, tapi saya tidak menolak andai ia datang. “Iqram pun seorang yang baik hati, matang dan bijak sebenarnya. Bertuah wanita yang berjaya memikat hatinya,” luah Rohana yang merupakan pengasas produk kosmetik Mekar Semilu.
Pernah berselisih faham sebelum ini, namun hubungan keduanya kembali pulih. Rohana kini bekerjasama dengan Iqram untuk menghasilkan produk minuman kesihatan. “Kami kerap berjumpa atas dasar kerja. Iqram bekerjasama dengan saya untuk menghasilkan jus kunyit yang sudah lama kami rancang.
“Saya percaya, Iqram bangkit semula untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Apa salahnya saya memberi peluang untuk dia buat bisnes,” katanya lagi yang berharap tiada lagi gosip yang mengaitkan mereka bercinta. Tak salah kalau Iqram dan Rohana bercinta, masing-masing solo dan tiada halangan. Doakan yang baik-baik buat mereka. Sumber : MHE TV
Saya mahu berhijrah – Iqram Dinzly
SELEPAS lapan bulan berperangai pelik pelakon Iqram Dinzly akhirnya berjaya kembali kepada kehidupan yang lebih normal. Iqram berkata, dia kembali mencari diri pada akhir 10 Ramadan lalu selepas menyedari tindakan sebelum ini memberi kesan negatif terhadap diri, keluarga serta kerjaya.
“Saya sedar ada mengatakan saya sudah tidak siuman selain pelbagai cacian diterima sebelum ini. “Saya akui sejak bapa pergi, saya terjebak masuk dalam dunia yang saya cipta sendiri namun dapat kembali bermuhasabah diri pada 10 malam terakhir Ramadan lalu.
“Saya akan cuba tinggalkan perkara lama dan berusaha menjadi seorang individu yang lebih baik,” katanya. Menurut Iqram, dia memaafkan setiap kata-kata warganet yang mengkritiknya meskipun sukar menerima jika mereka menyentuh perihal ibu bapa.
“Saya memaafkan kejian warganet selama ini tetapi saya tidak dapat menerima jika mereka menyentuh hal berkaitan ibu bapa. “Saya sudah tidak mahu mengulangi kerja ‘tak masuk akal yang pernah saya lakukan dahulu. Saya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. “Lagipun kali terakhir saya berlakon menerusi drama bersiri Cinta 11 Syarat pada tahun 2016. Selepas itu, saya menjaga bapa yang terlantar sakit,” katanya.
Saya tak kacau orang pun
“SAYA jadi begini bukan selepas bapa pergi, tapi sebelum itu lagi,” jawab pelakon, Iqram Dinzly kepada pertanyaan peminat menerusi ‘live’ di Instagram miliknya pagi tadi. Iqram berkata, selepas bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said pergi menghadap illahi 10 Oktober lalu, dia lebih kenal diri dan kehidupan.“Saya ‘enjoy’ kehidupan sekarang. Saya tak kacau orang pun, sebaliknya orang saja suka kacau saya. Lepas ayah pergi, saya lebih kenal diri dan kehidupan. Malah, bapa tinggalkan banyak perkara kebaikan untuk saya. “Orang yang sebarkan cerita ini macam pernah duduk sebilik dengan saya sehingga tahu segalanya. Sesiapa yang nak jatuhkan saya, silakan. Buat apa nak takut, saya tak pernah buat salah pun,” katanya.
Menerusi ‘live’ itu juga, Iqram menegur sikap warganet yang sentiasa mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya. “Saya malas habiskan masa layan warganet yang selalu beranggapan negatif. Mereka ini yang patut kita sedekahkan Al fatihah selalu agar dilindungi.“Selagi warganet tak minta maaf satu persatu dengan saya, saya akan terus mendiamkan diri. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Ini rezeki Allah,” katanya. Menurut Iqram, dia tidak kisah jika ada warganet menganggapnya tidak waras.
Malah, Iqram menafikan dia mengamalkan sebarang ilmu tarekat atau tasawuf sehingga membuatkan dia berkelakuan sebegitu. “Kalau orang kata saya tak waras, baguslah. Orang tak waras ini bagus sebab mereka dijanjikan syurga oleh Allah.“Saya masih berlandaskan Al quran dan sunnah. Guru saya memerhatikan apa saya lalui sekarang. Terima kasih sahabat dan keluarga yang sentiasa berikan kata-kata positif. “Saya minta maaf sekali lagi atas segala apa dibuat selama ini,” katanya.
Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi, berkata, pihaknya akan berusaha mendekati dan cuba membantu masalah dihadapi Iqram. “Kita nak juga tahu apa masalah dihadapi Iqram. Sekiranya ada, baru kita boleh bantu apa yang perlu. Sebelum ini memang tak tahu keadaan dia sehingga ia menjadi tular. “Mungkin selama ini dia sorok dan tak nak berkongsi. Jadi, kita kena jumpa dulu. Ini antara peranan persatuan untuk membantu ahli,” katanya.-ctto
via Era Kini