Selepas 4 Tahun Baru Ada Perkembangan Terbaru. Hetty Sarlene Dedahkan Dirinya Sekarang Dan Mengejutkan Ia Meraih Perhatian Warganet

Business

Selepas 4 Tahun Baru Ada Perkembangan Terbaru. Hetty Sarlene Dedahkan Dirinya Sekarang Dan Mengejutkan Ia Meraih Perhatian Warganet

SELEPAS empat tahun berkahwin, penyanyi Hetty Sarlene akhirnya mengumumkan dia dan suaminya, Dani Aaqil bakal menimang cahaya mata pertama. Hetty, 36, berkata, berita gembira itu merupakan hadiah sempena ulang tahun keempat perkahwinan mereka yang bakal disambut minggu hadapan.

Selepas 4 Tahun Baru Ada Perkembangan Terbaru. Hetty Sarlene Dedahkan Dirinya Sekarang Dan Mengejutkan Ia Meraih Perhatian Warganet
“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat minggu hadapan dan untuk menjadikan lebih teruja sambutan kali ini, kami ingin berkongsi berita gembira bahawa kami bakal timang cahaya mata pertama.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Laudya Cynthia Bella tampil buka mulut sahkan dah berpisah dengan Engku Emran. Rupa rupanya selama dua tahun bersama ini perangai sebenar Engku Emran yang ramai tak tahu.
loading...


“Ini menjelaskan mengapa saya berdiam (aktiviti seni) buat seketika,” kata Hetty. Hetty dan suami teruja nak sambut kelahiran cahaya mata mereka. Hetty berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik foto bersama suaminya di laman Instagram miliknya pada Selasa. Cerita Hetty, dia mengalami alhan yang teruk pada tiga bulan pertama usia kandungannya. Bagaimanapun, dia mengambil serius nasihat agar mendapatkan rehat dan tidur secukupnya sebelum menyambut kehadiran ahli baru. “Saya berdepan dengan mntah-mntah, pening, emosi tergnggu, jatvh tandas, kerap tidur dan macam-macam lagi. “Saya akan ambil serius nasihat untuk banyak berehat dan tidur sebelum kehadiran ahli baru keluarga kami. Setiap keajaiban pun ambil masa untuk tiba,” ujarnya

Menerusi foto tersebut memperlihatkan Hetty dan suaminya memegang papan hitam bertulis Januari 2021 merupakan jangkaan dirinya akan melahirkan bayi sulung mereka. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang juga mendoakan agar segala urusan Hetty sekeluarga dipermudahkan. Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.Sebelum ini, penyanyi lagu Sangsi Asmara itu kembali memeriahkan industri hiburan tempatan selepas menyertai program Gegar Vaganza 5.-mstar

“Macam Iklan..” – Warganet kritik gambar intim Hetty Sarlene & Suami

Bintang Gegar Vaganza 5 (GV5), Hetty Sarlene mendapat kritikan warganet apabila memuat naik foto int1m hampir berkucvpan dengan suami, Daniel Oakes di Instagram.Menerusi foto terbabit yang telah dimuat naik semula oleh pengguna di Twitter, rata-rata kurang senang dengan perkongsian foto oleh pelantun lagu Sangsi Asmara itu.”Takutlah kita tengok artis post gambar civm mulut dengan suami,” tulis salah seorang pengguna yang berkongsi paparan skrin dari Instagram Hetty.

Posting itu mengundang lebih banyak kritikan warganet hingga ada yang menyifatkan ia seolah-olah iklan untuk produk pencegahan kehamilan.“Macam iklan ..,” tulis salah seorang pengguna. “Serm tengok, very the cover CD tak elok zaman 2000-an,” tambah komen lain. “Nasib civm suami sendiri, bukan suami orang lain,” sahut pengguna lain pula. Hetty berkongsi foto berkenaan sempena menghargai kesetiaan suaminya sepanjang bersama.

“God gave me my husband so we could weather the storms of life together. Love your spouse. Shower them with all your heart. Cos you might never what tomorrow will bring,” tulis Hetty. Kebanyakan komen di ruangan foto berkenaan pula memuji kebahagiaan dan kemesraan pasangan merpati dua sejoli itu. Saksikan ulangan GV5 pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!-gempak


loading...


Hetty Sarlene Kini Bercinta Dengan Jejaka Mat Saleh?

LAMA dah tak dengar khabar pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Sembilu, Hetty Sarlene. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia pun semakin kurang aktif dalam bidang seni malah terakhir kali namanya jadi sebutan pun gara-gara tersebar foto-foto mesranya bercuti bersama bekas kekasih. Tup-tup muncul pula gambar terbaharu Hetty dengan seorang jejaka Mat Saleh, dipercayai teman lelaki barunya selepas pvtus dengan bekas kekasih dulu.

Daripada gaya dalam gambar, memang nampak jejaka kacak tu lelaki yang istimewa dalam hidup Hetty kini. Semoga hubungannya kali ini berkesudahan di jinjang pelamin dan bertemu bahagia yang tidak berhujung. – MYNEWSHUB.CC Apa pun, jom layan lagu tema drama Sembilu yang pernah mempopularkan nama Hetty dan Zed Zaidi suatu ketika dulu.-mynews

Hetty Sarlene Sah Isteri Jejaka Dari London

NAMPAKNYA bukan sahaja pengacara televisyen, Dahlia Shazwan, 28, yang sah bergelar isteri kepada Shafiq Ismet, 26, pagi tadi. Malah, pelakon dan penyanyi yang melonjak naik menerusi drama Sembilu Kasih suatu ketika dahulu iaitu Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, turut memilih hari ini untuk menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan yang berasal dari London. Hetty Sarlene sah menjadi isteri Aaqil, 32, pada tengah hari tadi di Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura. Pasangan mempelai ini tampil cantik mengenakan pakaian sedondon berona putih.

Majlis akad nikah pasangan ini disempurnakan oleh kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan. Pada majlis yang penuh kegembiraan itu Dani Aaqil atau nama betulnya Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin bernilai 100 dolar Singapura (RM300) berserta lima dulang hantaran dan berbalas lima dari pihak perempuan. Manakala anggaran jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak 10,000 pound sterling (RM53,500).

Majlis pernikahan itu berlangsung hanya dihadiri oleh kenalan rapat dan kaum keluarga dari kedua-dua belah mempelai. “Kami hanya menjemput ahli keluarga, rakan rapat dan wakil media kerana kami inginkan majlis yang int1m,” kata Hetty Sarlene yang mengenali suaminya sejak dua tahun lalu. Pasangan merpati dua sejoli ini telah memilih konsep taman dan bunga bagi memeriahkan lagi majlis akad nikah tersebut. Difahamkan, majlis resepsi juga akan diadakan di tempat yang sama.Turut memeriahkan majlis itu ialah pengarah dan penerbit filem, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijangka diadakan di London pada akhir tahun ini. -MYNEWSHUB.CC

Artis Hetty Sarlene sah bergelar isteri Dani Aaqil

SINGAPURA: Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, sah menjadi isteri Aaqil, 32, jejaka pilihannya yang berasal dari London. Majlis pernikahan pelakon drama Sembilv Kasih serta filem Sembilu 2005 dan Iskandar itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di sini pada jam 12.55 tengah hari tadi. Hetty Sarlene yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita, kelihatan anggun mengenakan busana berona putih, manakala pasangannya segak memakai baju Melayu cekak musang warna sedondon.

Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan. Dani Aaqil atau nama sebelumnya, Daniel Oakes, menyerahkan mas kahwin SD$100 (RM300) diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty Sarlene turut membalasnya dengan lima dulang hantaran. Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500).

Majlis pernikahan Hetty Sarlene dan Dani Aaqil berlangsung secara sederhana tetapi meriah. “Kami hanya menjemput ahli keluarga, rakan rapat dan wakil media kerana kami inginkan majlis yang int1m,” kata Hetty Sarlene yang mengenali suaminya sejak dua tahun lalu. Kemeriahan majlis pernikahan itu terserlah serta berseri dengan pemilihan konsep taman dan bunga, dan majlis resepsi serta persandingan turut diadakan di lokasi sama. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah dan Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijangka diadakan di London pada akhir tahun ini.-bh

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------