Dibawa ke hospital dengan bantuan bomba. Ini keadaan Kumin yang sebenar dan dia dedahkan sakit yang dia alami

Business

Dibawa ke hospital dengan bantuan bomba. Ini keadaan Kumin yang sebenar dan dia dedahkan sakit yang dia alami

KUMIN KU2 berada di Hospital Ampang sejak semalam.”ALHAMDULILLAH, saya masih sihat dan dipanjangkan umur lagi,” kata pelakon dan pelawak dikenali Kumin KU2, 49, yang kini menerima rawatan di Hospital Ampang akibat angin pasang dan air berlebihan dalam badan sejak semalam.

Dibawa ke hospital dengan bantuan bomba. Ini keadaan Kumin yang sebenar dan dia dedahkan sakit yang dia alami
Kumin atau nama sebenar Khuzami Ismail dihubungi berkata dia bersyukur kepada Allah kerana keadaan kesihatannya makin stabil dan bertambah baik.”Terus-terang, kalau semalam keadaan saya memang teruklah.

ARTIKEL MENARIK: Isu Alya Iman. Shahrulezad tampil beri komen bila ada pihak yang hantar mesej untuk tidak memberi tawaran berlakon kepada pelakon tersebut
loading...


Tapi, hari ini Alhamdulillah syukur kesihatan saya lebih baik dan boleh dikata, 80 peratus sudah stabil.”Bagaimanapun, memandangkan saya didatangi angin pasang dan ada air berlebihan dalam badan, doktor memaklumkan saya perlu tinggal di wad sekitar lima atau enam hari lagi,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Kumin, kini dia berhadapan masalah pergerakan terhad. Ujarnya, dia masih tidak boleh bergerak banyak dan hanya duduk di katil sahaja.Menceritakan keadaan awalnya sebelum mendapatkan rawatan di hospital, Kumin berkata dia sudah berasa sakit sejak beberapa hari lalu. Namun, dia kuatkan semangat untuk bertahan kerana mahu menyiapkan penggambaran drama dibintangi.

“Namun, semalam memang saya dah tak boleh tahan lagi. Saya mengalami sesak nafas, diikuti berlakunya angin pasang di rumah dan perlu segera ke hospital.”Saya memohon pertolongan rakan iaitu pelakon Yank Kassim untuk bawa ke hospital. Tetapi, ketika itu saya dah tak boleh bergerak kerana kebas anggota badan.


“Jadi, untuk penyelesaian selepas menghubungi pihak ambulans, saya hubungi pula pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah untuk bantu bawa saya turun dari kediaman ke hospital,” katanya.Mengulas juga berita palsu tersebar mengatakan dia pergi buat selamanya, Kumin berkata hal membabitkan nyawa seseorang ini bukan perkara lawak yang boleh dicanang sesuka hati.


loading...


“Saya tahu, mungkin ada di antara warganet ini yang keliru tentang saya, Kuman mahupun Abam. Namun, saya Kumin masih sihat dan Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi.”Apapun, saya harap pihak di luar sana lebih peka dan berhati-hati menyebarkan berita. Tolonglah, jaga perasaan orang lain terlebih dahulu, apatah lagi membabitkan berita pemergian” katanya.

Terdahulu, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an. Dia bersama rakan baiknya Allahyrhm Bob Kuman pernah menubuhkan  kumpulan duo dikenali KU2 yang berjaya melonjakkan populariti mereka meskipun bertubuh besar.Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).Berbanding Allahyrhm Kuman yang banyak berlakon,  Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Bomba bantu bawa Kumin KU2 ke hospital

Kumin dimasukkan ke hospital akibat berlakunya angin pasang pada Jumaat.PELAWAK Kumin dikejarkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat berlakunya angin pasang.Kumin atau nama sebenar Khuzaimi Ismail, 49, dibawa ke Hospital Ampang, Selangor kira-kira pukul 5.50 petang Jumaat dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.


Kejadian itu dikongsikan oleh pelakon Yank Kassim di Facebook miliknya dan meminta orang ramai mendoakan kesihatan pelawak terbabit.”Badannya kebas… kena angin pasang dan berlebihan air, dia sedang berehat di wad 6D katil 21. Semoga dia cepat sembuh,” tulis Yank. Kumin dibawa ke hospital dengan bantuan pasukan bomba.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi mStar pada Sabtu turut mengesahkan perkara itu.Zed berkata, Kumin kini masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil.”Ya, Kumin masih berada di hospital dan sedang dirawat, Alhamdulillah dia berada dalam keadaan stabil.”Saya baru sahaja bercakap dengan dia di telefon dan bertanya khabar dia,” kata Zed.

Selain berlakon, Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan kini fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi.KU2 turut dianggotai Allahyrhm pelawak Bob Kuman atau nama sebenar Husni Mohd Rawi.Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Sumber:mstar via Era Kini
-----------------------------------------------------------------