Sungguh mengejutkan ramai mengenai keadaan terkini Yusof Kelana setelah lama berdiam diri. Dia bersuara rungkai persoalan ramai

Business

Sungguh mengejutkan ramai mengenai keadaan terkini Yusof Kelana setelah lama berdiam diri. Dia bersuara rungkai persoalan ramai

Pengarah dan penerbit filem veteran Yusof Kelana yang menghidap sakit kulit tahap empat kini berada dalam keadaan yang agak merosot yang di Institut Negara, Putrajaya.

Sungguh mengejutkan ramai mengenai keadaan terkini Yusof Kelana setelah lama berdiam diri. Dia bersuara rungkai persoalan ramai
Sahabat baiknya yang juga Presiden Persatuan Penerbit Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli, 54, berkata, keadaan kesihatan Yusof semakin merosot dan kini hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Tambahnya, Yusof kemungkinan akan dibawa pulang ke kediamannya pada Jumaat.

ARTIKEL MENARIK: Setelah sekian lama akhirnya Amitabh Bachchan bebas dari covid 19 dan dah dibenarkan pulang. Terkedu bila ini yang terjadi dekat Abishek kerana dia masih lagi belum sembuh.
loading...


“Dia tidak sedarkan diri pada Ahad lepas sebab sudah dua hari tak makan, jadi dia dimasukkan ke hospital. “Tapi saya dimaklumkan yang Yusof sudah tak sedarkan diri sejak Selasa kerana sakit itu telah merebak ke bahagian kepala. Yusof Kelana juga merupakan antara pengarah drama kepolisian popular Gerak Khas. “Dia sukar bernafas dengan sendiri dan memerlukan life support. Saya diberitahu doktor sudah tidak boleh buat apa-apa, jadi dia mungkin akan dibawa balik ke rumah pada Jumaat ini,” katanya kepada mStar.


Bercakap mengenai sakit yang ditanggung Yusof atau nama sebenar Omar Saleh, 66, Jurey berkata tanda-tanda awal rakannya itu menghidap sakit ialah selepas mengalami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki sejak dua tahun lalu. Namun, sikap yang tidak suka ke hospital membuatkan Yusof membiarkan luka tersebut merebak tanpa mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Dia sukar bernafas sendiri dan hanya bergantung kepada life support.

Bagaimanpun kata Jurey, Yusof hanya mengetahui dia menghidap sakit ini Jun lalu. “Tanda-tanda tu dah ada lama sebenarnya sejak dia alami luka di bahagian tapak kaki, cuma Yusof tak pernah ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan luka tu pun dibiarkan saja.

“Ada satu hari tu dia rebah di rumah dan impak besar pada bahagian dada dia. Anak-anaknya terus bawa dia ke hospital. Akibat daripada rebah tu badan dia mula mengalami bengkak-bengkak. “Selepas buat imbasan dan sebagainya, baru dapat tahu yang dia menghidap sakit kulit tahap empat,” ujarnya. Datuk Jurey Latiff Rosli merupakan rakan seperjuangan dan sahabat baik Yusof Kelana.


Yusof sebelum ini sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lima kali. Yusof memulakan kerjaya sebagai pengarah filem pada tahun 1996 menerusi Kejadian Oktober yang menerima kutipan pecah panggung RM3.2 juta. Dia kemudian meneruskan kerjasama bersama Skop Production menerusi filem MX3 (2003) dan Pontianak Menjerit (2005).

Yusof menerbitkan filem Bidong: The Boat People (2018) dan Mahathir: The Journey (2019) menerusi syarikat miliknya YKS Film Maker dan Reliance Media Group. Selain filem, Yusof juga antara pengarah drama kepolisian popular Gerak Khas yang ditayangkan di RTM.


loading...


Pengerusi FINAS lawat Yusof Kelana

Keperitan yang dirasai sutradara veteran, Yusof Kelana, 66, yang disahkan menghidap sakit kulit tahap empat mendapat perhatian Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Hamid. Zakaria meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarah Yusof yang dirawat di Hospital Ampang Puteri, di sini, sejak tujuh hari lalu.

Pada kunjungan itu, Zakaria turut menyampaikan sumbangan wang dan hamper mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut hadir, Presiden Persatuan Penerbit Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli.

Jurey berkata, dia memaklumkan Zakaria mengenai kesihatan Yusof, tiga hari lalu. “Kami amat berterima kasih kepada Pengerusi FINAS kerana sangat proaktif terhadap nasib penggiat seni. Bagi pihak industri, kami nampak beliau pemimpin yang sangat besar mahu menangani masalah industri,” katanya kepada BH Online.

Pada kunjungan itu, Jurey sempat menyuarakan mengenai cadangan insurans kelompok untuk warga seni kepada Zakaria. “Kami berharap idea insurans kelompok yang diusulkan kali ini akan menjadi nyata. Sebelum ini, kami pernah mengemukakan cadangan sama tetapi tiada perlakuan diambil.

“Kos rawatan bukanlah murah seperti sakit yang lain yang dihidapi Yusof. Beliau sudah menghabiskan kira-kira RM60,000 untuk rawatan. “Mujur Yusof memiliki insurans peribadi. Setakat ini, Yusof masih lagi mampu menanggung kos rawatannya. Namun, bagaimana dengan penggiat seni yang tidak berkemampuan?” katanya.

Yusof yang juga pengarah filem Tragedi Oktober dan Pontianak Menjerit, dimasukkan ke hospital selama 10 hari, dua minggu lalu selepas mengalami luka pada kaki dan sesak nafas. Hasil daripada pemeriksaan dan ujian tisu kulit, beliau disahkan menghidap sakit kulit tahap empat. Yusof dimasukkan semula ke pusat perubatan berkenaan kira-kira tujuh hari lalu bagi menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lima pusingan.

Pengerusi FINAS lawat Yusof Kelana

Keperitan sutradara veteran, Yusof Kelana, 66, yang disahkan menghidap sakit kulit tahap empat mendapat perhatian Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Hamid. Zakaria meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarah Yusof yang dirawat di Hospital Ampang Puteri, di sini, sejak tujuh hari lalu.

Pada kunjungan itu, Zakaria turut menyampaikan sumbangan wang dan hamper mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah. Turut hadir, Presiden Persatuan Penerbit Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli. Jurey berkata, dia memaklumkan Zakaria mengenai kesihatan Yusof, tiga hari lalu.

“Kami amat berterima kasih kepada Pengerusi FINAS kerana sangat proaktif terhadap nasib penggiat seni. Bagi pihak industri, kami nampak beliau pemimpin yang sangat serius mahu menangani masalah industri,” katanya kepada BH Online. Pada kunjungan itu, Jurey sempat menyuarakan mengenai cadangan insurans kelompok untuk warga seni kepada Zakaria.

“Kami berharap idea insurans kelompok yang diusulkan kali ini akan menjadi nyata. Sebelum ini, kami pernah mengemukakan cadangan sama tetapi tiada perlakuan diambil. “Kos rawatan bukanlah murah seperti sakit besar yang dihidapi Yusof. Beliau sudah menghabiskan kira-kira RM60,000 untuk rawatan.

“Mujur Yusof memiliki insurans peribadi. Setakat ini, Yusof masih lagi mampu menanggung kos rawatannya. Namun, bagaimana dengan penggiat seni yang tidak berkemampuan?” katanya. Yusof yang juga pengarah filem Tragedi Oktober dan Pontianak Menjerit, dimasukkan ke hospital selama 10 hari, dua minggu lalu selepas mengalami luka pada kaki dan sesak nafas. Hasil daripada pemeriksaan dan ujian tisu kulit, beliau disahkan menghidap sakit tahap empat. Yusof dimasukkan semula ke pusat perubatan berkenaan kira-kira tujuh hari lalu bagi menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lima pusingan.

Yusof Kelana sengaja tak mahu heboh masalah kesihatan

Pengarah dan penerbit filem Yusof Kelana berkata dia memang tidak mahu menghebahkan masalah sakit kulit dihidapinya kepada orang ramai. Bagaimanapun, katanya, secara kebetulan ada wartawan yang bertanya mengenainya.

“Saya sengaja tak nak hebohkan perkara ni. Tapi ramai pula mula bertanyakan keadaan saya selepas beberapa gambar dimuat naik melalui Facebook,” katanya kepada Malaysiakini. Pengarah filem Tragedi Oktober itu menjelaskan, pada awal dia menyangka dirinya menghidapi sakit kencing manis gara-gara alami luka sebesar syiling 50 sen pada tapak kaki.

Malah menurut Yusof atau nama sebenarnya Omar Saleh, sebelum menerima rawatan pakar, dia sudah beberapa kali pergi ke klinik dan farmasi untuk mengubati luka tersebut. Bagaimanapun, Yusof, 66, berkata, semua usaha berkenaan menemui jalan buntu hingga suatu hari, dia rebah dan alami sakit dada.

“Saya betul-betul tak sangka, ingat kencing manis sebab alami luka. Ada cuba berubat, pergi ke klinik dan farmasi tapi luka tu masih tak sembuh. “Luka berkenaan pula lama kelamaan semakin merebak dari hanya sebesar duit 50 sen hingga badan mula naik benjol-benjolan.

“Selepas rebah di rumah doktor kemudian jalankan ujian Computed Tomography atau CT Scan bagi mengetahui punca dan sahkan mengidap melanoma (sakit kulit) tahap empat,” katanya.

Pemilik YKS Film Maker itu baru selesai menyiapkan penggambaran dokumentari Bisikan Dari Kota Pusaka sebanyak 13 episod untuk siaran Radio Televisyen Malaysia. Kini, dia sedang dirawat di Hospital Ampang Puteri. Sebelum itu, dia dimasukkan ke hospital selama 10 hari pada penghujung bulan lalu.

Kata Yusof, dia nekad untuk menjalani rawatan kemoterapi biarpun terdapat cakap-cakap belakang kaedah tersebut bukan pilihan terbaik. “Ramai orang kata jangan buat kemoterapi, tapi saya tak ada pilihan lain. Saya sanggup ambil segala risiko. Nak ikhtiar selagi termampu,” katanya yang juga penerbit Mahathir: The Journey itu.Sementara itu, Yusof bersyukur rakan-rakan seperjuangan seperti Yusof Haslam, Jurey Rosli, Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi sudi meluangkan masa untuk menziarahinya. Katanya, kunjungan mereka mengubat jiwa selain menceriakan hatinya.

“Kebanyakan kenalan rapat terkejut bila mendapat tahu berita ni. Mereka jenguk dan berikan sokongan moral. “Rakan-rakan dalam kumpulan sembang WhatsApp pun tak putus-putus bertanyakan khabar dan memanjatkan doa, alhamdulillah,” katanya.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------