Nampaknya selepas PU Abu dan Da’i Farhan, kali ini finalis Imam Muda, Syed Mohd Faris pula dihimpit kontroversi rumah tangga apabila melepaskan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.
Imam Muda tersebut melepaskan Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu. Ibu kepada Hidayu dikenali sebagai Zainab menyifatkan bekas menantunya itu sebagai suami tidak bertanggungjawab.
ARTIKEL MENARIK: Terpaksa buang semua video masakan dekat youtube. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Sugu Pavithra tampil bersuara lantang bongkarkan punca dia buang semua video.
Zainab mendakwa Syed Faris sudah beberapa kali kantoi tidak setia ketika Hidayu sedang hamil. Namun apa yang dikesalkan olehnya apabila bekas menantunya memberi alasan berpoligami untuk membantu kewangan keluarga.
“Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan itu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga. “Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya perkara terkutuk,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu, Hidayu mendedahkan sudah dilepaskan suaminya dan mend4akwa dikasari madunya selepas Imam Muda Syed Faris bercadang untuk melepaskan salah seorang daripada mereka. Malah, Hidayu berkata Syed Faris memaklumkan dia berkahwin lain pada Januari lalu selepas dia baharu melahirkan anak kelima mereka.
Kata Hidayu, bekas suaminya pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi namun diminta untuk berfikir kerana mereka mempunyai anak-anak. Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan keinginannya itu untuk berkahwin lagi dan mendakwa wanita lain boleh melayannya lebih hebat daripada dirinya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: ROTIKAYA
Finalis Imam Muda ceraikan isteri selepas nikah wanita lain
IMAM Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, melepaskan isteri pertamanya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu melepaskan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.
Nur Hidayu ketika ditemui turut mendakwa dikasari isteri baru suaminya itu selepas suaminya bercadang untuk melepaskan salah seorang daripada mereka. Menceritakan kejadian itu, Nur Hidayu berkata, ketika itu dia baru habis menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima mereka.
“Kejadian berlaku di tempat kerja saya kira-kira jam 12 tengah malam. Wanita itu marah apabila suami memaklumkan dia mungkin akan lepaskan salah seorang daripada kami. “Pada mulanya semua berlaku dalam keadaan baik. Namun, apabila suami bercakap mahu melepaskan salah seorang daripada kami, dia mula mengasari saya selain mendakwa suami saya tidak memberinya nafkah dan sudah dua hari tidak pulang ke rumah,” katanya.
Nur Hidayu berkata, wanita itu menndng, mmjak kaki serta memulas tangannya. “Saya tak tahu apa motif dia. Paling menyedihkan, suami langsung tak mempertahankan saya,” katanya. Menurut Nur Hidayu, dia memang mengenali wanita itu ketika sama-sama menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai suaminya.
“Kami berada di sana selama seminggu. Ketika itulah saya berkenalan dengan wanita itu. Dalam penerbangan balik, saya pelik kerana dia menaiki penerbangan sama dengan suami, tetapi saya tidak. Dari situ, saya mula rasa ada yang tak kena,” katanya.
Nur Hidayu berkata, suaminya hanya memaklumkan dia sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka. Sebelum itu dia juga mengesan perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat termasuk tidak pulang ke rumah langsung.
Suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya. Nur Hidayu berkata, sebelum ini suaminya pernah bercerita hasratnya untuk berkahwin lagi tetapi dia meminta supaya berfikir mengenai anak-anak.
Bagaimanapun, dia tetap mahu meneruskan hasratnya itu termasuk mendakwa wanita itu boleh melayannya lebih hebat daripada Nur Hidayu. “Malah, sebelum dengan wanita ini dia pernah berkenalan dengan lima wanita lain dan mengajak mereka berkahwin. Namun, tidak berjaya kerana mereka semua tidak mahu berpoligami.
Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Syed Faris tidak berjaya apabila dia mengelak untuk menjawab pertanyaan diberikan. “Maaf, saya ada kerja yang perlu diselesaikan dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan. Malah, sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah empat kali mengalami keggran.
via Era Kini