Setelah lebih tiga tahun berusaha nak tambah zuriat. Mengejutkan bila tiba tiba Fadzil Zahari dedahkan Yana Samsudin bakal timan ank kedua. Pandai dia sorok perut. Dalam diam rupa rupanya ini usia kandungan Yana Samsudin.
SETELAH lebih tiga tahun berusaha menambah zuriat, akhirnya pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari bakal dikurniakan cahaya mata kedua tidak lama lagi. Fadzil memaklumkan isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan anak kedua mereka itu dijangka akan dilahirkan pada awal November ini. “Alhamdulillah nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara mara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha.
ARTIKEL MENARIK:Diva Azwan Ali Pergi Gerai Cempedak Balu Abam. Tapi Mengejutkan Ini Yang Diva AA Jumpa Kat Gerai Cempedak Balu Abam. Tak Sangka Benda Tuh Yang Diva AA Jumpa.
“Terima kasih pada semua yang doakan… hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa anda semua. Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan,” katanya. Fadzil berkongsi berita gembira itu bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-36 pada Jumaat.
“Alhamdulillah… sempena hari Jumaat yang mulia ni abang ucapkan selamat hari lahir kepada isteri tersayangku Yana Samsudin. “Terima kasih kerana terima saya seadanya… sama-sama kongsi hidup lebih kurang dah lima tahun… campur tiga tahun sebelum kahwin, dah lapan tahun berkenalan,” ujarnya.
Rata-rata pengikut di Instagram turut teruja serta tidak menyangka Yana sudah hamil dan bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi pasangan ini tidak pernah memaklumkan mengenai kehamilan itu dan gambar yang dimuat naik di laman sosial tidak menampakkan seperti ibu sedang mengandung. “Terima kasih semua…. memang tak nampak (perut) sangat,” jawab Fadzil. Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.
Ramai Patah Hati Bila Mira Filzah Menikah. Ini Komen Padu Dari Fadzil Zahari Yang Menarik Perhatian Ramai Akan Majlis Mempelai Itu
Khamis lalu telah pun berlangsung majlis akad nikah melibatkan pelakon popular, Mira Filzah bersama pilihan hatinya, Wan Emir Astar. Dirai meriah dengan kehadiran kira-kira 250 tetamu pada majlis diijabkabul, ia turut dipancarkan secara ’live’ di kaca televisyen.
Ia sekaligus menarik perhatian ramai pihak termasuklah rakan artis. Pelakon Fadzil Zahari misalnya secara berseloroh ada memberitahu para lelaki supaya tidak perlu terlalu bersedih kerana ramai lagi wanita lain di luar sana.
“Yang lain-lain tu tak payah nak frust sangat, depa ni sama elok sama padan. “Bila hangpa rasa sedih, ingat bahawa setiap hari berbillion gadis seluruh dunia cukup umur 18 tahun. “Pilih la yang mana sesuai (yang bujang sahaja),” katanya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu menerusi ruangan komen akaun Instagram portal berita, Mstar. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kenyataan yang dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata itu.
Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz, Wan Emir telah pun sah bergelar suami kepada Mira dalam satu majlis yang berlangsung di Sime Derby Convention Center, Kuala Lumpur.Majlis resepsi telah pun berjalan sempurna di Hotel Le Meridien, Putrajaya.Instagram: Mstar
“Ini dugaan saya dalam menyebarkan dakwah” -Yana
PELAKON Yana Samsudin menjawab beberapa dkwaan berbentuk ftnh kononnya telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mempromosikan aktiviti sngsng di pusat tahfiz. Yana yang juga Penerbit Eksekutif Prokuya Studios, 34, berkata, mereka tidak sepatutnya mempercayai sumber tidak sahih dan lebih baik sekiranya merujuk pihaknya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu andaian.
“Pelbagai komen positif dan negatif serta bntahan, saya percaya yang mengeeji ini ambil dari ulasan sumber tak sahih tanpa tahu sinopsis sebenar.”Sebagai manusia tak salah buat andaian tapi kalau nak buat jangan jatvh hukuum, tak salah rujuk atau tanya dulu.
“Mempromosikan kegiatan yang sering berlaku di pusat tahfiz itu satu dkwaan tak berasas, hanya andaian orang yang tak pernah tengok (telefilem ini) sebab kita tak pernah tayang lagi,” katanya.Yana menegaskan telefilem ini tidak memaparkan elemen yang tidak elok di pusat tahfiz.
Isteri kepada penerbit Fadzil Zahari ini menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube miliknya Yana Samsudin.Sementara itu, Yana memberitahu bukan mudah untuk sesuatu drama menembusi siaran di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik penuh kerajaan itu.
Ini berikutan dia perlu melalui pelbagai peringkat penilaian sehinggalah mendapat kelulusan stesen untuk siaran umum.”Dalam telemovie ni tak ada satu pun babak menjurus ke arah itu sebabkan satu gambar jadi macam-macam andaian, jadi ftnh.
Yana dan suami Fadzil Zahari.“Tahu tak RTM ada panel penilaian sangat kett, semua dititikberatkan sebelum dilepaskan untuk tayangan. Sebenarnya korang tahu tapi saja je kan! Tapi tak apa, jangan pertikaikan kredibiliti panel RTM,” ujarnya.
Dalam pada itu, Yana berharap masyarakat menonton terlebih dahulu telefilem tersebut yang akan bersiaran tidak lama lagi.Dia turut mengharapkan maklum balas daripada penonton supaya dapat memperbaiki lagi kualiti drama terbitan syarikatnya, Prokuya Studios.
“Insya-Allah apabila cerita ini dah tayang kami harap menerima maklum balas anda untuk jadi manusia lebih sempurna, Prokuya bukan buat promosi murahan sebegini dan ia bukan datang dari kami.Telefilem ini mengandungi banyak mesej tersirat.
“Apa pun baik atau buruk tetap promosi, mungkin ini dugaan kepada saya dalam menyebarkan dakwah, saya terima.”Yang dekat luar berjemaah kritik kami, saya, suami dan kru Demi Tuhan Aku Bersaksi kata kami kafiir dan confirm masuk neraka, saya doakan kalian masuk syurga,” katanya.
Telefilem berjudul Demi Tuhan Aku Bersaksi mengisahkan tentang seorang maknyh yang ingin kembali ke pangkal jalan dan kembali bertaubat serta mendalami ilmu agama.Watak maknyh yang dipegang oleh Syafie Naswip membuat keputusan masuk ke pusat tahfiz. Namun ketika di pusat tahfiz, dia telah dikritik sebagai pengikut kaum Luth.
Bagaimanapun, beberapa hari lalu gambar dan sinopsis Demi Tuhan Aku Bersaksi ini tersebar di laman sosial sehingga ia menerima kritikan warganet kerana dianggap tidak sensitif gara-gara memilih elemen budaya hidup sngsng di dalam sebuah pusat keagamaan.-mstar
Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil Telah Bertemu Keluarga Yana Samsudin
Walaupun tidak bercinta, adik kepada pelakon Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari sudah beberapa kali bertemu dengan keluarga Yana Samsudin. Untuk anda yang tidak tahu, wujud khabar angin menyatakan mereka berdua bercinta sebelum ini tetapi perkara tersebut telah dinafikan. Sekali imbas, memang kedua-duanya bak pinang diblah dua. Tak salah pun kalau mereka bercinta. Menurut Yana Samsudin, Fadzil ialah lelaki yang paling rapat dengan dirinya semenjak kebelakangan ini. Kata Yana:-
Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu. Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana. Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu. Tak apalah mula-mula kawan dulu. Kedua-duanya pun single mingle lagi. Tak ada salahnya untuk berkawan dulu. Lama-lama nanti kalau terbuka hati boleh terus bercinta. Tak ke gitu?-beautifulnara
“Mak Saya Muslim Convert Asalnya Bidayuh Kristiaan” – Yana Samsudin Cerita Pasal Jasa Ibu Tinggal Keluarga, Kahwini Lelaki Melayu
Pelakon Yana Samsudin mendedahkan jasa ibunya dahulu tinggalkan keluarga dan menukar agama daripada Kristian untuk berkahwin dengan bapanya dan menetap di Johor.Kata Yana, keluarga ibunya merupakan kaum Bidayuh peribumi di Sarawak yang tinggal dalam komuniti kecil.
“Ok… Jangan tertanya saya ni kaum apa pula. Mak saya muslim cnvert asalnya Bidayuh Kristian di Sarawak.”Keluarga mak peribumi Sarawak. Mereka tinggal dalam komuniti kecil, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. “Mak pernah cerita kalau mereka adik-beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa empat hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit-bukau… salute lah. Mereka tak sessat pun.
“Paling saya salute.. Babeh (datuk), Tayung & adik beradik mak (ibu dan bapa saudara) beri peluang mak saya pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka.”Jika di fikirkan pasal jasa mak, jauh lebih kuat berbanding kami di sini. Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia, mesti menangis,” cerita Yana menerusi entri di Instagram.
Yana terpanggil untuk berkongsi kisah menarik tentang asal-usul keluarganya itu apabila ternampak foto yang dirakamkan bersama keluarga besarnya ketika di Sarawak sebelum ini.Malah, pelakon filem Bini-Biniku Gngstr itu meluahkan rasa rindu terhadap datuknya yang sudah pergi buat selamanya pada usia 99 tahun Februari tahun lalu.
“Saya tulis ni bukan nak cerita pasal jasa sesiapa. Saya nak cerita pasal saya rindu orang tua-tua sekeliling saya. Mnding Babeh sudah pergi di usia 99 tahun Februari 2 tahun lepas. “Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duduk mengopi mengeteh, menyogl sireh depan rumah, menganyam tikar, menganyam bakul, asah paraaang kebun, bawa balik durian, lada hitam, padi sawah, padi bukit, rambutan dan hasil hutan seperti rebung dan sayur sayuran…
“Cucu-cucu kecil main-main kat halaman rumah… Rindunya! Ok lah. Tak sanggup nak sambung cerita…”Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insya-Allah,” tambah Yana lagi.
Adik Yana Samsudin pergi buart selamanya dalam tidur
KUALA LUMPUR: Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu, hembuskan nafas terakhir dalam tidur, petang tadi.Yana berkongsi berita pemergian Allahyrhm Muhammad Fahmi Harith, di Instagram (IG), sebentar tadi.Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru merasai nikmat sebagai bapa, selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Yana berkongsi, setiap kali membaca berita pemergian, dia pasti sayu hingga cuba mengelak daripada mengikutinya. Yana mengaku tidak dapat membayangkan jika perkara sama berlaku kepadanya, apatah lagi jika membabitkan ayah dan suami.“ Rupanya hari ini, kehilangan adik..Ya Allah, macam mana hendak ada kekuatan diri. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru jadi ayah 37 hari.
“Dik, beritahu Nana yang hendak balik Yong Peng minggu ini sebab mahu sambut hari jadi sekali? Rupanya betul akak bawa engkau balik… Sekejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, emak, abah dan semua ya?“Dik, kakak halalkan segalanya dunia akhirat. Dik, engkau seorang yang memudahkan urusan orang lain. Ada masalah diam, tiada masalah pun diam,” luahnya.
Yana sedih kerana adiknya pergi buat selamanya seorang diri di rumah dan tidak sempat tinggalkan pesan.Pada entri itu, Yana memohon sesiapa yang mengenali beliau agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya selama ini.-ctto
Yana buat duit main ‘Game’
PELAKON, Yana Samsudin kini aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook sejak Ogos lalu dengan menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam sehari. Yana berkata, suaminya, Fadzil Zahari juga tidak menghalang minatnya yang sudah ada sejak di bangku sekolah lagi.
“Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingg enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu. “Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan bermain permainan video semata-mata. “Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim. Saya tidak boleh dedahkan berapa bayaran yang diterima, tapi pendapatan bergantung kepada individu,” katanya.
Disebabkan aktiviti itu, Yana sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain. “Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000 untuk perkakas komputer dan meja. Tapi, saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi menaja meja, kerusi dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000,” katanya. Perkembangan lain, Yana baru saja selesai menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikatnya, Kak Yong yang dijangka bakal ditayangkan dalam tahun ini.