Dikhuatiri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

Business

Dikhuatiri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini. Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.

Dikhuatiri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

 


“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial,” katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.

ARTIKEL MENARIK:'Selepas tetak leher mangsa, dia rogol mangsa ketika darah sedang membuak keluar'
loading...


“Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19. “Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian,” ujarnya.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober. Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.- Awani

Kes masih kekal 3 angka. Mengejutkan terkini PKPB di seluruh Selangor Kuala lumpur dan Putrajaya bermula 14 oktober ni.

Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut. SOP dan informasi berkaitan PKPB ini menurutnya akan menyusul tidak lama lagi.

Terkini institusi pendidikan di tempat tempat PKPB akan ditutup mulai tarikh ini sehingga 26 Oktober. Ini kenyataan selanjutnya mengenai penutupan institusi pendidikan oleh KPM.

KUALA LUMPUR: Kesemua lebih 2,700 institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah akan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Institusi pendidikan terbabit di Sabah akan ditutup mulai harini hingga 26 Oktober ini, manakala di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula bermula esok hingga 27 Oktober. Menurut KPM dalam satu kenyataan, hari ini, penutupan membabitkan kira-kira 1.7 juta murid dan pelajar itu meliputi TADIKA, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta institut pendidikan guru (IPG).

“Keputusan ini akan membabitkan sebanyak 1,336 institusi dengan 511,349 murid dan pelajar di Sabah, termasuk institusi yang sudah ditutup di daerah dikenakan PKPB sebelum ini. “Selain itu, 1,088 institusi pendidikan membabitkan 935,984 murid dan pelajar di Selangor, termasuk sekolah di mukim Klang serta Petaling yang telah ditutup lebih awal.

“Penutupan ini juga membabitkan 344 institusi pendidikan dengan 254,639 murid dan pelajar di Kuala Lumpur; serta 29 institusi pendidikan bersama 31,917 murid dan pelajar di Putrajaya,” katanya. Berikutan penutupan itu turut membabitkan institusi pendidikan yang mempunyai asrama, menurut kenyataan berkenaan, ibu bapa atau penjaga boleh mengambil murid atau pelajar terbabit untuk pulang.



loading...


Bagaimanapun, katanya, murid atau pelajar yang menunggu diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan itu, akan berada bawah penjagaan warden asrama. “Keperluan makan dan minum murid atau pelajar sepanjang tempoh berkenaan akan disediakan oleh pihak institusi pendidikan.

“Bagi ibu bapa atau penjaga yang hanya dapat mengambil murid atau pelajar dari asrama ketika tempoh PKPB, mereka perlu memaklumkan kepada pihak institusi pendidikan dan seterusnya, pentadbir akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa atau penjaga berkenaan. “Ini adalah sebagai rujukan kepada pihak berkuasa jika mereka perlu merentas daerah untuk mengambil murid atau pelajar pulang dari asrama,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh PKPB pula hendaklah mendapatkan surat daripada sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

“Pembelajaran bagi murid dan pelajar sepanjang tempoh penutupan juga perlu diberi perhatian. “Justeru, pentadbir institusi pendidikan diarah memastikan guru atau pensyarah serta murid atau pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.-BHONLINE

Kes masih lagi tinggi. Terkini 563 kes baru positif covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan puncanya buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini punca kes makin meningkat.

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 563 kes baru telah dilaporkan hari ini (12 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 16,220 kes. Daripada 563 kes iniadalah 562 kes tempatan (498 warganegara, 64 kes bukan warganegara)dan 1kes import. 

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 5039 kes. Manakala 98 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan. 2 kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian sebanyak 159 kes. 109 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 11,022 kes.

Kes Makin Meningkat. Mengejutkan 3 Lagi Pusat Beli Belah Terlibat Dengan Kes Positif Covid 19 Dan Hampir 298 Sekolah Daerah Petaling Diarahkan Tutup Gara Gara Penularan Covid 19. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Punca.

Pusat beli-belah Mid Valley Megamall (MVM) dan The Gardens Mall (TGM) di Kuala Lumpur mengesahkan terdapat satu kes positif COVID-19 yang melibatkan staf di sebuah kedai jualan penjagaan kulit, lapor AWANI pada 11 Oktober 2020.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan bahagian pengurusan pusat beli belah terbabit, staf itu bekerja di London Sales Cosmetics (LSC) Sdn Bhd. Ia merupakan anak syarikat operasi yang mengendalikan butik Origani dan Élévatione Time Stops di kedua-dua pusat beli belah itu.

“Staf itu memaklumkan kepada pihak pengurusan LSC pada 9 Oktober lalu, bahawa salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus berkenaan. “Wanita itu kemudian melakukan pengasingan diri dan segera melakukan ujian saringan dan disahkan positif pada 10 Oktober lalu.

“Individu berkenaan bagaimanapun disahkan tidak menunjukkan sebarang simptom,” jelas pihak pengurusan Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall. Difahamkan, perkara itu dimaklumkan pada 11 Oktober selepas wanita berkenaan disahkan positif COVID-19.

Ketiga-tiga kedai tersebut ditutup buat sementara waktu dan kerja pembasmian kuman dilakukan di bawah syarikat LSC sedang dijalankan pada masa ini. Sementara itu,  pusat beli-belah, Bangsar Shopping Centre (BSC) juga akan ditutup buat sementara waktu selepas salah seorang pekerja di sebuah kedai jualan penjagaan kulit disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dibuat menerusi laman Facebook rasminya, pekerja di premis berkenaan didapati tidak menunjukkan sebarang gejala sewaktu bekerja pada 6 Oktober lalu. “Kami dimaklumkan dengan satu kes positif COVID-19 yang melibatkan kakitangan kedai produk penjagaan kulit iaitu Origani, di aras bawah.

“Kakitangan tersebut bertugas pada Selasa, 6 Oktober 2020 dan pada masa itu tidak menunjukkan sebarang gejala. Pekerja itu tidak berada di BSC sejak itu,” jelas pengurusan pusat beli-belah itu pada Ahad. Susulan itu, butik tersebut menutup premis kedainya dan meminta semua pekerjanya menjalani ujian saringan mengikut saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

BSC turut membuat kenyataan bahawa pihaknya akan menutup premis pusat beli-belah itu bermula pukul 8 malam Ahad bagi kerja pembasmian kuman dan kembali beroperasi pada Isnin (12 Oktober). Pada masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula telah memaklumkan bahawa semua sekolah di zon merah Petaling, Selangor akan ditutup mulai Isnin hingga 25 Oktober 2020.

Tindakan itu adalah selari dengan perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 Oktober mengenai keputusan kerajaan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah. Orang ramai boleh menyemak senarai sekolah yang terlibat menerusi portal www.moe.gov.my atau di platform media sosial rasmi mereka.

Sumber : Astro AWANI & Sinar Harian
Kredit Foto : Astro AWANI

 

 

-----------------------------------------------------------------