Bali: Gara-gara memuat naik foto anak sulungnya terkangkang, pelakon Nia Ramadhani menerima kritikan warganet yang menyifatkan pelakon itu tidak sensitif.Foto yang dimuat naik semalam itu memperlihatkan Nia, suaminya Ardi Bakrie, dan anaknya Mikhayla Zalindra bergambar di sebuah pusat peranginan di Bali.Namun, kedudukan Mikhayla agak menykitkan mata.
Menurut komen seorang pengikutnya, dia bersimpati dengan Mikhayla hanya disebabkan ibunya tidak berfikir panjang sebelum memuat naik foto itu.”Ya Allah, kenapa foto ini dimuat naik dengan posisinya anaknya begitu. Saya tak pernah komen di ruangan orang yang tidak dikenali tapi kasihan tengok foto ini. Kasihan anaknya,” katanya.
ARTIKEL MENARIK:Isu Shuib dan Siti Sarah hadir ke ibu pejabar SPRM. Peguam yang mewakili pasangan selebriti itu akhirnya menjelaskan punca mereka hadirkan diri dan harap semua mohon maklum
Rata-rata komen yang ditulis warganet kurang menyenangi tindakan Nia itu. Malah, ada yang menyarankan Nia sepatutnya menutup bahagian celah kangkng anaknya yang terdedah itu.Foto berkenaan jelas menarik perhatian sehingga mendapat tanda suka lebih 332,000 dan komen lebih 3,500.-metro
Tidak Kisah Ada Yang Berkawan Atas Dasar Duit. Nia Ramadhani Dedahkan Sikap Kawan Kawannya Dan Ini Perasaan Dia Walaupun Dikelilingi Orang Yang Mengambil Kesempatan Ke Atas Dirinya
SELEBRITI yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Nia Ramadhani memang dikenali kerana mempunyai ramai sahabat, sama ada dalam kalangan artis mahupun bukan.Pelakon yang popular dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu tidak kisah jika ada dalam kalangan teman-temannya berkawan dengannya atas dasar duit.
“Aku tidak kisah jika mereka hendak berkawan dengan aku hanya kerana duit.“Asalkan aku berasa bahagia dan gembira bersama dengan mereka,” ujar Nia.Katanya lagi, kebahagiaan merupakan perkara yang paling penting dalam hidupnya berbanding dengan duit yang banyak.Malah, Nia turut mendkwa sering diberitahu bahawa teman-teman yang rapat dengannya adalah disebabkan statusnya yang kaya-raya, namun dia tidak kisah tentang perkara tersebut.
Akui Sewa Rumah Selama 6 Bulan. Nia Ramadhani Dikritik Teruk Warganet Selepas Sahaja Berkongsi Tentang Haiwan Peliharaan Terbarunya
Nia Ramadhani terkenal sebagai artis yang kaya-raya. Dia bahkan menyediakan rumah khas untuk anjing peliharaannya. Dalam video yang dimuatnaik di saluran youtube TRANS TV Official, Nia, mengakui bahawa dia menyewa sebuah rumah selama 6 bulan. Nia nampaknya menjadikan rumah itu untuk bermain dengan anjing kesayangannya, Maximus.
Nia mendedahkan bahawa dia sudah menganggap Maximus sebagai teman rapat. Oleh itu, dia merasa wajar untuk menyediakan kemudahan mewah untuk Maximus.Sebelum ini, bintang drama Bawang Merah Bawang Putih itu mendapat kritikan di akaun instagram miliknya selepas mengambil keputusan untuk membela anjing.
Tindakan Nia itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada warganet yang beranggapan bahawa seorang muslim tidak sepatutnya mengambil anjing sebagai haiwan peliharaan.Apatah lagi tindakan Nia yang dilihat begitu mesra mengusap anjingnya itu sekaligus memberi kesan negatif pada pandangan umum apatah lagi wanita itu sudah bergelar hajjah.-murai
Suami beri bayangan mahu tambah isteri, Nia Ramadhani tak bimbang kehadiran orang ketiga
Nia tak hirau hasrat suami ingin beristeri dua.SETELAH menempuh alam perkahwinan selama 10 tahun, selebriti Ardi Bakrie seperti memberi bayangan kepada isterinya pelakon Nia Ramadhani bahawa dia ingin mempunyai seorang lagi isteri.Namun, hasrat itu segera dipersoalkan Nia apabila dia tertanya-tanya ciri-ciri isteri yang diinginkan Ardi.
Malah, Nia menerusi video yang tersebar di laman sosial kelihatan bersahaja dan tidak risau tentang perkara itu malah mengakui tidak bimbang dengan kehadiran wanita permpas.”Bagi saya, kita sebagai wanita perlu percaya pada diri. Bergelar seorang isteri, kita hanya perlu yakin dengan diri sendiri.
“Tak perlu fikirkan tentang perempuan lain,” katanya.Nia dan Ardi terkenal sebagai pasangan suami isteri yang sering mengungkapkan kata cinta dan berkongsi momen romantis di Instagram masing-masing.Pasangan selebriti Indonesia itu berkahwin pada 1 April 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.-mstar
Nia Ramadhani kongsi rahsia rumah tangga bahagia – “Jangan buka dompet atau telefon suami”
Nia Ramadhani hidup bahagia dengan suami tersayang, Ardi Bakrie.SEPANJANG 10 tahun melayari alam perkahwinan dengan usahawan Ardi Bakrie, pelakon Nia Ramadhani mengakui ada ketikanya hubungan mereka turut diuji.Nia bagaimanapun berkata dia mempunyai cara tersendiri dalam memastikan hubungan mereka kekal intim dan harmoni.
“Saya tak suka apabila ada masalah kita bertanya kemudian pasangan hanya mendiam diri… sikap begitu tidak akan menyelesaikan masalah.”Pasangan kita bukannya ada kuasa psikik, boleh baca apa dalam fikiran kita. Jadi bukan salah dia, tapi salah kamu kerana tak beritahu apa yang kamu tak suka,” katanya.
Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini berkata dia masih berpegang pesanan ayahnya dalam menjaga keharmonian rumah tangga antaranya tidak memeriksa telefon bimbit dan dompet suami.”Nasihat papa sebelum berkahwin, dia pesan supaya saya tak buka telefon dan dompet milik suami.
“Bukan sebab takut pasangan kita berbohong atau apa… cuma kalau kita jenis kuat cemburu takut mesej perbualan biasa sahaja akan jadi masalah besar nanti.”Sampai sekarang saya tak pernah buka dompet dan telefon Ardi… tak mahu lihat!,” ujarnya.Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie bernikah pada 1 April 2010 dan memiliki tiga orang anak iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.-mstar
Duduk diam di rumah, Nia Ramadhani hanya bangun tidur, mekap dan makan!
Nia terpaksa melalui rutin yang sama setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.PELAKON Indonesia Nia Ramadhani terpaksa akur dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.Nia berkata dia lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan melakukan rutin yang sama setiap hari.
Menerusi Instastory, Nia berkongsi rakaman aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh kuarantin itu.”Kegiatan hari ini sama dengan semalam.. iaitu apa?”Bangun tidur, mekap, terus selepas itu makan, buang mekap, terus tidur. Teruja kan?,” katannya.Sementara itu, bagi menghilangkan kebosanan anak-anak, Nia memberitahu dia membina taman permainan mini di halaman belakang rumahnya.Ia memberi peluang kepada anak-anak untuk bermain di waktu petang.Selain itu, isteri kepada Ardi Bakrie ini turut mengisi waktu dengan bermain piano.-mstar
Nia Ramadhani pernah sesat dalam rumahnya, harga katil pun cecah RM59,000!
Mewah kehidupan pelakon, Nia Ramadhani sekeluarga.DIGELAR selebriti semestinya kisah kehidupan mereka sering menarik perhatian masyarakat terutamanya hal peribadi seperti harta yang mereka miliki.Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal Indonesia menerusi sinetron Bawang Putih, Bawang Merah, Nia Ramadhani yang sebelum ini membuat pengakuan bahawa dia pernah tersesat di dalam rumahnya sendiri.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini sekali lagi menjadi bualan warganet selepas rakan artisnya, Jessica Iskandar membongkarkan kemewahan yang dimilikinya.Menurut Jessica, pelakon berusia 29 tahun ini memiliki kekayaan yang luar biasa malah hal itu didedahkan olehnya saat mengunjungi kediaman pelakon itu.
Nia Ramadhani bersama suami serta tiga anaknya.Jelas Jessica, dia sedikit terkejut selepas melihat saiz kamar serta saiz katil milik rakannya yang bersaiz luar biasa kira-kira 5×2 meter lebarnya.”Kalau katil kamu bersaiz 5×2 meter bermakna 10 meter lebarnya,” kata Jessica menerusi kunjungannya ke kediaman pelakon cantik ini yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Nia Ramadhani kemudian hanya mengiyakan pertanyaan tersebut.Tambah Jessica lagi, rakannya memberitahu bahawa dia mempunyai alasan yang tersendiri mengapa dia perlukan saiz katil sebesar itu.Nia Ramadhani kini bergiat aktif dalam dunia lakonan.Malah, wanita berasal dari Jakarta, Indonesia ini mengakui keinginan itu datang sewaktu dia sedang hamil anak pertama, Mikhayla Zalindra yang kini berusia 7 tahun.
Menerusi rakaman klip video tersebut, Jessica turut bertanya harga tilam tersebut. Malangnya jelas isteri kepada Ardie Bakrie ini, dia sendiri tidak mengingati harga tilam tersebut kerana dia membelinya hampir 10 tahun yang lalu.”Maaf ya jika saya sikit sombong. Katil baru saya bersaiz king yang berukuran sederhana itu pun hampir Rp50 juta (RM14,000). Jadi cuba fikirkan kalau sebesar ini. Jika saiz 5 meter ini berapa harganya?” soal Jessica.”Maaf, saya tidak tahu. Saya sudah lupa kerana saya beli katil ini hampir 10 tahun lalu,” jawab Nia Ramadhani.”Saya rasa harganya mencapai hampir Rp200 juta (RM59,000),” ujar Jessica. SUMBER-mstar
“Ada sesiapa boleh tolong?” – Nia Ramadhani takut goreng telur, bimbang terkena minyak panas
Nia menyahut cabaran menggoreng telur mata.NAMA pelakon Nia Ramadhani kembali menjadi perbualan hangat warganet dan trending di laman Twitter pada Selasa.Ini berikutan tersebarnya video aksi spontan Nia menggoreng telur dalam program Ngopi Dara yang dimuat naik di Youtube.Dalam video tersebut, Nia dan tetamu undangan Yasmine Wildblood berentap dalam cabaran menggoreng telur mata dengan cara betul.
Bagaimanapun, aksi Nia menghiburkan penonton apabila dia ketakutan kerana bimbang terkena minyak panas.”Ini perkara mudah, saya selalu buat. Alamak… tak boleh, soalnya minyak meletp-letp ya.Nia bersama pelakon Yasmine.“Ada sesiapa boleh tolong, minyak terlalu banyak ni. Kita (duduk) jauh-jauh dulu,” kata Nia kepada Yasmine.
Bagaimanapun, menerusi laman Instagram, Nia memberitahu dia hanya berlakon dan berpura-pura tidak tahu menggoreng telur dalam program tersebut.”Saya berlakon bagus sekali kan? Seolah-olah macam betul-betul tak pandai masak,” tulis Nia.Sebelum ini, nama Nia menjadi perbualan warganet di Indonesia apabila mengakui tidak tahu mengupas buah salak.Isteri kepada Ardi Bakrie ini boleh dikatakan memiliki kehidupan serba mewah selepas berkahwin dengan suaminya pada April 2010.-mstar
Nia Ramadhani kongsi pengalaman pertama naik jet peribadi, tahan malu tak tahu pusing kerusi
Nia Ramadhani tak tahu pusing kerusi jet peribadi.PELAKON Nia Ramadhani sekali lagi menjadi bualan apabila berkongsi pengalaman pertama kali menaiki jet peribadi. Kata Mia kali pertama dia menaiki jet peribadi ketika masih bercinta dengan Ardi Bakrie.Menurut Kapan Lagi, Nia berkongsi mengenai hal itu ketika bersiaran dalam program Ngopi Dara.
“Naik jet peribadi pernah, tetapi itu masa bercinta dengan Ardi Bakrie dan pergi bersama keluarganya ke satu destinasi.”Anda tahu kan macam mana orang kampung (menunjuk kepada dirinya). Orang kampung naik jet peribadi inilah saya,” katanya kepada pengacara program itu.
Nia kongsi pengalaman naik jet peribadi semasa bercinta dengan Ardi. Berbeza dengan pesawat biasa, kerusi yang ada di dalam jet peribadi boleh dipusingkan. Semasa pelepasan, selalunya mereka akan memusingkan kerusi mengarah ke hadapan.Namun, Nia tidak berbuat demikian bukan kerana dia tidak mahu tetapi dia tidak tahu bagaimana cara memusingkan kerusi itu.
“Saya tak berasa asing masa itu dan buat-buat tahu. Tetapi bila masa pelepasan, mentua saya tiba-tiba memusingkan kerusi itu menghadap ke arah saya.”Dalam hati saya bercakap ‘habis lah saya macam ni… macam mana nak pusingkan kerusi ni?’ saya cari butang di bahagian kanan kerusi sebab selalunya butang untuk pusingkan ada di situ.”Tetapi kalau di pesawat biasa, kerusi tidak boleh di pusingkan. Hanya ada butang untuk tetapkan kedudukan sahaja. Saya sudah mencari-cari tetapi tidak jumpa,” ucapnya.
Nia bersantai bersama suami dan anak-anaknya.Semasa pelepasan itu, Nia duduk secara mengiring kerana tidak boleh memusingkan kerusinya dan menahan malu saat ditanya oleh ibu Ardi.Nia juga berang terhadap Ardi kerana tidak menolongnya malahan tertidur.”Ibu Ardi bertanya kepada saya apakah saya tidak berasa pening dan saya menjawab tidak sebab menahan rasa malu.
“Saya bertanya di manakah Ardi, rupa-rupanya dia sedang asyik tertidur. Saya berasa sangat berang,” tambahnya.Ibu kepada tiga orang anak itu akhirnya memberanikan diri untuk bertanya kepada ibu Ardi bagaimana cara memusingkan kerusi itu semasa pulang dan rupanya ada butang di sebelah kerusi yang hanya perlu ditekan sahaja.Tags/Kata Kunci:-mstar
Duduk di rumah kerana Covid-19, Nia Ramadhani pening uruskan keluarga!
Nia Ramadhani mengakui resah menguruskan keluarga di rumah kerana wabak Covid-19.PELAKON Nia Ramadhani resah apabila terpaksa berkvrung di dalam rumah gara-gara wabak Covid-19.Menurut laporan Tribunnews, Nia menunjukkan reaksi spontan dengan menjrit di hadapan suaminya, Ardi Bakrie ketika ditanya mengenai kerja-kerja rumah.
Ini berikutan Nia perlu menguruskan hal keluarga sepanjang mereka berada di rumah bagi mencegah penularan wabak tersebut.Malah, Nia turut mengakui tidak boleh berehat kerana banyak kerja yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah.”Kerana virus ini, semua ada di rumah… tahu tak jadi ibu-ibu ini memang tak boleh nak berehat.”Pagi-pagi uruskan anak, nak tidur bapanya pulang pula… peninglah!” katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram milik Ardie.Tags/Kata Kunci:-msar
Nia Ramadhani dikritik tak tutup aurat, suami pula berseluar pendek ziarah tempat persemadian bapa
TINDAKAN pelakon Nia Ramadhani memuat naik foto bersama keluarga menziarahi tempat persemadian bapanya menjadi perbualan warganet .Ia berikutan Nia tidak mengenakan tudung dan memakai seluar jeans, manakala suaminya Ardi Bakrie pula hanya mengenakan seluar pendek.”Assalamualaikum Papa,” tulis Nia pada kapsyen foto tersebut.
Gara-gara perkongsiannya itu, warganet tinggalkan komen dan mengkritik cara pemakaian Nia dan suami ketika berada di tanah persemadian.Malah, foto tersebut turut mengundang perbalahan sesama pengikut mengenai adab ketika berada di kawasan persemadian.Meskipun begitu, masih ada pengikut yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesejahteraan buat bapanya.”Semoga bapanyadilapangkan dan diterangi tempat persemadiannya menjadi penghuni syurga-Mu Ya Allah,” tulis warganet.-mstar
Nia Ramadhani sanggup berhabis RM177,000 hanya untuk tiket penerbangan
PELAKON Nia Ramadhani memberitahu dia membelanjakan wang yang banyak bagi membayar kos penerbangan percutian keluarga ke Amerika Syarikat.Menurut laporan Liputan6, Nia berkongsi mengenai perkara itu ketika ditanya sahabatnya iaitu Jessica Iskandar semasa temubual program Ngopi Dara.Nia berkata kos tiket penerbangan untuk lapan orang mencecah hampir 600 juta rupiah (RM177,000).
“Soal bajet bukan saya yang fikir sepenuhnya. Cuma tentang kos… kalau tak fikir fasal hotel, kita sebut tentang penerbangan sahaja, 600 juta rupiah itu ada!,” ujarnya.Tertarik dengan pengakuan Nia, Jessica atau lebih mesra di sapa Jedar bertanya adakah tiket itu untuk kelas perniagaan atau ekonomi.”Bukan semua… hanya tiga sahaja kelas perniagaan,” jawab Nia.
Pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah itu bercuti bersama suami, Ardi Bakrie dan tiga orang anak mereka.Turut mengikuti jelajah tersebut ialah sahabat baiknya, Theresa Wienathan dan dua pengasuh anak mereka.SUMBER: Liputan6
Nia Ramadhani salahkan suami punca video tak pandai kupas buah salak jadi tular
Video Nia tidak pandai buka buah salak tular pada Oktober lalu.PELAKON Nia Ramadhani masih meyalahkan suami iaitu Ardi Bakrie yang merakam aksinya yang tidak tahu mengupas buah salak sehingga tular di media sosial.Nia berkata, perkara itu bukan hal yang besar untuk dijadikan perhatian warganet.
“Ini sebetulnya bukan hal besar, Ardi la… entah kenapa rakam-rakam, jadi susahkan aku,” ujarnya seperti dipetik Liputan6.Nia bersama suami dan anak-anaknya.Nia yang ditemui dalam sebuah wawancara sebuah televisyen swasta mengulas video tular bahawa dia tidak pandai mengupas buah salak.
Perkara itu menjadi perbualan warganet yang menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan.Dalam pada itu, Nia berkata, dia seorang yang tidak gemar makan buah-buahan.Menerusi video yang tular itu, suaminya memberi Nia sebiji buah salak untuk dikupas.Namun bintang sinetron ini meminta bantuan orang lain untuk mengupasnya dan mengakui tidak pandai cara membuka buah tersebut.-mstar
Nia Ramadhani mengaku kali pertama beli beg jenama berharga RM13,000 di Indonesia
Nia Ramadhani mengaku pertama kali membeli beg berjenama mewah di Indonesia.PELAKON Nia Ramadhani kembali menjadi perbualan peminat dan warganet apabila mengakui pertama kali membeli beg berjenama di Indonesia.Menurut laporan Kapan Lagi, Nia berkongsi mengenai perkara itu ketika bersiaran dalam program Ngopi Dara pada Sabtu lalu.
“Ini pertama kali saya beli tas tangan di Indonesia,” kata Nia kepada pengacara bersama, Jessica Iskandar.Hasil carian di laman web rasmi jenama tersebut mendapati tas tangan bewarna hijau itu bernilai AS$3,150 (RM13,000).Sebelum ini, tas tangan jenama Dior itu mencuri perhatian peminat semasa Nia memuat naiknya di laman Instagram.Nia ketika itu bergambar santai di tangga sambil memegang beg tersebut sambil bergambar di depan cermin.-mstar