“Covid Positif, Tolong Doakan Kami”-Aishah Positif Covid-19, Mohon Didoakan Kesembuhan!

Business

“Covid Positif, Tolong Doakan Kami”-Aishah Positif Covid-19, Mohon Didoakan Kesembuhan!

Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita yang kita terima mengenai seseorang yang kita kenali disahkan positf Covid-19 dan mohon didoakan. Jika bukan sanak saudara, jiran tetangga, kenalan rapat atau sebagainya.

“Covid Positif, Tolong Doakan Kami”-Aishah Positif Covid-19, Mohon Didoakan Kesembuhan!



Umpamanya penyanyi popular Aishah mengesahkan dirinya positif virus COVID-19. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram, pada Isnin (30 Ogos).

ARTIKEL MENARIK:Reen Rahim kepala botak undang ramai berdekah, “Kalau aku botak abg Achey…”
loading...


“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam kapsyen bersama sebuah video menunjukkan dirinya sedang melakukan ujian calitan di rumah.


Sementara itu, portal Kosmo melaporkan, penyanyi Janji Manismu itu mengalami simptom demam dan paras oksigennya juga tidak berada di paras normal.


“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” kata Aishah seperti yang dipetik portal tersebut.




Menerusi video yang dimuat naik, terlihat keadaan Aishah agak lemah dan mengah untuk menarik nafas. Di dalam video tersebut juga Aishah ada memaklumkan kepada  pegawai kesihatan sebelum melakukan ujian calitan, bahawa tahap oksigennya  berada pada tahap tidak  normal.


Dalam pada itu, suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen mendoakan agar Aishah segera sembuh dan dipermudahkan buat seluruh keluarganya.

Sumber : Ig @aishahjmm&  via KELUARGA




-----------------------------------------------------------------