AKHIRNYA menjawab teka-teki ramai mengenai desas-desus kehamilan pelakon Intan Ladyana, 39.
Menerusi perkongsian terbaru rakaman video di Instagram (IG) suaminya yang juga pelakon dan pengacara Harris Alif, 22, yang menunjukkan dia bersama pendakwah popular, Ebit Lew.
ARTIKEL MENARIK:”Jelm4an Dirimu.”- Anak Teruna Zamarul Hisham Tarik Perhatian Ramai
Dalam video tersebut, Haris meminta Ebit mendoakan untuk isterinya yang tercinta.
Ebit menitipkan kata-kata kebahagian rumah tangga pasangan tersebut agar kekal hingga ke akhir hayat.
Selain itu, Ebit turut menyelitkan doa agar kandungan Intan dilindungi ALLAH serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
"Semoga Haris dan Intan ALLAH beri sentiasa berbahagia sampai bila-bila. Mati pun tidak dapat dipisahkan. Bersama-sama di Syurga Firdaus.
"Mudah-mudahan selamat Insya-ALLAH kandungan anak soleh, solehah. Zuriat sampai kiamat buat insan yang buat kebaikan atas dunia ini, ALLAH sayang," titip Ebit.
Video yang berkapsyen "hadiah istimewa dari Ustaz Ebit untuk awak, sayang @intanladyana" kini telah mendapat hampir 90,000 tontonan.
Intan dan Harris disatukan sehari lebih awal.
Sumber: Instagram @harrisalif
Kredit -Sinar Plus.