Akan Dilelong Pada 14 Disember! Mahkamah Tinggi Arah Harta Nur Sajat Disita & Dijual

Business

Akan Dilelong Pada 14 Disember! Mahkamah Tinggi Arah Harta Nur Sajat Disita & Dijual

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini telah membenarkan permohonan OWA Resources Sdn. Bhd. untuk menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar oleh usahawan kontroversi, Nur Sajat.

Akan Dilelong Pada 14 Disember! Mahkamah Tinggi Arah Harta Nur Sajat Disita & Dijual



Pelaksanaan Writ Penyitaan & Penjualan Di Rumah Sajat


ARTIKEL MENARIK:Dulu kritik habis habisan UEL. Kali ni ramai yang tampil bandingkan isteri Caprice dan UEL sampai ada yang cakap macam ni.
loading...




Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengambil tindakan menyita ,susulan kegagalan usahawan tersebut membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020. Difahamkan, pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan telah dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Sajat yang beralamat di Kota Damansara, Selangor.

Sajat Tidak Beri Maklum Balas




Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati pelantun Makhluk Penggoda itu tidak memberi sebarang maklumbalas untuk membayar pampasan setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu. Ketika itu, Sajat memohon untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya untuk membayar gantirugi kepada OWA Resources.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Nurwati dan Syakir berkata, anak-anak guamnya komited untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah. Bagi barang-barang yang disita pula akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan telahpun ditampal di premis defendan pada hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini,”

“Sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual,” tambah Nurul Hafidzah dalam sebuah kenyataan kepada pihak Murai

Terdahulu, Sajat didapati melanggar kontrak perniagaan kerana gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokis nya seperti yang dipersetujui. via Hangat.com


-----------------------------------------------------------------