‘Bercinta Dengan Orang Lain, Nikah Dengan Orang Lain…’ – Jasmin Hamid kembali bergelar isteri

Business

‘Bercinta Dengan Orang Lain, Nikah Dengan Orang Lain…’ – Jasmin Hamid kembali bergelar isteri

SELAIN pelakon Haqiem Rusli yang mendirikan rumah tangga pada Jumaat, dramatis terkenal, Jasmin Hamid turut berkongsi berita gembira sama.

‘Bercinta Dengan Orang Lain, Nikah Dengan Orang Lain…’ – Jasmin Hamid kembali bergelar isteri



Jasmin, 47, menerusi Instagramnya memaklumkan sudah selamat bergelar isteri dan majlis pernikahan mereka berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

ARTIKEL MENARIK:Persis Hanis Zalikha, Tak Sangka Isteri Haqiem Rusli Viral Dari Sekolah Lagi
loading...


“Syukur Alhamdulillah. Bercinta dengan orang lain. Nikah dengan orang lain. Sebagai hamba-Nya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, maut dan rezeki adalah rahsia Allah.

“Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada ALLAH SWT… Ia juga adalah berkat doa ibu bapa, keluarga dan sahabat handai yang menyokong saya,” kongsinya.

Tambah Jasmin, dia hanya meminta sepersalinan telekung agar pahalanya terus mengalir buat suami tercinta.

“Moga dengan sepersalinan solat ini, kami akan mendapat pengakhiran hidup yang baik dan disatukan kembali dalam Syurga Firdaus tanpa hisab dan bebas dari azab api neraka dan seksa kubur,” katanya.


Sepersalinan telekung sebagai tanda cinta.



Sementara itu, rakan baik Jasmin yang juga pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan lelaki yang dikenali sebagai Amir itu merupakan pembantu peribadi Jasmin sejak lapan tahun lalu.

Ujar Zarina, dia tidak menyangka usikan di set penggambaran akhirnya menjadi kenyataan.

“Inilah jodoh ALLAH. Lapan tahun Amir jadi pembantu peribadi Min (panggilan buat Jasmin). Dia lah yang lalui segala suka, duka, teman bercerita yang lebih memahami, banyak membantu segala urusan Min.

“Berbahagialah dikau wahai sahabatku sayang. Doaku semoga Amir dapat bersamamu hingga ke Jannah,” katanya.

Sebelum ini, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Ian Rashid Macquistan pada tahun 2000, namun mereka berpisah lapan tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Ian Haziq MacQuistan, 19 tahun. Jasmin turut memiliki dua anak angkat iaitu Rohana, 31 dan Lukhman Hakim, 25, yang dijaga sejak kecil. via Sinar Plus


-----------------------------------------------------------------