Pengacara dan penyampai radio, Fara Fauzana mengumumkan bahawa beliau telah disahkan positif CVDI9.
Positif CvdI9 Disebabkan Berlaku Kontak Rapat
ARTIKEL MENARIK:Ds Vida seharian tak keluar bilik sebab bekas suami nak jumpa anak. Sekali ini pula nasihat dari Nora Ariffin buat ramai yang terdiam.
Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, beliau berkongsi kisahnya yang disahkan positif CVDI9 disebabkan kontak rapat (close contact). “PENANGAN CVD. Random sharing on the 1st day bila dapat tahu POSITIVE Cvd due to close contact. Bila kita tahu je kita close contact terus home quarantine kan diri. FF dah home quarantine since Monday”-Fara Fauzana
Fara Fauzana turut menceritakan bahawa beliau sudah mula batuk dah rasa pening sebelum beliau pergi melakukan PCR Test. “By the way masa hari nak pegi buat PCR tu saya dah start batuk and kepala dah start pening ditambah dengan ada rasa ‘cucuk2’. Haipp bukan cucuk tang sini cucuk tang sini, itu lain.”-Fara Fauzana
Wajahnya Sentiasa Mengenyit Mata Disebabkan Menahan Rasa Sakit
Tambahnya lagi beliau menjelaskan wajahnya yang sentiasa mengenyit mata disebabkan menahan rasa sakit yang menyucuk di belakang kepala di antara telinga dan leher. “Muka tu dok kenyit-kenyit mata sebab dok tahan sakit cucuk-cucuk kat belakang kepala between telinga dan leher.”
Rakan Selebriti Titip Doa
Tinjauan Murai My di ruangan komen bekas penyampai berita mendapati ramai rakan selebriti seperti Sharifah Amani, Nourul Depp, Liyana Samsudin, Alyah, dan ramai lagi tampil membanjiri di ruangan komen yang mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan dengan cepat. “Semoga cepat sembuh Kakak. Praying for your swift recovery InsyaAllah. Sayang you.” Cepat sembuh adik. Minum banyak air, tea hijau dan juga VITAMIN C & D”-Nourul Depp
“Allah…stay strong! Semoga cepat diberi kesembuhan..Kak Long Shah Alam.”-Liyana Samsudin “Semoga cepat sihat ya makHencik..Didoakan segala kebaikan untuk u.”-Alyah
Kami turut mendoakan agar Fara Fauzana diberikan kesembuhan dengan cepat dan kuat hadapi ujian yang dihadapi. Semoga cepat sembuh! Sumber : Murai.my
Doakan Orang Buat Swab Test Kena Covid19.Warganet Anggap Petugas Keterlaluan.
Seorang petugas barisan hadapan menerima kritikan serta kritikan susulan tindakannya yang mendoakan salah seorang individu yang menghadiri ujian saringan agar dijangkiti virus Covid-19.
Petugas doakan pesakit kena Covid-19
Kejadian itu telah dirakam oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Shuhada Dee dan kemudian dikongsikan di platform tersebut sehingga menjadi perhatian warganet.
Menerusi video pendek itu, petugas berkenaan bertanya sekiranya individu berusia 16 tahun itu sama ada telah menerima vaksin sebelum dia mendoakan agar individu terbabit terkena jangkitan virus tersebut.
“Apalah doakan orang macam tu”
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram terhadap kata-kata petugas itu yang dianggap keterlaluan menyebabkan mereka berhasrat agar video tersebut sampai ke pengetahuan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sumber: Redaksi
Pameran Bendera Putih Memperingati Mangsa Pergi Akibat Covid19.
AMERIKA Syarikat (AS) mengadakan pameran seni baharu bagi memperingati mangsa-mangsa yang maut akibat Covid-19.Sehingga Jumaat, sekurang-kurangnya 670,034 orang pergi akibat wabak itu di AS, menurut University Johns Hopkins.
Pameran yang dianjurkan oleh artis Suzanne Brennan Firstenberg itu menempatkan lebih 600,000 bendera putih di National Mall.
Selain memberi gambaran visual mengenai kehilangan nyawa akibat wabak, bendera yang ditempatkan juga memuatkan mesej peribadi dari orang tersayang yang boleh ditinggalkan secara langsung atau dalam talian melalui laman web untuk pemasangan.
“Begitu banyak kehilangan nyawa berlaku tanpa pengetahuan.
“Ketika saya berkesempatan membawanya (bendera) ke National Mall, meskipun saya tahu ini adalah tugas sangat besar, tetapi ia adalah tanggungjawab saya,” kata Firstenberg, 62.
Sebelum ini, dia membuat pemasangan bendera dengan jumlah lebih kecil pada tahun lalu berhampiran Stadium RFK di Washington.
Firstenberg berkata, penduduk AS harus mengambil risiko untuk bekerja bagi mencegah kegawatan ekonomi yang lebih terkesan berbanding risiko kesihatan akibat wabak itu.
“Itu benar-benar mengganggu saya. Saya berasa seolah-olah seseorang harus melakukan sesuatu untuk membuat kenyataan bahawa dengan kematian ini, kita juga harus menghargai setiap kehidupan ini, “ katanya.
Sebelum pameran dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Khamis, seorang ahli keluarga mangsa yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 mengakui dia terharu melihat ayahnya dihormati.
“Salah satu bendera itu mewakili ayah saya yang kehilangan nyawa akibat Covid-19 kira-kira 11 bulan yang lalu.
“Saya tidak menyangka akan sangat beremosi melihat ini tetapi di sini saya menangis. Tolong, jangan sekali-kali, lupakan mereka,” katanya melalui satu catatan di media sosial yang dikongsi di akaun National Mall. Sumber: Mstar
Suami Pergi Buat Selamanya Setelah 10 Hari Lawan Covid 19. Sekali Banyak Pula Mesej Diterima Ceritakan Sikap Suami.
Allhyarhm Reza Adnin Roslan menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu. “Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kehilangan. Al-Fatihah buat suamiku, Reza Adnin Roslan,” demikian kapsyen yang ditulis seorang wanita pada video yang dimuat naik di aplikasi TikTok. Dengan lagu ‘Kemarin’ dendangan kumpulan Seventeen sebagai latar belakang, ternyata video berdurasi 1.04 minit itu bisa mengundang sebak sesiapa sahaja yang menontonnya. Menurut Intan Zainab Ismail Ikram, suaminya menghembuskan nafas terakhir pada 28 Mei lalu selepas 10 hari bertarung nyawa melawan Covid-19.
Sudah lebih seminggu sejak kehilangan suaminya, namun detik-detik terakhir bersama suami tetap segar di ingatan ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tujuh tahun ini. Menurut Intan, segala-galanya bermula pada 18 Mei lalu apabila suaminya demam.
Lambaian ketika di pusat kuarantin yang menjadi lambaian terakhir buat keluarga Intan.
“Selepas makan panadol, dia masih tak kebah. Pagi esoknya selepas Subuh, suami mengadu badannya lenguh-lenguh, sakit perut… saya buat bubur sebab dia tak selera makan. Selepas tu makan ubat lagi. Tapi demamnya tak juga kebah, malah suhu badan makin tinggi. Kami terus buat appointment untuk lakukan ujian calitan (swab)… demam sekarang bukan boleh buat main. Ini bukan kali pertama suami buat swab, rasanya dah kali keenam atau ketujuh sebab tuntutan kerjanya sebagai staf Petronas memerlukan dia buat swab setiap kali turun ‘site’. Kebanyakan masa suami kerja dari rumah.
Allahyarham Reza merupakan seorang bapa yan penyayang terhadap anak tunggalnya.
“Dipendekkan cerita, sehari kemudian doktor telefon dan beritahu ujian swab kali ini ‘sangkut’. Suami sangat positif, dia ‘chill’ saja terima berita tu,” ceritanya yang menetap di Kerteh, Terengganu. Menurut Intan Zainab, pada 21 Mei, suaminya dimasukkan ke pusat kuarantin manakala dia dan anak tunggalnya pula melakukan ujian calitan kerana merupakan kontak rapat. Kami sempat bertemu seketika di pusat kuarantin tersebut sebelum ‘berpisah’ sementara. Anak meraung-raung sebab berpisah dengan baba dia. Sebelum pulang, kami saling melambai-lambai… siapa sangka, itulah lambaian terakhir suami,” cerita wanita ini.
Tiga hari ditempatkan di pusat kuarantin, suami Intan Zainab terpaksa dipindahkan ke sebuah Hospital Hulu Terengganu kerana keadaannya semakin memburuk. “Pada Isnin, 24 Mei, keputusan ujian saya keluar dan saya turut disahkan positif Covid-19 sementara anak kami negatif.
Kenangan ketika ke tanah suci pada 2019.
“Tapi tak ada rezeki nak jumpa suami di pusat kuarantin sebab hari itu dia dah dipindahkan ke hospital dan saya hanya dimasukkan ke pusat kuarantin pada Selasa keesokannya. Anak terpaksa saya bawa sekali memandangkan ada kekangan tertentu, lagi pula suami pesan biarlah anak ada depan mata. Hari-hari kami berhubung. Kerap saya call dia tapi sekejap-sekejap setiap kali, sebab dia batuk teruk. Takut dia penat kalau banyak bercakap,” ceritanya.
Sehinggalah pada malam Khamis, Intan Zainab berkata suaminya mengadu sukar untuk bernafas ketika mereka saling berhubung. “Lebih kurang pukul 12 tengah malam, suami hantar mesej di WhatsApp memberitahu dia bergantung kepada tabung oksigen untuk bernafas. Tapi saya dah terlelap dan hanya baca mesej waktu Subuh, pagi Jumaat. Kredit -Era Kini