Isteri terpaksa kuat untuk tanggung makan minum suami selama 3 tahun. Sekali terkejut bila terjumpa akaun suami ada RM100k dan ini jawapan suami bila ditanya.

Business

Isteri terpaksa kuat untuk tanggung makan minum suami selama 3 tahun. Sekali terkejut bila terjumpa akaun suami ada RM100k dan ini jawapan suami bila ditanya.

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Ini adalah kisah saya seorang isteri yang suami nya masih hiduplah. Masa mula perkahwinan, saya yang berkerja menyara keluarga sementara suami saya belum dapat kerja.

Isteri terpaksa kuat untuk tanggung makan minum suami selama 3 tahun. Sekali terkejut bila terjumpa akaun suami ada RM100k dan ini jawapan suami bila ditanya.



Pagi, petang, malam. Cukup saya katakan berkerja keras untuk meletak makanan di atas pinggan. Alhamdulilah pertengahan perkahwinan, kami dikurniakan anak.

ARTIKEL MENARIK:(Video) Tular Lelaki Kebumi Jenazah Ibu Di Halaman Rumah, Ramai Puji “Boleh Elak Adik-beradik Jual Tanah & Berebut Harta”
loading...


Maka saya perlu lagi berkerja lebih keras dengan membawa anak didalam perut. Suami masih tidak berkerja. Maka saya pun bekerja lebih gigih siang malam untuk memastikan cukup untuk penambahan 1 ahli keluarga. Fast foward, saya tidak pernah mengeluh bahkan mengangap itu tanggungjawab saya sementara suami mendapat kerja. Masa itu Mak mertua saya pun masih baik dan memberi sokongan terhadap saya supaya terus bekerja menyara keluarga. Alhamdulilah, hari siang awan mendung berlalu.

Suami dapat kerja. Sujud syukur akhirnya dapat berkongsi beban kewangan 50-50. Tetapi awan mendung muncul semula bersama kilat menyetir. Gaji bulan pertama sahaja menjadi rebutan mak mertua. Suami saya tidak mahu bayar apapun. Kereta, rumah, mengasuh anak, nafkah saya dan anak semua tidak tertunai. Suami saya mula kedekut dengan hartanya. Padahal dulu masa saya bekerja suami saya yang pegang kad, tahu password untuk keluarkan duit dan sebagainya. Ya saya bdh, saya tahu. Ada satu masa itu, saya penat berkerja back to back tanpa rehat, sabtu ahad pun kerja.

Saya berdiri depan cermin, tengok luuka ca3ser anak pertama saya. Saya menangis giila-giila didalam tandas. Sudahlah penat berkerja, membawa anak dalam perut sehingga melahirkan juga diuji. Hanya untuk lebih terus menderita dengan sikap suami dan mertua. Mak mertua dan keluarga suami juga mula bekeras. Mereka mahu jumlah yang besar dari gaji suami saya. Apabila saya bercakap, ditdvh saya dengan pelbagai kritikan antaranya ‘saya gila harta’. Kalaulah saya gila harta, buat apa saya tanggung suami saya tak berkerja 3 tahun? Logik tak? Betullah, bagaikan kacang lupakan kulit.

Itulah saya pada suami saya. Nafkah saya rock a bye baby. Yg wajib head to toe 2 kali setahun pun, bagaikan prang nak dapat. Isteri shopping beli barang dapur seronok, saya skit kepala. Sebab semua kena catu. Kalau nak maggi, kena nyatakan kenapa nak maggi, bolehke habiskan maggi dalam seminggu, jika tak habis apakah akibatnya kepada ekonomi keluarga dan negara.

Sumpah, setiap kali beli barang dapur skit kepala / hati bernyut-nyut. Akhirnya, saya berserah letak balik maggi pada rak. Kemuncak apabila saya terjumpa account peribadi suami. Ada satu tika saya terjumpa second account bank yang berbelas ribu. Masa itu tanya, suami saya kata itu keluarga dia punya.

Saya diamkan. Kali kedua saya jumpa account BSN seratus ribu. Kali ini saya tanya, dia kata account keluarga lagi. Agak-agak lah menipu pun jelas nama kedua account adalah nama suami saya. Lagi seronok, suami saya tidak berkeinginan pun berkongsi fakta dengan saya. Wp masa saya berkerja seorang diri.

Maka selama ini suami saya adalah RICH HUSBAND, dan saya adalah P0OR WIFE Saya terduduk sebab sungguh saya tiada simpanan, saya serahkan semua pada suami. Password account bank semua dia tahu. Tetapi dia, saya tidak tahu apa-apapun, tidak password apatah lagi amount.

Sedangkan cinta saya sudah terbukti pada dia dengan menerima dia ketika dia zero, melahirkan zuriat lagi. Saya tergelak ala joker mengingat kejahilan diri yang sebenarnya dihati tertoreh dan tersusuk. Apabila cinta suami tidak seperti yang diharapkan. Selepas beberapa lama merudung nasib, hampir gagal ditempat kerja. Saya bangkit dengan kasih sayang Mak. Saya yakin ini adalah wake up call saya to be RICH WIFE.

A) Saya buat hibah diatas kem4tian saya bernilai RMxxx,xxx. B) Saya teruskan membayar apa yang sudah bayar yang suami tak mahu sediakan. Contohnya hutang kereta yang atas nama saya. (Sebab saya kerja dulu, jadi saya yang boleh keluarkan kereta) (Hutang ini atas saya tidak mengapa penat membayar nanti boleh guna) (suami saya memang tak nak bayar pun kereta ini). C) Membeli rumah / aset yang buat liabiliti. Saya paksa diri menyimpan. Alhamdulilah sudah dapat 2 rumah. Dan to more in list.

D) Menyimpan, Saya mula menabung. Life style, tudung jenama yang mahal, baju yang esklusif. Saya ada 7 set series of baju kerja yang saya tukar itu sahaja dari awal tahun ke akhir tahun. Saya yakin saya cantik walaupun dengan baju yang sama. Hehehe janji bersih dan wangi. E) Berdoa dan terus berdoa agar diberi ksihatan, akal fikiran yang sihat, rezeki yang murah dan keupayaan mengubah nasib diri.

F) MAJUKAN DIRI, Ambil peluang boss offer gaji bagus, job lebih bagus. Kau pun kenalah excellentkan. Takat dok jadi makcik bawang tak kemana. G) Follow dan berkawan dengan ‘circle’ yang bagus. Saya follow pakar kewangan, pakar perubatan, pakar motivasi. Nak hebat kenalah follow orang yang sudah hebat.

Saya berhenti menangisi dan meroyan dengan perkataan pisah. Suami saya letak dalam kotak, ikat cecantik, letak dalam bonet kereta. Masih menghormati, tetapi harus lebih bijak melangkah. Sebab suami saya pun bijak dengan keluarga dia. Adakala stress datang menghentak, sebab saya perlu jelaskan banyak benda.

Saya akan pujuk hati dan berkata sesungguhNya Allah swt bersama saya. Apabila kita redha dan terima dalam positif maka kita akan tenang. Saya pernah lihat filem ‘How I Meet Your Mother’, dimana Ted asyik berada di dalam telaga. Dia tertanya siapa yang dapat bantu dia. Diakhir episod itu, diri ‘dia’ yang menghulur tangga kepada Ted untuk keluar dari telaga itu. Episod itu memberi kesan. Adakala tiada siapa yang dapat menyelamatkan diri kita kecuali kita sendiri. ‘What doesn’t k1ll you, make you stronger’, saya perlu kuat untuk 2 anak saya. Itulah wanita apabila hatinya terluuka. Kita perlu jadi macam lastik, berundur kebelakang dan terus melantun maju. Yang baik dari Allah swt, yang buruk dari saya. Sumber : Kisah rumah tangga




Isteri Tengah Sarat Mengandung 6 Bulan. Suami Pula Check In Hotel Dengan Perempuan Lain. Akhirnya Ini Yang Berlaku.

Hati wanita mana yang tidak hancur apabila suami yang diharapkan dapat menjadi ketua keluarga pergi meninggalkan pasangan ketika sang isteri sarat mengandung anak mereka.

Lebih menyedihkan apabila lelaki tersebut sedang hanyut bersama skandal baru sedangkan isteri bersusah payah menjaga anak yang masih kecil dalam keadaan hamil.

Suami didakwa check-in hotel dengan skandal

Hal ini diluahkan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Eliya Syafira apabila memuat naik gambar suaminya bersama seorang perempuan lain sehingga  didakwa ke bilik hotel.

Eliya  turut menyertakan beberapa  bukti sang suami bersama perempuan lain. Tak hanya itu, skandal suaminya juga mengikutinya di media sosial.



Selepas perkongsian dari Eliya Syafira itu tular, lelaki tersebut telah tampil mempertahankan dirinya apabila membuat ‘penjelasan’ berkenaan isu rumah tangganya.

Suami kata dif1tn4h isteri.

Menurut lelaki berkenaan, dia sudah berpisah dengan isterinya buat kali pertama kira-kira 3 bulan lalu dan sekali lagi melafazkan t4l4k 3 pada 4 November 2021.

Dalam pada itu, dia menafikan dirinya menduakan dengan wanita lain kerana berkenalan dengan wanita tersebut selepas berpisah. Dia juga mendakwa isterinya membuat fitnah terhadap dirinya dan memaklumkan Eliya ‘9il4 mer0yan’ kerana mereka sudahpun tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.


Dah buat laporan polis

Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga telah membuat laporan polis berhubung ‘fitnah’ yang didakwa dilakukan isteri sehingga membuka aib rumah tangga.

Tak hanya itu, di juga memuat naik perbualan bersama selepas isu ini viral di Facebook.


Makwe tak ada niat nak rampas hak orang

Selain dari lelaki tersebut, wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan berkenaan juga tampil membuat penjelasan di media sosial.

Wanita itu menafikan sekerasnya telah check-in bilik hotel bersama suami orang dan menganggap perkara tersebut adalah fitnah yang berat.

Walau bagaimanapun, dia mengaku mengenali suami Eliya namun hanya mengenali lelaki tersebut selepas pasangan berkenaan didakwa berpisah.


Diakhir penulisan ‘skandal’ lelaki itu, dia sama sekali tidak berniat mahu merampas hak orang dan sedar kesilapannya berkawan tanpa menyelidik status individu tersebut.

Jadi dia memohon agar Eliya Syafira supaya memadam status berkenaan akaun media sosialnya kerana sudahpun membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri.

Tunjuk bukti, baru sahaja dit4l4k tiga

Bengang dengan kenyataan dari suaminya, wanita hamil tersebut sekali lagi memuat naik kenyataan dengan memaklumkan yang sebelum ini mereka bahagia sahaja dan baru kelmarin (4 November 2021) dia dit4lak tiga oleh lelaki itu.

Dia juga menjelaskan hubungan perkahwinan mereka baru sebulan dua berantakan dan media sosialnya disekat oleh suami sehingga terpaksa menghubungi orang lain untuk memintanya membelikan susu anak.



Muat naik pertama Eliya Syafira itu telah mendapat lebih daripada 3 ribu tanda suka dan 7 ribu perkongsian semula di Facebook kerana ramai yang geram dengan sikap buruk yang dilakukan oleh suaminya. Lebih membuatkan netizen sakit hari adalah wanita tersebut dalam keadaan hamil 6 bulan dan telah dipisahkan disamping perlu menjaga anak sulung yang baru berusia 11 bulan. Sumber: Facebook Eliya Syafira.




Kredit - Era Kini



-----------------------------------------------------------------