Sedang mengupah peguam untuk proses perpisahan anak. Bapa Nynaa Harizal akhirnya tampil mengaku tidak bersalah.

Business

Sedang mengupah peguam untuk proses perpisahan anak. Bapa Nynaa Harizal akhirnya tampil mengaku tidak bersalah.

Bapa kepada seorang pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas dakwaan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Sedang mengupah peguam untuk proses perpisahan anak. Bapa Nynaa Harizal akhirnya tampil mengaku tidak bersalah.



Tertuduh, Harizal Hashim, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Rezali.Berdasarkan pertuduhan tersebut, Harizal yang merupakan bekas juru terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan pistol jenis CZP-07

ARTIKEL MENARIK:Diperintah oleh mahkamah untuk bayar 80k pada bekas isteri. Tak boleh berdiam sekali ini respon dari Awie.
loading...




Bapa kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada jam 1.40 pagi, 2 November lalu.

Jika sabit kesalahan, Harizal boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam difahamkan memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlangya selama 25 tahun dengan TUDM untuk mengurangkan jumlah ikat jamin.

Teruduh juga kini sedang mengupah peguam untuk menguruskan proses perpisahan anak perempuannya dengan baik.Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan seterusnya pada 30 Disember nanti.

Terdahulu, media melaporkan suami kepada Nynaa, Mohamed Fahmi Ilyas membuat laporan polis dan mendakwa isterinya itu diculik oleh bapa mentuanya.Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika Nynaa berada di set penggambaran sebeleum bertindak membawa anaknya itu untuk tujuan berubat.

Tertuduh didakwa mengacukan pistol kepada pembantu peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tindakan jika dia dihalang untuk mengambil anaknya itu.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Nynaa Harizal Tampil Lagi Dengan Perkongsian Terbaru Dengan Keluarga. Sekali Ini Pula Yang Dia Kongsikan Sampai Ramai Yang Dah Pelik.

Pelakon Nynaa Harizal yang didkwa dicvlik oleh bapanya sendiri oleh suami, beberapa hari lalu telah memuat naik dua hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG). Menerusi dua hantaran video tersebut, Nynaa kelihatan gembira meluangkan masa bersama ahli keluarganya.


Tinjauan Gempak di ruangan komen pada kedua-dua hantaran mendapati warganet mula meragui dkwaan ‘cvlik’ oleh suami Nynaa, Mohamed Fahmi Ilyas pada 3 November lalu. “Kata kena culik? Tak macam kena culik pun, happy jer,” komen beberapa pengikut.

Bagaimanapun ada juga yang beranggapan kemungkinan video yang dimuat naik merupakan video lama.“Katanya kena cvlik dengan family sendiri…Ni video lama ke baru,” tulis seorang warganet pada hantaran video Nynaa dan adik-adiknya di pusat membeli belah Johor Premium Outlet (JPO).




Dalam pada itu, rata-rata mereka berharap agar masalah keluarga Nynaa dapat diselesaikan dengan cara baik.Terdahulu, Fahmi Ilyas membuat laporan polis mendkwa isterinya telah ‘dicvlik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim ketika Nynaa berada di set penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Shah Alam. Menerusi sebuah sidang media tergempar, Fahmi Ilyas mendkwa keluarga Nynaa membawa isterinya itu pulang ke Johor secara paksa, untuk tujuan berubat. Pada sidang media itu juga Fahmi Ilyas mendakwa terputus hubungan komunikasi dengan isterinya selepas berhubung buat kali terakhir pada Selasa, 2 November lalu. Fahmi Ilyas juga mendkwa bodyguard yang juga pemandu kepada Nynaa diugut dengan menggunakan senjata api. Sumber : Gempak

Dah 5 Hari Berdiam Diri. Kini Nynaa Harizal Tampil Kongsikan Rakaman Ini Dan Buat Ramai Tertanya Tanya.

Video Nynaa bersama adik lelakinya (kiri) selepas tiga hari suaminya (kanan) membuat laporan polis. Lima hari mendiamkan diri selepas didkwa dicvlik bapa sendiri di set penggambaran, pelakon Nynaa Harizal muncul di media sosial pada malam Jumaat. Seakan tiada apa yang berlaku, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal memuat naik video sedang bermain basikal bersama adik lelakinya di kawasan rumah mereka, di percayai di Johor Bahru, Johor.

“Jalan la pula… penat berbasikal,” tulis Nynaa secara ringkas di kapsyen perkongsian tersebut. Menerusi laporan, suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas mendedahkan isterinya diculik oleh ibu bapa mentuanya pada Isnin, 1 November lalu. Berharap masalah yang timbul dengan mentuanya dapat diselesaikan dengan baik, Mohamed Fahmi berkata dia sendiri tidak mengetahui punca isterinya dilarikan dari lokasi penggambaran sebuah drama di Shah Alam.

Susulan itu Mohamed Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan membuat laporan tentang kehilangan isterinya yang juga pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.

Jalan la pula… penat berbasikal.

Dalam pada itu, rata-rata warganet menerusi ruangan kapsyen bertanyakan tentang status isu berkenaan dan keadaan terkini Nynaa yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020. Malah, segelintir warganet juga membuat spekulasi bahawa Nynaa masih berdepan dengan masalah keluarga disebabkan keadaan matanya yang kelihatan sembap.


Nyna dan suami bernikah pada Ogos lalu.

“Sudah selesai masalah keluarga awak? “Nampak bengkak bahagian mata. Jelas masalah keluarga belum selesai.” “Awak ok? Lihat mata awak,” komen beberapa warganet di ruang perkongsian video tersebut. Video : Klik link

Sehingga kini mStar masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Nynaa dan suaminya berkaitan perkembangan kes berkenaan. Untuk rekod, pelakon berusia 25 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi, 29, pada 28 Ogos lalu. Sumber : Mstar & Instagram Nynaaharizal__

Dah Cuba Telefon Nynaa Tapi Masuk Mel Suara. Suami Nynaa Harizal Tampil Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku.

“Saya berjaya bercakap dengan si bapa, dia sudi untuk berjumpa tapi bila dan di mana tak tahu lagi.” Demikian kata suami kepada pelakon Nynaa Harizal, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, berhubung dkwaan ugvtan jny4h berbahaya yang menurutnya, dilakukan bapa mertuanya di sebuah set penggambaran drama sebelum ‘melarikan’ isterinya, baru-baru ini. Kata Mohamed Fahmi, dia tidak pasti di mana keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa kini berada di kediaman keluarga mertuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya beberapa hari lalu.

“Saya syak Nynaa berada di Johor. Keadaan semasa saya boleh cuba telefon Nynaa tapi panggilan akan pergi ke voicemail (mel suara). WhatsApp pun ‘single tick’. Jadi, saya tak tahu. Si bapa cakap, anak dia dan dia tahu macam mana nak jaga (anaknya). Saya tak rasa si bapa akan sakiti anaknya tapi sama ada dia (Nynaa) tertekan, cukup makan, sedang nangis, saya tak tahu.

Dedah Mohamed Fahmi, kali terakhir dia berhubung dengan bapa mertuanya adalah pada pagi hari ini namun enggan memperincikan lebih lanjut sama ada benar punca bapa mertuanya bertindak melarikan isterinya disebabkan status kewangan dirinya yang dikatakan kurang kukuh.

“Dari segi aspek kewangan, memang ada isu sejak permulaan perkahwinan. Saya baru berusia 29 tahun, mereka tak boleh harapkan saya ada segala kemewahan. Tapi saya taknak perincikan tentang hal itu (status kewangan). Macam tak elok kalau cakap,” katanya kepada media dalam satu sidang akhbar virtual petang tadi. Tambahnya, apa pun terjadi, dia berharap masalah yang tercetus antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan secara bersemuka dan jika boleh tidak mahu terus melibatkan pihak polis.

“Untuk selesaikan hal ini, apa sekalipun, kita kena berjumpa dan berbincang sebab takkan nak buat laporan polis sana sini. Takkan selamanya begitu. Laporan polis dibuat saya kerana si bapa telah melarikan isteri saya tanpa pengetahuan diri saya sebagai suami. Dia buat begitu dengan mengugvt pengawal peribadi saya menggunakan senj4ta 4pi. Saya guna perkataan ‘pencvlikan’ dalam laporan polis sebab saya tiada sebarang informasi apa yang berlaku ketika itu,” katanya.

Terdahulu difahamkan, bapa kepada Nynaa yang merupakan seorang pesara tentera tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan. Lebih parah, pada malam 1 November lalu, Mejar (B) Harizal Hashim telah ‘mencvlik’ anaknya ketika dia berada di set penggambaran satu drama di Shah Alam, Selangor.

Menurut Mohamed Fahmi yang merupakan seorang usahawan, Harizal mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang mengambil anaknya. Perbuatan tersebut adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana seperti memberi amrn jny4h dan Seksyen 8 Akta Senjata 4pi. Semasa kejadian, turut bersama si bapa datang ke set penggambaran ialah ibu mertua dan seorang iparnya.

Ibu mertuanya masuk ke set penggambaran lalu menarik masuk ke kereta sebelum membawanya pergi. Justeru, Mohamed Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semalam berhubung kejadian terbabit dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dakwanya, dilarikan secara paksa. Fahmi dan Nynaa atau nama sebenarnya,  Nurul Hanynaa Harizal mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu. Sumber: K! ONLINE

Akibat Perkahwinan Tidak Direstui. Bapa Nynaa Harizal Tampil Bawa Pistol Dan Ini Yang Dilakukan.

Pada 1 November lalu pelakon baru, Nynaa Harizal dikatakan telah cu1ik oleh bapa kandungnya, Mejar Harizal Hashim yang merupakan seorang pesara tentera.

Acu Pistol Pada Pengawal Peribadi, Beri Amaran Lepaskan Tembakan 

Memetik laporan awal dari Geng Borak, insiden yang berlaku di set penggambaran sebuah drama di Shah Alam, Selangor pada 1 November lalu telah mengejutkan krew produksi berikutan bapa Nyna bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi pelakon itu. Malah, Harizal juga telah memberi amaran akan melepaskan tembakan sekiranya dia dihalang untuk mengambil anaknya.

Difahamkan, insiden itu disebabkan perkahwinan Nynaa dengan Ketua Pengarah Kewangan sebuah syarikat pelaburan, Fahmi Ilyas, 29, pada 28 Ogos lalu tidak direstui oleh keluarga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu. Turut dikatakan, faktor kewangan antara punca mengapa perkahwinan mereka tidak direstui.

Ibu Tarik Nynaa Ke Dalam Kereta 

Dalam insiden tersebut bapa Nynaa berada di set pengambaran itu bersama isteri dan seorang lagi anak perempuannya. Ketika itu, ibunya telah menarik pelakon itu masuk ke dalam kereta sebelum membawanya pergi.

Susulan itu, Fahmi telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan mengharapkankan mereka dapat menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa. Jelasnya, perbuatan tersebut disifatkan sebagai jenayah kerana memeras ugut mereka untuk mendapatkan wang.

Lagi berita lanjut menyusul selepas sidang media tergempar pada petang ini.-Sumber: Murai.

Kredit -Era Kini





-----------------------------------------------------------------