Selepas hampir 2 bulan bersalin. Akhirnya Izreen Azminda dedah wajah anak.

Business

Selepas hampir 2 bulan bersalin. Akhirnya Izreen Azminda dedah wajah anak.

Umum mengetahui, pelakon, Izreen Azminda baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada tanggal 21 September lalu.Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Izreen telah pun berkongsi wajah penuh anaknya

Selepas hampir 2 bulan bersalin. Akhirnya Izreen Azminda dedah wajah anak.



Dikesempatan itu juga, pelakon filem Pecah ini turut memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan pemuzik, Ude Wahid telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Ali Idrees.

ARTIKEL MENARIK:Bukan mudah puaskan hati semua orang. Bella Astillah akui dirinya dalam proses mendekati agama secara lebih dalam.
loading...




“Salam jumaat buat semua dari saya. ALI IDREES MUHAMMAD RADZI (penangan SAFFRON + NESCAFE (ingat keluar gulap gelita),” tulisnya.

Foto-foto yang dikongsikan itu nyata menzahirkan rasa teruja di hari para peminat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga Ali Idrees membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu.


“Muka lembut ja comell. Tenang ja tengok anak-anak ampa.

“Allahuakbar comelnya. Semoga dikurniakn kesihatan, kebahagian, ketenangan dan rezeki untuk awk ye Ali.

“Comel sungguh, alhmdulillah. Mak dia belum ada geng.

“Haaaa putih melepak. So cute! Assalamualaikum Ali,” antara komen-komen warganet di laman Instagram.


Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah pun mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.

Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.

Sumber: Instagram Izreen Azminda.

Konten Intan Salleh Kali Ni Dapat Banyak Kritikan Dari Warganet. Kononnya Masih Tak Move On Dan Ini Responnya.

Pengguna aplikasi TikTok pasti menyedari bahawa ada satu konten yang tengah viral di media sosial berkenaan bertanyakan tentang sama ada seseorang yang dikenali kita ‘lemah’ ataupun tidak dengan gaya seakan mencabar. Ia mula vir4l setelah seorang TikToker Muslimah viral susulan mengeluarkan kenyataan wanita yang tidak menutup aur4t dengan sempurna digelar ‘lemah’ sehingga mendapat kritikan ramai. Kali ini, seorang infleuncer yang juga bekas madu pelakon terkenal Izreen Azminda iaitu Intan Saleh atau nama sebenarnya Intan Liana Salleh turut membuat video tersebut dan memuat naiknya ke TikTok.

“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!” katanya mengikuti konten yang tengah trend sekarang.

Walau bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan konten yang dibuat Intan Saleh itu dan mengaitkan semula dengan kisah rumah tangganya yang pernah tul4r satu ketika dahulu. Ibu tunggal tersebut juga menjawab dengan baik bahawa apa yang dilakukan sekadar suka-suka dan  bertanyakan kembali siapa yang meminta maaf ketika siaran Melodi tempoh hari sama ada dirinya ataupun bekas madu.

Tak hanya itu, Intan juga turut ‘dihntam’ lagi dengan komen warganet yang membuat andaian jika pihak ‘sana’ membalas pula konten tersebut apakah tindakannya pula. Malas hendak bertek4k dengan warganet yang asyik mencari silapnya, dia hanya memaklumkan tidak terfikir seperti yang dinyatakan dan hanya mengikuti trend semasa membuat konten TikTok untuk suka-suka seperti orang lain.

Menjengah keruangan komen pula, ramai yang lebih berpihak kepada Intan kerana apa yang diperkatakannya sama sekali tidak salah dan dia yang melalui hal tersebut. Warganet juga merasakan ayat tersebut memang sesuai ditujukan kepada per4mpas kerana menganggu rumah tangga seseorang adalah satu perkara tidak baik lebih-lebih lagi sesama wanita.










Sumber : Motif Viral

Izreen selamat lahirkan hero ketiga. Bakal kongsikan nama dan wajah anak.

Tahniah… pelakon Izreen Azminda selamat menimang cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur kira-kira pukul 9.06 pagi Selasa. Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 36, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.87 kilogram itu menerusi kaedah operasi.

“Syukur Alhamdulillah… lahirlah seorang lagi putera dalam keluarga kecil kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan mama dan baby,” katanya berkongsi mengenai berita gembira itu di laman Instagram.


Sementara itu, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan memberitahu dia dan bayi berada dalam keadaan baik. Menerusi temubual bersama sebuah portal berita, Izreen memaklumkan akan mengumumkan nama anak pada hari ketujuh kelahiran.

“Bersalin secara operasi buat kali ketiga agak sakit buat saya, namun apa yang penting saya dan anak berada dalam keadaan stabil. Namanya saya akan beritahu selepas seminggu kelahiran, manakala wajahnya bergantung kepada keadaan mungkin selepas habis pantang,” katanya.

Bayi yang baru dilahirkan ini merupakan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, hasil perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Sumber : mStar

Dah tiada pilihan. Izreen Azminda terpaksa bersalin secara operasi.

Selepas dua kali melahirkan anak secara operasi ca3sarean, pelakon Izreen Azminda tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiganya menerusi kaedah yang sama. Menurut Izreen, 36, yang dijangka melahirkan anak ketiganya sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.

“Anak pertama dilahirkan secara operasi, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dioperasi. Oleh sebab itu, saya  juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara operasi juga,” kata Izreen.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Tanggang Ayu meluahkan kebimbangannya melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19. Jelasnya, disebabkan sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain daripada menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.

“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk. Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga. Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” ujar Izreen.

Meskipun berasa bimbang, kata Izreen hatinya sedikit lega apabila melihat pihak hospital mengenakan posedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.

“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin. Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum operasi dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital. Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” ujar Izreen.

Ditebak akan jantina anak ketiganya, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu. “Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” tutur Izreen.

Kehamilan ketiga tersebut merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. Sumber – K! ONLINE

Berat Lebih 80kg dan susah nak tidur Izreen Azminda tunggu Hari Bersalin.

Pelakon Izreen Azminda mendedahkan dia kini mengalami masalah sukar untuk tidur di waktu malam.Bakal melahirkan anaknya dalam masa terdekat, lebih mengejutkan Izreen memberitahu beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram (kg).

“Dah hujung-hujung (fasa terakhir hamil) ni memang semua mommies ada masalah tidur ke?“Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ni.. kalau tidur pun tidur-tidur ayam je.

“Pusing sana tak kena sini tak kena..Makan pun dah kurang.. eceh… padahal dah 80kg lebih ni,” katanya.Izreen berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik wajahnya yang mengenakan gincu merah.Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing.“Serius la 80kg?

Tak nampak pun macam berat tu,” tanya salah seorang warga maya.“Sama! nak nangis dan stress kalau nak tidur…semalam 2 jam je tidur,” komen salah seorang pengikutnya.

Izreen mendirikan rumah tangga bersama suami Ude Wahid secara rahsia pada 8 Ogos 2019. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim, 2.Terdahulu Izreen berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.

Janna Nick Dhntam Warganet Selepas Menanyakan Soalan Sensitif Kepada Intan Liyana

Pelakon dan pengacara Janna Nick sekali lagi dikecam oleh warganet gara-gara bertanyakan soalan sensitif kepada personaliti media sosial, Intan Liana Saleh mengenai calon pengganti selepas dicer4ikan oleh suaminya, Ude Wahid.

Soalan Janna Tidak Sensitif?

Soalan itu ditanya oleh Janna ketika segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’ dalam siaran program Melodi Raya yang disiarkan semalam (Ahad).

“sudah jumpa pengganti atau belum?” tanya Janna kepada Intan yang ketika itu turut disaksikan oleh bekas madunya, Izreen Azminda

Dalam segmen tersebut, produksi Melodi telah menemukan buat pertama kalinya  Intan dan Izreen dalam program televisyen bagi melupakan persengketaan diantara mereka berikutan pelakon itu didakwa merampas suami Intan ketika itu sekitar tiga tahun lalu.

Suami sanggup hancurkan rumah gara gara isteri minta sesuatu ini selepas pulang dari Hong Kong. Rupanya ini yang buatkan si suami nekad.

Perpisahan pasangan dari Ponorogo, Indonesia ini mendapat perhatian ramai selepas viral si suami nekad mahu menghancurkan rumah kelamin mereka yang bernilai 400 juta Rupiah (RM115,140). Menurut Detik, si suami, Agus Purwanto kecewa kerana isterinya, Anjar Trisnawati didakwa menduakan suaminya selepas wanita itu yang baru pulang bekerja dari Hong Kong enam bulan lalu tiba-tiba memohon untuk berpisah.

Rumah yang dibina pada tahun 2014 ini sebenarnya telah dibuat menggunakan kayu pemberian orang tua Agus. Oleh itu, Agus mengambil keputusan untuk memulangkan semula kayu-kayu berkenaan ke rumah ibu bapanya.

Manakala rumah itu pula menurut sumber adalah milik isterinya, Anjar. Tahu-tahu adik saya sudah dilepas, ertinya disuruh pulang ke rumah orang tua. Terus rumah dibongkar. Asalnya inti rumahnya begini, dulu waktu bikin rumah kayunya dari adik saya, dari bapak saya,” kata Gunanjar, kakak Agus.

Rata-rata warga setempat yang kasihan dengan nasib Agus datang membantu membongkar kayu di rumah tersebut. Agus katanya hanya mengambil kayu seperti kuda-kuda, jendela dan lain-lain manakala tembok tidak dibongkarnya.

Manakala pihak berkuasa pula katanya memantau kawasan tersebut kerana bimbang kalau ada perbalahan berlaku antara dua pihak. Malah menurut mereka, perkara yang berlaku juga merupakan persepakatan antara dua pihak. Haih macam-macam ye. Suami setia, isteri pulak cvrang. 




Kredit -Era Kini



-----------------------------------------------------------------