Tak biasa nak bahasakan diri ibu. Ramai yang tak tahu lagi rupanya individu ni la yang jadi ibu susuan pada Ayash.

Business

Tak biasa nak bahasakan diri ibu. Ramai yang tak tahu lagi rupanya individu ni la yang jadi ibu susuan pada Ayash.

Pejam celik rupanya sudah pun berlalu 100 hari sejak pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisuddin. Manakala anak bongsunya, Ayash Affan pula kini dah memasuki usia 3 bulan.

Tak biasa nak bahasakan diri ibu. Ramai yang tak tahu lagi rupanya individu ni la yang jadi ibu susuan pada Ayash.



Sewaktu majlis bercukur si kecil itu diadakan tempoh hari, jelas kelihatan kasih sayang yang dicurahkan kepadanya oleh ahli keluarga lain.

ARTIKEL MENARIK:Betul betul wedding of the year ni. Terkejut RM7 juta kos majlis kahwin Haqiem Rusli.
loading...


Beberapa nama rakan artis disebut jadi ibu susuan…Tapi Shuib lebih selesa kalau keluarga sendiri

Sebelum ini, beberapa nama rakan artis sempat disebut orang ramai untuk dijadikan ibu susuan kepada Ayash. Walau bagaimanapun, Shuib menjelaskan adalah lebih lebih selesa jika individu tersebut tergolong daripada kalangan keluarga sendiri selepas mengambil kira beberapa aspek terutamanya dari segi agama.


Bila sembang berdua dengan Ayash, aunty suka bahasakan diri ‘ibu’…Ayash pun anak aunty


Ramai sayang Ayash, muka pun dah ada iras-iras ibu…Bila tengok dia teringat dekat Allahyarhamah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sayu mengenang nasib si kecil berkenaan. Malah ramai yang mengakui bertambah rindu kepada tatkala memandang wajah Ayash Affan.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Ka

Sumber:TikTok n.hidayahabdullah & Portal Harian Metro

Ingatkan Wanita Ni Ibu Susuan Ayash. Rupanya Ni Hubungan Dia Dengan Sarah Buat Ramai Yang Terkedu.

Sejak Ogos yang lalu, Ayash Affan menjadi bayi kesayangan rakyat Malaysia memandangkan dia tidak berkesempatan menatap wajah ibu yang pergi buat selama-lamanya. 16 November lalu, genap 100 hari usia Ayash Affan yang merupakan anak keempat pasangan penyanyi Shuib dan Siti Sarah. Satu majlis tahlil, cukur jambul dan tahnik diadakan di mana sekali lagi si kecil ini menjadi tumpuan ramai.

Turut jadi tumpuan adalah perkongsian daripada penjaga Ayash Affan iaitu Linda Omar menerusi video yang dimuat naik ke TikTok miliknya. Menganggap Ayash macam anaknya sendiri sementelah dia mahu mencurahkan kasih sayang seorang ibu  seperti mana mungkin dilakukan jika masih hidup lagi.

Linda yang juga merupakan kakak ipar kepada Siti Sarah berkata,  dia tidak pernah bezakan kasih sayang antara anak susuan dengan anak kandung. Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai menitipkan doa semoga dia dapat menjaga Ayash Affan dengan sebaik mungkin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengakui terharu dan berasa cemburu dengan Linda Omar kerana terpilih untuk mencurahkan kasih sayang kepada  bayi kesayangan seluruh rakyat Malaysia tersebut. @LiedaAR85:alhamdulillah. beruntung sangat dapat menjaga anak² yatim. ganjaran nye pasti disana dah menunggu.

@aleeyaanuar:sampai skg xleh kalau psl Sarah lalu dkt fyp..auto sebak..semoga sis menjadi ibu terbaik utk ayash.. @Saidah Sulaiman84:Semoga mama ayash dipermudahkan segala urusan..diberi kesihatan selalu tuk menjaga baby ayash. @wvniwvni:Moga dipermudahkan urusan buat Puan dan keluarga..terima kasih sbb sudi berkongsi kasih syg seorang ibu buat ayash dan adik beradik ayash..

Begitu pun Linda menjelaskan  yang dia hanyalah penjaga saja, bukan ibu susuan anak keempat Siti Sarah sepertimana yang disangkakan oleh wargamaya. @lindaomar:bukan sis.. penjaga ayash. @lindaomar:buat masa ni saya yang full jagakan ayash,kalo ada mama shuib pun kami gilir2 jaga

Hak saya merindui Siti Sarah – Shuib

Genap 100 hari pemergian Siti Sarah, Shuib Sepahtu enggan menghiraukan skeptikal segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya terus membuat perkongsian tentang isterinya dalam media sosial. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 37, menjelaskan, media sosial bukan sekadar tempat meluahkan perasaan, bahkan platform yang boleh meneruskan doa-doa baik buat seseorang, khususnya insan tersayang.

“Semua orang ada kehidupan masing-masing sebab media sosial bukan tempat untuk meluahkan perasaan semata-mata. “Kadang-kadang saya terfikir juga, mungkin menerusi perkongsian itu orang baca dan akan sampai lagi doa-doa dan al-Fatihah untuk dia,” jelas Shuib.

Majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash disempurnakanoleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.
Menurut Shuib juga, merindui dan mengingati Siti Sarah juga adalah haknya. “Kalau orang kata saya tak boleh move on dengan pemergian Siti Sarah, saya pun tak boleh nak kata apa. Saya pun tak tahu bila saya akan move on atau tidak. Biarlah orang nak cakap apa,” jelas Shuib ketika ditemui Kosmo! Online usai majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak bongsunya, Ayash Affan disempurnakan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis tahlil 100 hari untuk Siti Sarah. Ditanya tentang kondisi emosinya, Shuib juga mengakui menangis dan terganggu emosi setiap kali terkenang isterinya yang pergi menghadap illahi pada 9 Ogos lalu.. USIA Ayash kini sudah mencecah tiga bulan.

“Anak-anak okey cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh move on dan senang menangis apabila teringat dia. “Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak move on, tapi perasaan saya ada dia saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.




“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Memang sedihlah. “Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

Selain itu, Shuib turut berkongsi tentang keadaan fizikalnya yang kelihatan semakin susut akibat hilang selera makan sejak pemergian isterinya. “Ya, saya kurang makan sebab tak ada selera. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan Sarah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Malah, pada pukul 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang, makan bila lapar saja, itu yang badan susut sikit. Susut dan hitam sebab saya akan main golf untuk lupakan sekejap pasal Sarah, tapi bila balik rumah, tetap teringat,” katanya.

Sementara itu, bapa mertua Shuib, Raisuddin Hamzah berkata, pada hari ke-100 pemergian Siti Sarah, dia sekali lagi menunaikan tanggungjawab sebagai bapa dengan meletakkan batu nesan ke psra satu-satunya anak perempuannya itu.

“Pagi tadi, saya selesaikan memasang batu nisan ke psra dia. Kalau orang kampung, kita panggil ‘turunkan batu’. Semasa tengok nama Siti Sarah di batu nisan, saya rasa macam tak percaya. “Rasanya, patutnya terbalik, patutnya anak yang pasang batu nisan untuk ayah. Tapi itulah hakikatnya dan saya reda,” ujar Raisuddin.

Seperkara lagi, Shuib sendiri tidak sanggup barangkali tidak cukup kuat untuk meletakkan batu nisan yang tertulis nama Siti Sarah ke pusara yang dikunjunginya hampir setiap minggu itu. “Tak, saya tak boleh buat tetapi saya ada cari dan kutip batu sungai untuk diletakkan di pusara Sarah,” katanya menutup perbualan.

Buat Majlis Cukur Rambut Dan Tahnik Ayash Affan. Sekali Benda Ni Yang Warganet Perasan Pada Ayash Affan.

Petaling Jaya – Sebelum ini pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan. Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen. Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi. Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Siti Sarah yang pergi menghadap illahi selepas melahirkan puteranya itu.

Shuib turut mengimbau perbualan dengan isteri yang berulang kali meminta menjaga anak keempat apabila dilahirkan, tanpa mengetahui petanda isteri akan tinggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya. “Alhamdulillah, hari ini jumpa Ayash. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali. Baby keempat ini u jaga tau. U jaga tau, u jaga ok.

“Insya-Allah sayang, i akan jaga dia macam mana jaga u. Sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan u, dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma i mohon u doakan. “Perjalanan i masih jauh. Doakan i selalu kuat. I love u sayang,” tulisnya.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur a.kibat C0vid 19.

Sarah menjalani operasi bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. Selain Ayash, Sarah tinggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Majlis Cukur, Aqiqah Ayash Affan Dan Tahlil Hari Ke 100 Siti Sarah Raissuddin

Menerusi perkongsian terbaru di IG, hari ini merupakan majlis buat ayash affan serta tahlil hari ke 100 buat Siti Sarah.

Reaksi Orang Ramai

Moga ayash affan.sehat hendak nya dn menjadi ank yg soleh. berjaya dunia akhirat. Shuib kuat dn tabah. Demi anak2. Alhamdulillah. Semoga Ayash membesar sihat dn dipermudahkm segala urusan…Aamiin. Terus rasa sebak bergelinangan air mata. terbayang siti sarah. Ya Allah kuatkan hati keluarga ini dan jdkan la anak2 mereka anak yg memudahkan urusan ayahnya. Sedih nye ya allah..semoga baby ayash membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh.

Kenapa aku lak rasa nak menangis tgok syuib pegang ayash, Allahuakbar sebaknya.. Nampak kesedihan dimuka Shuib. Muka ib sedih..mungkin terkenang kan Sarah klu lah ada menyaksikan..allahu.

Kredit : MH/IG/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Ada Pula Pihak Yang Mengusik Shuib Masih Belum Move On. Sekali Shuib Akui Masih Tunggu Sarah Hadir Dalam Mimpi Dan Ini Penjelasannya.

Usikan nakal segelintir pihak kononnya Shuib Sepahtu masih belum ‘move on’ dengan kehilangan Allahyarham Siti Sarah tidak menghalang pelawak itu untuk terus berkongsi perasaannya di media sosial. Kata Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 37, sebagai suami yang kehilangan isteri secara mengejut, dia punya hak untuk berbuat demikian.

“Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa. Masing-masing ada dia punya jalan cerita sendiri. Itu hak saya untuk mengingati dia. Semua ada kehidupan masing-masing,” katanya ketika ditemui mStar pada majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah pada Selasa.

Turut diadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan yang kini berusia hampir tiga bulan. Upacara diketuai pendakwah terkenal, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Sebelum ini muncul komen-komen tidak menarik di media sosial apabila Shuib dilihat kerap berkongsi status dan foto kenangan bersama Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.Kredit - Era Kini








-----------------------------------------------------------------