Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi membidas dakwaan seorang individu yang melabelkannya sebagai penunggang agama hanya kerana kembali berlakon.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Abby menjelaskan dia bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai detik perubahan yang dihadiahkan Allah dalam kehidupannya.
ARTIKEL MENARIK:Rita Rudaini bengang bila ada sekolah yang letakkan guru yang tolak vaksin di dalam tandas sebagai bilik khas guru.
“Kongsi pengalaman untuk sama-sama ambil iktibar. Kalau seseorang nak kembali pada Islam, berusaha nak jaga agama Dia, patut kita sesama Islam saling menyokong… Saling berbahagi semangat. Yang ni macam mencari-cari salah orang. Tuduh-tuduh pula orang penunggang agama.
“2012 Allah hadiahkan saya sesuatu yang tiada dalam diri saya dulu. Kesedaran… Ya kesedaran untuk hidup ikut ajaran Islam.
“Lahir Islam dah. Tapi tak guna bila Islam kita hanya pada nama dan IC sahaja. Itulah antara detik perubahan pada diri saya. Yang mana waktu itu saya ibu tunggal. Anak-anak pun kecil lagi.
“Saya guna peluang dan ruang yang Allah bagi sebaik mungkin. Anak-anak pun memang saya jaga sepenuhnya. Saya usahakan sehabis baik untuk kami semua dekat dengan Allah.
“Dan asbab dari hadiah yang Allah bagi tu, saya bersyukur anak-anak kenal Allah, kenal Al-Quran dan hidup beramal dengan Islam. Saya kongsikan pengalaman saya bila dijemput untuk bercerita.
“Allah terangkan hati untuk saya membezakan halal danharam. Jadi tak salah rasanya untuk saya bercerita. Dan bila bercerita pengalaman saya bukan bermakna saya ni tak akan buat apa-apa salah dah. Saya manusia yang berusaha nak jadi lebih baik dan baik dari sebelumnya,” coretnya.
https://www.instagram.com/tv/CWa4IS1AC6R/?utm_source=ig_web_copy_link
Tambah Abby, dia menerima tawaran berlakon setelah mempertimbangkan beberapa faktor yang bersesuaian dengan penghijrahannya.
“2019 ke 2020 saya ada di panggil shooting Gerak Khas. Atas sebab lama tak berukhuwah, atas niat tak nak putuskan silaturahim, saya terima.
“Memang keadaan pun berbeza. Saya genggam kuat agama saya. Saya tahu ada yang kecil hati, rasa lain bila saya tak bersalam dengan mereka.
“Tapi saya memang tak boleh. Walaupun dah lama kenal, dah macam adik-beradik. Dah bertepuk tampar sebelum-sebelum ini, bila Allah bagi faham, tak akan saya nak ulang benda-benda salah tu lagi… Betulkan?
“Tak pernah terfikir nak jadi penunggang agama aih sebab saya tahu azab seksa Allah tu macam mana.
“Cuma sebagai manusia, iman turun naik tu biasa, saya pun tak mugkin sempurna… Tapi InshaAllah selagi Allah izinkan, hidup dan mati saya hanya kerana DIA. Harap menjawab fitnah busuk ini,” jelasnya.
Terdahulu, seorang individu menuduh Abby sebagai penunggang agama di TikTok dengan ayat “sembang dulu berlakon haram, ni buat TikTok halal… Penunggang,”
Sumber: Gempak.
Dkwa Abby Pernah Benci Memey Suhaiza. Sekali Ini Respon Padu Abby Abadi.
Tak dinafikan, hubungan baik pelakon Abby Abadi dengan bekas suaminya iaitu Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza sering menjadi tumpuan netizen di media sosial. Bukan itu sahaja, silaturahim yang terjalin dalam keluarga ini sering mendapat pujian dan dicontohi ramai.
Abby Abadi jawab dkwaan warganet
Baru-baru ini, Abby Abadi ada memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya dan suami, Muhammad Faizal Zakari bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan berlatarkan suara rakaman nasihat buat suami tentang kuasa doa seorang isteri. Mengenakan pakaian yang sedondon, kedua-dua pasangan ini nampak cukup romantik dan bahagia.
Di ruangan komen, kebanyakan warganet mengakui sangat menyukai hubungan yang terjalin antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Namun, ada seorang warganet tinggalkan komen seakan mendkwa Abby Abadi selaku bekas isteri Norman mempunyai rasa ‘benci’ terhadap Memey Suhaiza pada suatu ketika dahulu.
Abby Abadi kemudian menjawab dkwaan tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah sekali pun mengatakan bahawa dirinya membenci Memey. Malah apa yang terjadi sebelum ini adalah masalah antara dirinya dan Norman. Dalam kesempatan itu, Abby Abadi berharap agar warganet dapat membezakan situasi lama dengan yang sekarang dimana situasinya sangat berbeza. Sumber: Abby Abadi
Dalam Diam Dah Plan Semua. Norman Hakim Terkejut Memey Dan Abby Dah Siap Plan Percutian.
Sejak pihak kerajaan mengumumkan kebenaran rentas negeri, tentunya pelbagai rancangan yang difikirkan untuk menikmati kebebasan ini. Ada yang memilih untuk pulang ke kampung, malah ada juga yang bakal menikmati percutian bersama keluarga.
Sama juga keluarga besar pelakon, Norman Hakim ini telah merancang untuk bercuti bersama keluarga selepas kebenaran rentas negeri diumumkan.
Dekat dua tahun tak nampak memo ni.
Menerusi perkongsian di Instagram Norman, dia memuat naik foto perbualan WhatApp di antara isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isterinya Abby Abadi.
Dalam tangkap layar yang dikongsikan itu, dapat dilihat Abby dan juga Memey begitu bersungguh-sungguh merancang persiapan mengenai pakaian mereka dan keluarga.
Malah, setiap perancangan tersebut dilihat lebih terperinci agar sesuai dengan semua aktiviti yang bekal mereka lakukan nanti.
Dalam pada itu, Norman sempat berseloroh bahawa perancangan tersebut kemungkinan berpanjangan sehingga hujung tahun selain turut berpesan kepada anak-anaknya untuk bersiap sedia dengan pakaian yang diperlukan.
“Nampak mcm sampai ke hujung tahun jek? So anak-anak especially @danishhakimofficial @marissadania_ @m_danishaa plase take note warna pelangi yang kena standby k…”
Bagaimanapun, difahamkan Norman akan pulang ke kampung halamannya dahulu di Kuantan bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibunya sebelum mula bercuti bersama keluarga besar.
Anak Norman Tanya Dah Perlu Ke Usia Ada Pasangan Hidup. Sekali Ini Jawapan Norman Hakim.
Pelakon dan hos, Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mendedahkan anak terunanya, Danish Hakim yang kini berusia 22 tahun mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan. Menurut Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, mereka kerap bercakap mengenai apa sahaja.
Perkara itu dikongsikan bintang Gerak Khas ini menerusi satu perkongsian di Instagram. “Kitaorang kalau duduk sembang 18 jam pun tak cukup. Selalu sembang macam-macam bab yang unlimited. Kalau dah penat sembang topic berat, kadang2 sembang pasal semut pun boleh on. Kali ni abang @danishhakimofficial petik pasal pasangan hidup. Dia tanya dah perlu ke usia dia ada pasangan hidup?JENGSSS!!! Itu la topik utama sembang kita kali ni,” tulisnya.
Norman bagaimanapun menyarankan agar Danish mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT. “Long story short, end of our conversation saya cakap “focus on your goal & consistently building your life. The right person will eventually find their way to u. But still the choice & decision is yours. Mohon bantuan & petunjuk dari Allah”. Thats the end of our conversation. Wallahualam. Kita doakan je yang baik-baik. Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ni,” tulisnya lagi.
Bapa kepada enam cahaya mata itu memaklumkan jadual harian anak sulungnya itu turut padat dengan komitmen dalam mengajar mengaji setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam. Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi masing-masing termasuk memuji cara didikan Norman buat anak lelakinya. Malah, tidak kurang yang membayangkan mereka terlihat seperti abang dan adik menerusi foto yang dikongsikan. Sumber : Mstar
Walaupun Umur 2 Tahun Dia Dah Mula Belajar Macam Macam. Mawar Rashid Hantar Anak Ke Tadika.
Mawar dan Raf sudah menghantar anaknya yang berusia dua tahun ke tadika. Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimbang untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala pandemik Covid-19. Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga.
Anak sulung Mawar teruja nak pergi tadika.
“Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula… sejujurnya memang risau tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu. Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid. Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya. Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika.
Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.
Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun. “Bagi saya, usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula nak belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting. Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.
Mawar bersama suami dan anak-anak.
“Kalau belajar secara online itu berbeza… kalau pergi tadika, dia datang juga rasakan suasana di sekolah,” ujarnya. Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6. Sumber : Mstar via Era Kini