Tiba tiba wajah suami Puteri Aishah jadi tumpuan warganet lepas dikatakan seiras dengan Putera Sultan Brunei.

Business

Tiba tiba wajah suami Puteri Aishah jadi tumpuan warganet lepas dikatakan seiras dengan Putera Sultan Brunei.

Ibarat merpati dua sejoli, begitulah digambarkan dengan pelakon Puteri Aishah dan lelaki pilihan hatinya Muhammad Firdaus Sulaiman selepas diijab kabulkan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pagi semalam.

Tiba tiba wajah suami Puteri Aishah jadi tumpuan warganet lepas dikatakan seiras dengan Putera Sultan Brunei.





ARTIKEL MENARIK:Inilah Rupa Tulisan Tangan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Sungguh Mempersonakan.
loading...




Selain kecantikan pelakon berusia 27 tahun itu, suaminya yang juga ahli perniagaan turut mencuri perhatian warganet yang disifatkan mempunyai rupa paras segak dan sedap mata memandang.

Bagaimanapun berdasarkan komen warganet, terdapat segelintir berpendapat bahawa wajah lelaki berusia 28 tahun itu seiras Putera Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Abdul Mateen terutama jika dilihat dari bahagian sisi.



Malah, menerusi komen di foto majlis resepsi di laman Instagram milik pelakon Rahimah Tanpa Rahim itu, terdapat juga warganet mengatakan wajah Firdaus seperti aktor di dalam drama Thailand.


Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan namun tidak berkongsi mengenai jumlah wang hantaran.

Pasangan tersebut menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah beberapa kali ditangguh akibat wabak Covid-19.

Sumber: Instagram Puteri Aishah & Rizman Ruzaini

Warganet Terpaku Lihat Aksi Putera Mateen Jalani Latihan Komando Penuh Karisma.

Ramai yang tertanya-tanya ke mana Putera Mateen menghilangkan kerana melihat tiada posting baru dikongsikan di Instagram kini menemui jawapannya. Rupa-rupanya Pengiran Muda ‘Abdul Mateen sedang sibuk menjalani latihan komando di United Kingdom!

Sultan Brunei Hantar Putera Mateen Di CTCRM

Dipetik dari Instagram Brunei Royal Family, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menghantar Putera Mateen menjalani kursus komando The All Arms Commando Course (AACC) di Pusat Latihan Komando Diraja Marin (CTCRM), Lympstone, Devon di United Kingdom.

Foto yang dikongsikan dilaman Instagram keluarga diraja ini, menarik perhatian orang ramai terutama warga Brunei dan peminat Putera Mateen sendiri.

Terpaku Lihat Karisma Putera Mateen Jalani Latihan Komando






Jika sebelum ini ramai yang tertanya-tanya mengapa media sosial putera kacak ini sunyi seketika, kini mereka mengetahui jawapannya.

Orang ramai khususnya warga Brunei meluahkan rasa kagum melihat Putera Mateen, menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram keluarga diraja itu mereka dapat melihat kecekalan serta karisma Putera Mateen ketika menjalani latihan di pusat latihan komando.



Untuk makluman Pusat Latihan Komando Diraja Marin, Lympstone, Devon, United Kingdom ini banyak melahirkan pakar-pakar marin dan melatih ramai pegawai diraja dan pelatih yang hebat.

Melihat Putera Mateen jalani latihan komando dengan serius memang kacak dan berkarisma habis!

Sumber: Murai.

Ini Yang Buat Ramai Tertunggu Tunggu. Sekali Puteri Aishah Dedah Bakal Bernikah Hari Ini.

Pelakon Puteri Aishah difahamkan bakal menamatkan zaman bujangnya, hari ini. Tarikh tersebut menjadi perhatian ramai selepas nota pendek hari bahagia itu dikongsikan Puteri menerusi Instagram, pada Sabtu. “21.11.21. It’s today. Bismillahirrahmanirrahim,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen. Serentak dengan perkongsian bermakna itu, rakan artis dan peminat melayangkan dedikasi ucapan buat Puteri dan pasangan yang dikenali sebagai Firdaus.


Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 60,000 kali. Bagaimanapun, perincian mengenai hari bahagiannya tidak dikongsikan. Puteri tidak menafikan bakal mendirikan rumah tangga bulan ini bersama lelaki pilihannya selepas lebih dua tahun berkenalan. Malah katanya, dia menyenangi sikap suami yang memahami selain berazam untuk sama-sama terus mencari rezeki bersama selepas ini meski sudah bergelar isteri.

“Kami kenal ketika sama-sama tengah mengejar impian. Malah katanya, dua tertarik dengan sikap saya yang rajin bekerja. Malah biarpun sudah bergelar isteri selepas ini, saya tak mahu hanya ‘goyang kaki’ di rumah. Sebab saya memang impikan seorang suami yang boleh sama-sama bina hidup dalam keluarga. Bukan hanya bergantung pada pasangan semata-mata. Semoga selepas ini, kami berdua terus dimurahkan rezeki insyaAllah,” katanya. Puteri merupakan finalis Dewi Remaja 2015 sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid. Sumber : Media Hiburan

Persiapan Untuk Majlis Perkahwinannya Telah Siap Hampir 80 Peratus. Puteri Aishah Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tidak Lama Lagi.

Nampaknya, pelakon cantik manis, Puteri Aishah bakal melangkah ke fasa seterusnya dalam hidup tidak lama lagi. Dramatis yang popular dengan siri Rahimah Tanpa Rahim itu berkata, dia bakal manamatkan zaman solonya dengan seorang ahli perniagaan pada bulan ini.

Begitupun, menurut pemilik nama lengkap Puteri Aishah Sulaiman, 27, itu enggan membutirkan dengan lebih lanjut mengenai majlis pernikahannya nanti.


“Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya bernikah lebih awal. Tetapi, disebabkan keadaan semasa, kami bersetuju untuk mendirikan rumah tangga pada bulan ini.

“Jika urusan kami dipermudahkan, insya-Allah kami akan meneruskan dengan apa yang telah dirancang,” katanya.

Menurut Puteri Aishah, persiapan untuk majlis perkahwinannya telah siap hampir 80 peratus.“Melihat kembali pada persiapan majlis perkahwinan, sudah hampir 80 peratus siap. Kalau boleh, kami mahu perkahwinan disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak memandangkan masih ada majlis perkahwinan yang dilangsungkan secara maya.

“Selain itu, saya juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan dan identiti bakal suami. Siapa yang tahu, tahulah. Tetapi selebihnya, saya akan kongsikan pada hari pernikahan nanti,” kongsinya lagi.

Mengenai bakal suami, Aishah berkata, dia mengenali belahan jiwanya itu sekitar dua tahun lalu dan mengakui berasa teruja untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Sejujurnya, saya berasa sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni selepas bernikah. Dalam masa yang sama, kami juga masing-masing kuat bekerja dan kami rasa kami tidak mempunyai masalah untuk hal itu.




“Selain itu, bakal suami juga selalu memberikan galakan terhadap apa yang saya buat dan tidak pernah melarang saya untuk terus berkarya dalam dunia lakonan.

“Saya berharap peminat dapat mendoakan majlis perkahwinan saya nanti berjalan dengan lancar. Insya-Allah, kami akan menjalankan acara perkahwinan tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam serba sederhana,” tutup Puteri Aishah.


Dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Puteri Aishah mula mengorak langkah dalam bidang lakonan selepas menyertai program Dewi Remaja 2014/15 beberapa tahun lalu. Kredit foto: Instagram Puteri Aishah.

Bakal Tamatkan Zaman Bujang. Uqasha Senrose Dirai Sebelum Bergelar Isteri.

Umum tahu bahawa pelakon cantik Uqasha Senrose sedang menghitung hari untuk disatukan dengan aktor Kamal Adli dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, perancangan untuk mengadakan majlis pernikahan pada sekitar Jun lalu tidak dapat dilaksanakan.


Bakal tamatkan zaman bujang?

Semalam, pelakon Setelah Terlafaznya Akad itu dilihat sedang diraikan sebelum menamatkan zaman bujang bersama adik beradiknya dan juga rakan-rakannya.

Dapat dilihat juga Uqasah memakai selempang yang bertulis ‘bride to be’ dan juga hiasan atas kepala yang tertera tulisan ‘bride’.

Malah, sejak semalam tular juga beberapa keping foto Kamal Adli yang sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau ‘fitting’ telah mencuri perhatian warganet.

Aksi pelakon Kamal Adli berkongsikan momen-momen dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian atau fitting menerusi Instagram Storynya telah mencuri perhatian warganet.


Menerusi video yang dikongsikan itu kelihatan pelakon tersebut bertemu dengan pereka fesyen tersohor iaitu Rizman Ruzaini dan meninggalkan kapsyen “ukur apa tu?” seperti memberi hint bakal memakai busana pengantin dari pereka fesyen tersebut.

Tidak hanya melakukan fitting bersama Rizman, malah Kamal turut berkongsi video beliau sedang bertemu dengan pereka yang pakar membuat suit iaitu Kenny Lords di Lords Tailor.

Hal itu sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa majlis pernikahan pasangan merpati dua seloji itu bakal berlangsung tidak lama lagi.

Malah, ada juga sumber mengatakan Kamal dan Uqasha bakal menamatkan zaman bujang mereka pada awal bulan November selepas terpaksa menangguhkan majlis yang sepatutnya dilakukan pada bulan Jun lalu kerana pandemik COVID-19 meningkat.

Terdahulu, Kamal yang digandingkan bersama Uqasha dalam drama Perempuan Tanpa Dosa telah pun melamar wanita jelita itu di acara anugerah MeleTOP, Disember tahun lalu.

Perubahan Ketara Pada Diri Kamal Adli. Kamal Adli Tampil Jelaskan Tentang Perubahan Dirinya Yang Meriah Perhatian Warganet

Sejak kebelakangan ini,pelakon Kamal Adli dikatakan sudah lama menyepi dari media sosial sejak dia dedahkan dirinya jalani kuarantin selepas disahkan positif covid19. Terbaru Kamal Adli kongsikan khabar terbarunya.

Kataanya”Saya dah kembali, lama hilang sebabkan hari tu positif Covid-19. Lepas tu kuarantin dan sekarang Alhamdulillah dah negatif, syukur.”Sekarang saya dah masuk set drama baru, DUIT, best cerita ni fasal scmmer,” katanya.Kali terakhir Kamal memuat naik fotonya di Instagram adalah pada 4 Januari lalu.

Kebanyakan peminat mendoakan kesihatan kekasih kepada pelakon Uqasha Senrose itu selain ada yang menegur bentuk badan aktor itu semakin susut berbanding sebelum ini.”Kenapa nampak pucat dan kecut.”Laa Covid ke, moga sihat sepenuhnya dan kembali ceria.


“Alhamdulillah, patutlah sepi… apa pun jaga diri ya. Semoga sentiasa dijauhi daripada perkara yang tidak diinginkan,” tulis waragent.Pelakon Fizo Omar dan Roy Azman turut menitipkan ucapan buat Kamal dan mengharapkan aktor itu kekal sihat dan bertenaga seperti biasa.Sebelum ini, beberapa selebriti tempatan turut pernah dijangkiti virus Covid-19 antaranya Alif Satar, Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Aprena Manrose dan PU Riz.

Lepas Terbongkar Pasal Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Akhirnya Kamal Adli Tampil Buka Mulut Bongkarkan Tatikh Pernikahan Mereka

” Saya sudah cukup gla atas pentas ketika melamar Uqasha. Saya cuma minta doa yang baik-baik daripada peminat,” Demikian kata-kata pelakon Kamal Adli yang secara berseloroh menceritakan detik beliau melamar Uqasha Senrose di atas pentas minggu lalu.

Kisah sensasi itu lantas mendapat perhatian seluruh peminat kedua pasangan tersebut yang kini tertanya-tanya bila mereka akan mendirikan rumahtangga. Selepas melam4r aktres jelita, Uqasha Senrose secara langsung dalam program Anugerah MeleTOP Era 2020 minggu lalu, Kamal Adli mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya itu pertengahan tahun depan.

Perkara tersebut dimaklumkan secara eksklusif oleh Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 34, kepada Kosmo! semalam. ” Buat masa ini, tarikh terpaksa dirahsiakan dahulu sebab masih berbincang dengan kedua-dua keluarga.

Nikah pada pertengahan tahun depan, selepas Aidilfitri

”Namun, jika tiada aral melintang, Insya-Allah kami akan bernikah pada pertengahan tahun depan selepas Aidilfitri,” kata pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu. Aidilfitri dijangka disambut pada 1 Syawal, 13 Mei 2021. Bagaimanapun, Kamal mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua peminat agar urusan perkhwinannya dengan Uqasha Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, dipermudahkan.

” Sebenarnya, saya tidak berani nak cakap lebih-lebih sebab keluarga masing-masing sedang uruskan hal ini. Sementara itu, Kosmo! turut mendapatkan reaksi daripada Uqasha sendiri. Menurut Uqasha, urusan pernikahan lebih baik ditentukan Kamal kerana dia seorang lelaki.

” Lebih baik tanya Kamal sendiri sebab tak manis untuk saya ber­suara lebih sebagai seorang wanita. Cukuplah apa yang digembar-gemburkan ketika saya dilamar secara langsung tempoh hari. ” Selebihnya, seperti tarikh majlis, persiapan dan sebagai­nya biarlah kami uruskan sendiri tanpa menghebohkan kepada umum,” ujar Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia Senrose.

Kamal dan Uqasha Senrose mula digosipkan bercinta sejak mereka digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad arahan Michael Ang tahun lepas. Gosip cinta mereka semakin bertiup kencang apabila kembali digandingkan sebagai teraju utama menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa yang berakhir sia­rannya bulan lalu.

Pada Oktober lalu, Kamal dan Uqasha dalam sebuah video yang dikongsikan pengarah drama terbabit, Michael Ang mengakui ada menghadiri kursus pra­perkahwinan. Sebelum ini, beberapa selebriti pernah membuat kejutan melam4r kekasih menerusi siaran langsung termasuk aktor Paskal, Hairul Azreen yang melamar kekasihnya, Hanis Zalikha pada program Gegar Vaganza. Selain itu, selebriti popular Awal Ashaari juga pernah membuat kejutan melamar kekasih hatinya, Scha Al-Yahya secara langsung pada program Propaganza Sumber:k0smo via limauais via Era Kini


-----------------------------------------------------------------