DJ radio Isma Halil berada di Pnjara Sungai Buloh. Sekali dia sempat kirimkan nota buat orang ramai pada peguamnya dan ini yang dia cuba sampaikan.

Business

DJ radio Isma Halil berada di Pnjara Sungai Buloh. Sekali dia sempat kirimkan nota buat orang ramai pada peguamnya dan ini yang dia cuba sampaikan.

Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah meminta peminat terus menyokong dan bersabar berikutan kehilangannya menggalas tugas untuk ke udara menghiburkan pendengar.

DJ radio Isma Halil berada di Pnjara Sungai Buloh. Sekali dia sempat kirimkan nota buat orang ramai pada peguamnya dan ini yang dia cuba sampaikan.



Menerusi nota ringkas dikirim kepada peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain, Isma yang difahamkan kini berada di Pen.jara Sungai Buloh turut meminta maaf terhadap apa yang sudah berlaku.

ARTIKEL MENARIK:Dalam diam tahu tahu dah kahwin. Lelaki pilihan teman hidup Nora Ariffin rupanya bukan calang calang orang.
loading...




INI KATA KATA DJ ISMA HALIL DI DALAM NOTA

“Terima kasih kepada semua sahabat yang saya ada. Dan saya sihat adanya di Sungai Buloh ini. Demi Allah, saya tidak seperti berita negatif yang terfitnah kepada saya. Maafkan saya sebab tidak ke udara lagi. Sabarlah semua sahabat. Berpisah adalah untuk bertemu lagi. Terima kasih kerana menyokong saya,” katanya.

Nota ringkas ini diberikan Isma Halil kepada Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain semasa kedua-dua mereka bertemu dengannya, kelmarin. Terdahulu, Isma ditahan reman di Pnj4ra Sungai Buloh di bawah Seksyen 39B Akta Bahan Terlarang Berbahaya yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukvman m4.ti man.datori. Ahmad Zaharil pula berkata, Isma baharu ditdvh dan belum lagi dibicarakan mahupun disabit kesalahan lagi untuk pertdvhan yang dikenakan ke atasnya.


“Berikutan itu, saya mohon semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi lagi selepas ini. Untuk makluman semua, sebutan di Mahkamah Majistret Jalan Duta ditetapkan pada 15 Disember ini untuk laporan Jabatan Kimia. Jika laporan itu sudah siap, maka kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan (kes ini hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi sahaja),” katanya

Berita berkenaan Isma Halil terkait penyalahgunaan barangan terlarang mula diperkatakan pada September lalu berikutan tersebar dkwaan mengenai seorang penyampai radio ditahan pihak polis selepas didapati memiliki bahan terlarang jenis gn.j4. Menurut laporan pihak polis, suspek ditahan di kediamannya di ibu kota kerana memiliki bahan terlarang jenis gn.j4 seberat 447.44 gram yang sudah diasing-asingkan kepada 22 paket plastik. Sumber : Awattsyeikh.com

Ibu Alami Sakit Strok. Sekali Ini Luahan Hati DJ Lin Bila Tak Dapat Jaga Ibu Di Hospital.

Penyampai radio, Dj Lin memaklumkan ibunya kini telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selepas diserang strok pada Isnin. Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, dia telah bergegas pulang ke kampung halaman sebaik sahaja menerima panggilan mengenai tahap kesihatan ibunya itu.


Bagaimanapun, Dj Lin memberitahu, dia dan dan ahli keluarganya yang lain masih tidak dibenarkan untuk menemani ibunya itu berikutan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pihak hospital berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Dj Lin bergegas pulang ke Johor Bahru sebaik dimaklumkan ibunda tercinta, Mak Puteh telah dimasukkan ke wad 3A (Isolation) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat serangan strok. Yang sedihnya, ahli keluarga tak dibenarkan untuk menjaga beliau. Allahu sebaknya perasaan bimbang semuanya bercampur rasa,” tulisnya.


Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pemenang anugerah Penyampai Radio Paling Popular empat kali itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Jelas Dj Lin lagi, hatinya kini sememangnya berasa agak risau memandangkan ibunya itu terpaksa tinggal berseroangan di hospital. Lantaran itu, penyampai radio, Suria FM ini turut berharap agar mana-mana petugas hospital yang berkhidmat di HSI dapat memantau mengenai perkembangan ibunya itu.



“Ada ke Peminat Dj Lin yang bertugas di Hospital Sultan Ismail? Kalau ada harap sudilah kiranya tolong tengokkan Mak Lin ya. #makdjlinmasukwad #DoakanMakDjLin,” ujarnya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga ibu kepada Dj Lin dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

“Harap ada insan yang baik hati tolong tengok-tengokkan mak DJ Lin dekat wad. Semoga mak Dj Lin lekas sembuh. Semoga ibu Dj Lin dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Amin Ya Rab. Stay strong. Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga DJ Lin dan semoga mak cepat sembuh. Banyakkan bersabar. Semoga mak akak cepat sembuh ye,” antara komen-komen warganet di laman Instagram.


Sekadar informasi, Dj Lin merupakan salah seorang penyampai di stesen radio, Suria FM yang senonim menerusi segmen Suria Cinta. Apapun, kami di MH mendoakan semoga ibu kepada Dj Lin dapat kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan. Ameen. Sumber : Media Hiburan

Terpaksa Korban Emosi Dan Fizikal. Sekali Janna Nick Dedah Minta Keluar Dari Hospital Disebabkan Ini.

Beberapa hari yang lalu, pelakon dan pengacara sensasi Janna Nick dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap vertigo. Walaubagaimanapun, Janna meminta untuk keluar dari hospital disebabkan tuntutan kerja.


Menerusi Insta Stories, Janna memberitahu bahawa kerjanya melibatkan ramai orang dan tidak sanggup untuk membiarkan mereka terpaksa menunggunya terlalu lama.

“Mintak discharge from the hospital. Sebab.. Kerja kita ni melibatkan ramai orang. Tak sampai hati nak buat orang tertunggu.”- ujar Janna. Tambahnya lagi, bagi penyakit tersebut lazimnya doktor akan memberi cuti sakit 5 hingga 7 hari. Namun, Janna menolaknya atas faktor kerja. “Doktor cakap ‘vertigo ni biasanya saya bagi MC 5-7 hari’.Saya reply ‘kerja saya MC tak laku’. Maka discharge la keluar.. terus bergerak ke set.”- katanya lagi


Dalam pada itu, Janna menjelaskan bahawa dia tidak mahu bekerja secara berterusan. Namun, disebabkan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penggambaran drama yang dijadualkan selama 3 bulan telah berubah menjadi 7 bulan. Manakala, mereka yang terlibat perlu menghabiskan kerja tersebut dengan kadar bayaran yang sama.

“Tahu ramai concern, ‘Please rest..jangan kerja teruk sangat’. Saya bukan nak kerja back 2 back.Tapi ni la kesan dari PKP1/PKP2 ETC. Drama yang sepatutnya shoot 3 bulan dah jadi 7 bulan. Payment tetap sama. Krew tetap kena habiskan job tersebut”- luahnya

Berharap Tiada Lagi ‘Lockdown’

Tambahnya, dia turut berharap agar tiada lagi  sekatan mahupun perintah berkurung dikenakan agar perkara sebegini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“So kita tak boleh selfish. Nak fikirkan diri sendiri. Kena berkorban emosi & fizikal. So semua orang boleh sambung kerja yang seterusnya. Saya cuma harap perkara-perkara macam ni tak terjadi lagi.”- katanya.


Sumber: Murai.

Sendiri Terkejut Sebab Boleh Raih 86 Juta Undian. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Janna Nick Tampil Bongkarkan Dari Mana Unditersebut Datang.

KEJAYAAN pelakon Janna Nick merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) seperti tidak diiktiraf warganet hingga ada yang mempertikaikan kesahihan lebih 86 juta undi yang diperolehnya itu.

Dianggap seperti peribahasa rumah siap tapi pahat berbunyi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, trending di Twitter gara-gara warganet melahirkan rasa kurang senang dengan angka 86,374,777 undi yang diterimanya.

Namun hakikatnya bukan sahaja orang ramai, Janna sendiri melahirkan rasa terkejut dengan keputusan luar biasa itu. Bagaimanapun kata Janna angka berkenaan juga mungkin disebabkan para peminatnya dari negara jiran yang turut serta melalukan undian secara dalam talian.

“Saya memang sangat terkejut apabila dapat tahu keputusan ni, perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astaghfirullahalazim. Antara komen warganet di Twitter.


Janna Nick Jawab Dari Mana Datang Undian

“Terlalu banyak sangat, saya pun tak percaya dengan jumlah undian tersebut. Tapi mungkin dari negara jiran kot,” katanya menerusi sidang media secara maya pada tengah malam Ahad. Tambah Janna yang turut merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, kejayaan dia itu sudah tentu hasil daripada kerja keras kelab peminatnya dikenali sebagai Janna Nicker.

Saya yakin fan club merasakan kesedihan dan rasa kecewa seperti yang saya rasakan.“Saya yakin fan club merasakan kesedihan dan rasa kecewa seperti yang saya rasakan. “Saya rasa mereka balas dendam dan luahan rasa mereka kepada saya supaya jangan putus asa. Saya sangat terkejut dengan apa yang mereka buat ni,” katanya lagi.

Peminat Boleh Buat 35 ribu undian, sekali tekan

Menurut Janna lagi, dia melahirkan rasa agum dengn fan club sehingga mampu meletakkan beliau selaku juara. “Undian itu bukan seperti pilihan raya, mana-mana peminat yang membei telefon xiomi, mereka boleh megundi 35 ribu undi sekali tekan” Jelas Janna ketika di wawancara oleh Hot FM. Janna turut merangkul anugerah Pencara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Tinjauan pihak Kecoh Ape di Twitter mendapati rata-rata warganet hairan bagaimana Janna mampu meraih undi sebanyak itu walaupun dia terpalit dengan beberapa siri kontroversi sepanjang tahun ini. “Dia miliki peminat yang macam mana? Bagaimana anda undi dia sebanyak 86 juta kali? Sejujurnya saya sangat terkejut!

“Janna Nick buat ABPBH jadi bosan, maafkan saya. Permainan populariti begini sudah tiada prestij. “Tahun ini dia sumbangkan lebih banyak kontroversi berbanding kerja seni. Pada era ini orang memilih bukan berdasarkan kebijakan sebaliknya perang sesama peminat,” kata beberapa waranet di Twitter.

Dalam pada itu Janna berkata kejayaannya itu akan dijadikan pembakar semangat untuk dia terus terlibat dalam bidang seni. “Rasanya ini juga memberi semangat untuk saya. Saya akan gunakan platform saya untuk menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan perkara positif. “Saya nak buang Janna Nick yang dulu… yang selalu terpalit dengan kontroversi. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya mulakan balik kerjaya,” katanya.via Era Kini


-----------------------------------------------------------------