Kuala Lumpur: Peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Upiak Isil, 36, memohon maaf diatas kekhilafan dirinya apabila sering tampil tidak lagi memakai tudung berbanding imejnya sebelum ini.
Penyanyi kelahiran Indonesia itu mengundang pelbagai reaksi apabila didakwa membuka tudung selepas aktif kembali di persada seni tempatan.
ARTIKEL MENARIK:Baru ni nikah dengan kawan baik suami terkejut bila tiba tiba tular dakwaan Nora Ariffin paksa suami baru untuk lepaskan isteri pertama. Sekali ni respon dari Nora Ariffin.

“Pertama sekali, saya ingin mohon maaf kerana ini pendapat saya dan bukannya mengenai orang lain.
“Saya merasakan bila diri ini sebagai pelawak dan sekiranya saya buat ‘macam-macam aksi ini’ (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan hijab itu sendiri. Ini pandangan dan perasaan saya.
“Misal kata lagi saya berguling-guling di tepi jalan untuk buat kelakar dan penonton ketawa, rasanya saya sudah pun merendahkan tudung dipakai itu. Betul tak? Jadi, saya ‘simpan’ tudung.
“Malah bagi saya, bila mengenakan baju yang sebegini (pakaian melekap pada tubuh hingga menampakkan bentuk badan), sebaiknya biarlah ditutup sebetulnya (menutup aurat dengan sempurna),” katanya lagi.
Upiak menjelaskan, dia mempunyai alasan tersendiri di sebalik tindakan yang diambil itu (tidak bertudung), namun tetap berharap doa yang terbaik daripada semua pihak.
Penyanyi dan komposer yang mula menjadi perhatian ramai menerusi lagu Tak Tun Tuang ini, bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut isu bertudung itu yang dianggapnya agak sensitif.

“Ada yang mengkritik, tapi biarlah. Hanya Dia (Allah) yang boleh menilai hambaNya. Saya tidak akan jelaskan dengan lebih terperinci kerana ia sensitif.
“Malah saya yang salah kenapa berhijab dulu, tapi kini dibuka lagi. Kalau belum siap istiqamah diri, kenapa memakai tudung? Jadi itulah kalau warganet rasa marah, saya hanya senyap saja sebab memang benar kita yang buat salah,” katanya.
Lumrah Kalau Pentas Berhantu Sekalipun. Fazley Yaakob Dapat Markah Terendah. Akhirnya Dia Tampil Bongarkan Apa Yang Jadi.
Umum mengetahui, Dato Fazley Yaakob mendapat markah terendah berdasarkan persembahan lagu miliknya Asmara Ini dalam sebuah program hiburan tempatan semalam. Bagaimanapun, tiada penyingkiran pada minggu pertama dan sekaligus melayakkan beliau bertanding di konsert kedua pada minggu hadapan bersama 12 peserta yang lain.
Adat bertanding, pasti ada yang kalah dan menang. Namun, hal yang memesongkan akidah seperti memohon bantuan jin atau bersahabat dengan iblis menjadi kisah pemanas dalam setiap panggung. Bagi cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, hal itu dianggapnya sebagai lumrah dan tidak menolak kebarangkalian untuk ada dalam acara bersifat pertandingan.
Kata Fazley, setiap yang bertanding mahukan kemenangan, oleh itu tidak mustahil taktik kotor juga antara jalan pintas untuk mencapai apa yang diinginkan. “Dalam dunia masakan atau nyanyian pasti ada pembawakan mistiknya tersendiri. Jadi persediaan itu sudah ada seperti amalan-amalan zikir, solat-solat sunat, itu lumrah amalan biasa.
“Namun, apabila berada di satu pentas yang besar, keadaan misteri itu suatu hal yang tak boleh elak sebab setiap pertandingan ada orang yang ingin menang, mencapai kemuncak. “Jadi, apabila pentas itu berhantu sekali pun, berhantu dengan muzik, berhantu dengan gangguan, berhantu dengan baik sekali pun, itu adalah lumrah dan tak menjadi masalah,” katanya.
Terbaru, Fazley memohon maaf kepada semua pihak sekiranya persembahan yang dilakukan semalam kurang memuaskan. Saya mohon maaf. Menerusi Twitter Fazley, beliau memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberi persembahan yang terbaik semalam.

Ujar Fazley, perasaannya sangat gemuruh dan sedikit emosi ketika tampil melakukan persembahan. Disebabkan itu, beliau berada di tangga terakhir. Jelas Fazley lagi, sudah 10 tahun beliau tidak beraksi dan melakukan persembahan di pentas.
Rata-rata wartganet memberi kata-kata semangat buat Fazley dan berharap beliau bakal memberikan persembahan yang terbaik pada minggu kedua ini. Untuk minggu kedua, Fazley memberitahu dia akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan lagu ‘Laguku Untukmu’ nyanyian Hasnol.
Fazley yang popular dengan lagu Asmara Ini menjadi salah satu antara bintang yang bertanding dalam rancangan realiti popular Gegar Vaganza musim kelapan (GV8). Selain Fazley, 12 bintang lain yang turut serta termasuk Adibah Noor, Suki Low, Nikki Palikat, Shidee, Azzan, Ani Maiyuni, Bandi Amuk, Aliff Aziz dan wakil Indonesia, Upiak Isil.
Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa. Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.
Rupanya Ini Cerita Yang Mungkin Ramai Tak Tahu. Datuk Fazley Yaakob Tampil Berkongsi Kisah Suka Duka Bersama Isteri.
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil berkongsi kisah suka dan dukanya sepanjang percintaannya dengan isteri tersayang, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz. Menurut Fazley, ramai yang telah mendengar kisah perjalanan hidup mereka berdua dan mungkin kisah tersebut adalah benar.
“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar kisah, mungkin banyak yang betul. “Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak, betul jugalah tu. “Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua.
“Airmata keluarga kami dan juga air mata ramai penyokong kami. “Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat ,sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.
“Walaupun dengan 13 kali keg.guran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi,” katanya. Tambahnya dia juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya kerana telah banyak berkorban untuk dirinya dan anak-anak.
“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride, sejak hari pertama hingga sekarang. “But we grew stronger after every test and hurdle. Doa kepada Allah merupakan pelindung terhebat. “40 hari membaca Yassin sejak hari pertama juga menjadi benteng kekuatan kepada orang yang mahu melihat kami berpecah. “Terima kasih atas semua pengorbanan. Kamu tinggalkan semua untuk bersama saya yang ketika itu tiada apa-apa.
“Saya bersyukur ada kamu sebagai isteri. Selamat ulang tahun ke 15 Adik Sayang. “Terus kuat untuk semai cinta dan sayang kepada anak-anak,” katanya. Fazley berkata demikian menerusi satu posting di Instagram.
Video:
https://www.instagram.com/tv/CV9BsXrFUcs/?utm_source=ig_web_copy_link
Sekadar info, Fazley dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. Pasangan itu kemudian mengadakan majlis persandingan semula sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-13 pada 2018.-Sumber: Gempak.
Dato Fazley Kini Cari Suami Baru Untuk Ibu Tapi Kecantikannya Ibu Pula Jadi Perhatian.
Bergelar ibu tunggal tanpa suami sebagai peneman di sisi pastinya sedikit sebanyak mengundang rasa sepi buat sesetengah wanita. Namun dengan kehadiran anak-anak tercinta yang menjalankan tanggungjawab menjaga dengan baik, ia merupakan anugerah paling bahagia. Pun begitu bagi Dato’ Fazley Yaakob, nampaknya beliau mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan ibu tercinta.
Bismillah…Saya nak cari jodoh untuk ibu saya
Beberapa jam lalu menerusi Facebook rasmi chef terkemuka ini, beliau telah membuat sebuah posting bagi mempromosikan soal pencarian jodoh buat ibunya, Datin Umi Kalsom Abdol Latif. Antara kriteria calon suami yang dicari semestinya bukanlah ‘laki orang’, berusia sekitar 60-70 tahun dan ikhlas mencari kebahagiaan dunia akhirat. Jelas Dato’ Fzley lagi, semuanya dilakukan untuk kegembiraan wanita tersebut.

Pernah trauma & depress apabila suami dijemput Ilahi 2016 dahulu.
Terdahulu menerusi perkongsian bersama portal Nona, Datin Umi pernah mendedahkan dirinya trauma dan depress setelah mengalami pemergian suami tercinta pada tahun 2016.
Malah akibat terkejut sehingga kesihatannya terjejas, beliau sendiri tidak masuk ke dapur dan seakan-akan kehilangan minat memasak kerana semua itu akan mengingatkannya kepada.
Pernah jumpa kat hotel, maknya memang cantik…Putih gebu pandang tak jemu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terus mendoakan yang terbaik moga-moga ‘misi’ tukang masak terkenal itu berjaya. Tidak ketinggalan juga, begitu ramai yang memuji kecantikan Datin Umi di usia 68 tahun kerana nampak masih awet muda.



Sumber: Kisah Dunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.
Pemuda Dedah Temu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri. Walaupun Beza Umur 25 Tahun Namun Ia Bukan Suatu Halangan.
Jodoh itu sememangnya rahsia Allah S.W.T. Tiada siapa dapat menduga siapa jodoh kita di masa akan datang dan apabila ia tiba pastinya satu anugerah yang begitu istimewa.
Berjodoh dengan cikgu sendiri

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila bertemu jodoh dengan gurunya sendiri. Hal tersebut dikongsikan oleh satu akuan TikTok menggunakan nama @Samballana_bistro78 apabila memuat naik video rangkuman perkenalan dengan isteri tersayang. Dalam video tersebut, pengguna akaun @Samballana_bistro78 memaklumkan yang dia merupakan seorang pelajar letika itu dan kerap bergambar dengan guru yang kini isterinya bermula dari tahun 2016.
Selamat bernikah pada 2020
Tak lama selepas itu, dia memberanikan diri mengajak keluar makan sekitar tahun 2018 dan pada tahun 2020, mereka berdua sah bergelar suami isteri.

Beza usia 25 tahun
Menurutnya lagi, perbezaan usia mereka adalah 25 tahun dan hal tersebut bukan menjadi masalah buat mereka berdua yang kini bahagia bersama. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, akaun TikToknya telah menerima pelbagai komen oleh warganet yang agak terkejut dengan pengakuannya. Walau bagaimanapun, masing-masing mendoakan agar hubungan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir usia dan mengakui bahawa jika sudah berjodoh, pasti tidak akan kemana.


Sumber: TikTok @Samballana_bistro78 via Era Kini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

