Muat naik story naik helikopter menantu PM teruk kena kritik. Sekali Jovian tampil jelaskan perkara sebenar.

Business

Muat naik story naik helikopter menantu PM teruk kena kritik. Sekali Jovian tampil jelaskan perkara sebenar.

Sejak semalam negara berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang apabila air naik berikutan hujan lebat tidak henti sejak Jumaat lalu.

Muat naik story naik helikopter menantu PM teruk kena kritik. Sekali Jovian tampil jelaskan perkara sebenar.



Berikutan banjir berlaku, ramai yang tersangkut di jalan raya kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan yang dinaiki air.

ARTIKEL MENARIK:Warehouse ditenggelami air disebabkan banjir. Ini yang terjadi pada semua stok di gudang Jovian Mandagie.
loading...


Malah, ada lagi mangsa banjir yang terperangkap di bumbung rumah berjam lamanya sementara menunggu pasukan bantuan untuk menyelamatkan mereka.

Namun, disebalik kesusahan rakyat, tular perkongsian seorang wargamaya yang mempersoalkan menantu Perdana Menteri iaitu yang juga pereka fesyen terkenal yang diselamatkan dengan menaiki helikopter.


Menerusi satu perkongsian, wargamaya itu turut berkongsikan Insta Story menantu PM itu yang memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan mustahil untuknya pulang ke rumah disebabkan banjir.



Kemudian, menantu PM itu dilihat memuat naik pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter serta berkongsikan gambar akhirnya dapat bersama anaknya berserta kapsyen ‘home sweet home’.


Perkongsiannya itu mengundang rasa kurang wargamaya yang mengritik tindakannya itu apabila menayang di Instagram sedangkan ada yang tersangkut di atas bumbung serta tidur di dalam hujan dan terperangkap di dalam kereta.




Sementara itu, warganet mengatakan perkongsian tersebut sudah pun di padam daripada Insta Story miliknya. Mungkin sedar tindakannya itu mengudang kritikan ramai.

Saya tak guna aset kerajaan-Jovian

Terdahulu, hantaran di Instagram Stories pereka fesyen itu telah disebarkan di media sosial terutamanya Twitter dan menimbulkan salah faham bahawa Jovian mengambil kesempatan menggunakan jalan pintas dan aset kerajaan ekoran statusnya sebagai menantu Perdana Menteri.”Sebab kau menantu PM (Perdana Menteri) boleh diselamatkan naik heli, siap tayang kat IG. Bagus! Yang lain duk stranded atas bumbung rumah dari semalam tidur dalam hujan, tidur dalam kereta,” ciap seorang pengguna di Twitter.

Jelas Jovian, 35, isu dirinya menaiki helikopter tidak sepatutnya timbul dan lebih menggusarkan apabila hal itu disebarkan hingga menjadi fitnah.

“Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing & buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that.

“Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah,” tegasnya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.

Terdahulu, hantaran di Instagram Stories pereka fesyen itu telah disebarkan di media sosial terutamanya Twitter dan menimbulkan salah faham bahawa Jovian mengambil kesempatan menggunakan jalan pintas dan aset kerajaan ekoran statusnya sebagai menantu Perdana Menteri.

Jelas Jovian lagi, dia menggunakan perkhidmatan helikopter jenis komersial untuk membawanya pulang ke pangkuan keluarga yang ternyata tidak sesuai digunakan untuk tujuan membantu mangsa dan orang ramai yang turut terkandas.

“Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu and turun-turunkan bantuan atau naikkan mangsa etc.

“Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!” tambahnya.

Justeru, nasihat Jovian agar orang ramai yang kurang senang dengan tindakannya agar tidak mengikuti akaun media sosialnya. Pada masa sama, mengajak orang ramai turut menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.


“Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right about me.There are better things to be done to help people out there. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya,” katanya.


Jovian juga antara mangsa yang terjejas dengan fenomena banjir besar yang sedang melanda sekitar Shah Alam apabila gudang utamanya turut dimasuki air dan terpaksa ditutup buat sementara.

Warehouse Ditenggelami Air Disebabkan Banjir. Ini Yang Terjadi Pada Semua Stok Di Gudang Jovian Mandagie.



Keadaan hujan yang berlarutan sejak dua hari ini telah mengakibatkan berlakunya banjir di Malaysia. Di Selangor, banjir ini telah memberi kesan kepada lebih 3000 orang. Bukan itu saja, banjir ini turut memberi kesan kepada usahawan dan pereka fesyen terkenal Malaysia, Datuk Jovian Mandagie.

Banjir ini telah menyebabkan gudang Jovian telah dinaiki air. Menurut perkongsiannya di Instagram, tiada seorang pun daripada pekerjanya boleh memasuki ke gudang tersebut. Hal ini kerana paras air telah tinggi sejak pagi lagi.

tiada seorang pun daripada pasukan boleh masuk ke gudang hari ini kerana paras air telah tinggi sejak matahari terbit.

Pekerja Dan Stok Selamat

Jovian juga turut menyatakan bahawa semua pengawal dan juruteknik selamat manakala stok yang terdapat dalam gudang juga dalam keadaan baik.

Nasib baik semua orang (pengawal & juruteknik) selamat. Semua stok dalam keadaan baik juga kerana gudang kami dinaikkan.


Penghantaran Dihentikan

Tambahnya lagi, dengan situasi ini, semua penghantaran Produk Jovian akan dihentikan untuk beberapa hari dan dia berharap keadaan akan bertambah baik.


Dengan situasi ini, semua penghantaran Produk Jovian akan dihentikan untuk beberapa hari, dan harap keadaan akan bertambah baik esok Insyallah. Terima kasih kerana memahami Jovianista.

Jovian juga turut berterima kasih kepada Jovianista kerana memahami situasi tersebut dan mengharapkan gudangnya selamat.

Sumber: Murai

Hujan Lebat Hingga Ramai Penduduk Terkandas. Ini Respon Dan Tindakkan Yang Dilakukan Oleh PM.

Keadaan cuaca yang masih hujan tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turun padang melawat mangsa banjir. Menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, Ismail dilihat meninjau kawasan sekitar Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Selangor.

“Ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersekat akibat banjir di kawasan Putra Heights, Selangor.

“Saya sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi,” katanya.

Tambah beliau, Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.

“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya.


Terdahulu, Ismail menegaskan keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.

“Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan bincang kemudian, yang penting sekarang selamatkan mangsa, yang terperangkap pindahkan dahulu ke tempat selamat.

“Kewangan, bantuan lain kita boleh uruskan kemudian,” katanya.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tular Keadaan Banjir Di Beberapa Lokasi Shah Alam. Sekali Diana Danielle Suruh Hentikan Buat Macam Ni.

Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut. Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.

“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian. Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi. “Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi. Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. Sumber– K! ONLINE

Kucing Tiba Tiba Ada Sakit Ini. Diana Danielle Kongsi Tips Bermanfaat Untuk Atasi Masalah Tersebut

Tanpa ragu Diana Danielle telah berkongsi tips buat pencinta kucing untuk tenangkan kucing sekiranya mereka didatangi sakit s4wan secara tiba tiba. Jelas Diana Danielle, “Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni jangan panik. Dia terkena sawn. Pegang dia (dengan towel kalau takut kena ckar), pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.“Tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawn dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri.

Tambah lagi“Kalau nampak dia bengkok-bengkokkan badan, pegang dengan lembut bahagian yang terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol.“Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorang tak boleh kawal pergerakan jadi kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawn tu.

“Jauhkan jari dari bahagian mulut dia. Panggil nama dia dengan lembut, beritahu segalanya akan bertukar menjadi baik.“Dia akan dapat rasa kalau kita kalut jadi kekal tenang dan berbual dengannya. Dia akan tahu ada seseorang yang boleh selamat dirinya.“Bila dah settle down, belai dia dan bercakap dengan dia sebab dia mesti takut dan keliru. Just love them,” coretnya.

Justeru itu sebagai pencinta haiwan, Diana berharap perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat.Diana juga turut mengucapkan terima kasih kepada Haziq Aiman kerana berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat penting buat pencinta haiwan.

Kucing Merupakan Haiwan Yang Boleh Jaga Diri Mereka Sendiri. Kini Ketahui Rupanya Sakit Ini Juga Merupakan Perkara Biasa Untuk Spesiesnya.

Lima penyakit ini merupakan penyakit yang biasa dialami oleh kucing kesayangan anda. Kucing juga dikenali sebagai salah satu haiwan yang mampu untuk menjaga dirinya sendiri dari sebarang penyakit. Namun, sekiranya anda pemilik kucing pasti anda tidak mahu apa-apa terjadi pada kucing anda. Jadi, anda juga perlu menitikberatkan sebarang hal kemungkinan yang bakal berlaku pada si bulus kesayangan anda. Hal ini disebabkan, ada beberapa kes yang umumnya terjadi pada kucing kesayangan anda dan ianya juga tidak boleh dianggap hal yang remeh-temeh. Pasti anda tertanya-tanya apa yang sering dialami oleh spesies kucing anda.


1. Muntah

Muntah adalah masalah kesihatan paling biasa terjadi pada seekor kucing. Penyebabnya juga pelbagai seperti makanan yang boleh membawa sebarang masalah, jangkitan kuman serta petanda ia mengalami masalah pundi kencing atau penghadaman. Sekiranya kucing anda muntah dan melelehkan air liur serta bernafas laju, segeralah bawanya berjumpa doktor. Lebih baik jika ambil sedikit sampel muntahnya kerana ia boleh memberi jawapan mengapa ia muntah.

2. Pundi kencing

Penyakit berkaitan pundi kencing atau Feline Lower Urinary Tract Diseases (FLUTD) juga antara perkara biasa dalam kalangan kucing. Ia biasanya berlaku pada kucing yang mempunyai lebihan berat badan serta sering makan makanan kering. Tekanan disebabkan sering terkurung di dalam rumah boleh meningkatkan risiko FLUTD dan gejala jelas kucing minum lebih banyak, sukar membuang air kecil, air kencing yang mengeluarkan cecair merah dan menangis ketika membuang air kecil.

3. Kutu

Kutu juga adalah masalah biasa dalam kalangan kucing namun ia boleh ditangani dengan mudah. Cara mengenal kucing yang mengalami masalah kutu adalah ia sering menggaru, menjilat serta mengalami jangkitan pada kulitnya. Mesikpun ia boleh dirawat namun sekiranya ia dibiarkan si bulus berisiko mengalami masalah anemia. Jadi pastikan masalah kutu pada kucing segera dicegah.


4. Cacing pita

Cacing pita hidup di dalam usus kecil kucing dan boleh membesar sehingga 60 sentimeter. Gejalanya tidak ketara namun kucing mungkin akan mengalami muntah serta mengalami penurunan berat badan. Cara paling mudah untuk mengetahui sama ada kucing anda mempunyai cacing pita adalah dengan melihat najisnya dan memeriksa bahagian duburnya. Biasanya, cacing pita akan keluar ketika ia sedang tidur. Jika anda melihat ada benda aneh berbentuk seperti beras atau biji bijan, kemungkinan ia adalah cacing pita.

5. Cirit birit

Banyak perkara boleh menyebabkan kucing anda cirit birit termasuk kehadiran parasit, makan makanan basi, elergi, jangkitan kuman, penyakit hati, k4nser dan sebagainya. Najisnya juga berbentuk cecair dan bergantung kepada penyebabnya, masalah cirit birit pada kucing boleh berlaku selama seminggu atau berbulan-bulan. Jika kucing mengalami cirit birit, berikan ia minum untuk mencegah dehidrasi dan segera membawanya berjumpa doktor.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

 Kredit -Era Kini



-----------------------------------------------------------------