Ramai sebak bila tular kehilangan Allahyarham Gmie Screen. Sekali ada satu benda yang buat DSV terkilan.

Business

Ramai sebak bila tular kehilangan Allahyarham Gmie Screen. Sekali ada satu benda yang buat DSV terkilan.

Vida terkilan tidak sempat berikan bantuan ketika arwh sakit. Ahli perniagaan Datuk Seri Vida terkilan apabila tidak dapat memberikan sumbangan bagi membantu meringgankan beban Gmie Screen ketika Allahyarham berdepan masalah kesihatan.

Ramai sebak bila tular kehilangan Allahyarham Gmie Screen. Sekali ada satu benda yang buat DSV terkilan.



Mendedahkan pernah dihubungi wakil Gmie, Vida atau nama sebenarnya Hamiza Othman, berkata, dia memang berniat untuk menghulurkan sedikit sumbangan namun terlepas pandang disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja.

ARTIKEL MENARIK:“Video Abam Yg Tak Pern4h Di Lihat” Hidayah Buat Uc4pan Ulang Tahun Perk4hwinan Bvat Ramai S4yu
loading...


“Sebelum pergi buat selamanya dia ada cakap fasal sakit dia buah pinggang bocor sampai tak boleh jalan dan dia nak benda ni personal. Mungkin keperluan dari segi kewangan fasal sakit dia. Ya Allah saya lupa. Ada pihak yang menghubungi saya yang katanya daripada Astro bagi memohon bantuan untuk arwh ketika itu. Saya terkilan sebab tak dapat nak bantu meringgankan beban dan kos perubatan dia waktu itu. Saya dah dapatkan semua detail nombor akaun dia tapi saya lupa, saya terlepas pandang sebab lupa nak inform PA saya, saya rasa ralat sangat,” ujarnya.


Arwh diuruskan di Tempat Persemadian Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor.

Dalam pada itu, Vida yang juga penaja program realiti Gegar Vaganva musim ketiga (GV3) berkata, dia akan menunaikan niat itu dan menziarahi keluarga Allahyarham dalam masa terdekat.

Saya terkilan sebab tak dapat nak bantu untuk memberi bantuan untuk perubatan dia tu waktu itu.

“Saya akan tunaikan hasrat saya. Saya dah minta alamat untuk ziarah family dia dalam masa terdekat ni. Saya bukannya nak tumpang story semua orang,” ujarnya. Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya Jajmi Ibrahim pergi buat selamanya pada Jumaat akibat sakit buah pinggang berlubang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).


Allahyarham Gmie pergi buat selamanya akibat sakit buah pinggang berlubang.

Gmie menyertai kumpulan Screen sekitar tahun 1990an dan popular dengan lagu Bila Cinta Didusta. Allahyarham kembali meraih populariti semula selepas menyertai pertandingan GV3 terbitan Astro pada 2016. Allahyarham tinggalkan seorang balu, Siti Royani Gumari dan lima orang anak. Sumber : Mstar

Dah Takkan Dengar Lagi Suaranya Di Live. Gmie Screen Sah Pergi Buat Selamanya Gara Gara Sakit Ini.

Gmie sebelum ini dilaporkan berdepan sakit buah pinggang bocor. Vokalis kumpulan Screen Gmie menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim pergi buat selamanya pada usia 50 tahun akibat sakit buah pinggang berlubang. Perkara tersebut dikongsikan adik ipar Allahyarham menerusi aplikasi Whatsapp.

“Bismillahirrahmanirrahim.“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.“Dukacitanya bahawa adik ipar saya Hajmi Bin Ibrahim (Gmie Screen) telah kembali ke rahmatullah pagi ini, setelah dimasukkan ke hospital 2 lepas. Jasad masih berada di Hospital untuk ujian pengesahan CVDI9. “Al-Fatihah…Bintang Gegar Vaganza (GV) musim ketiga itu juga dilaporkan kurang sihat dan hilang selera makan, beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, menurut laporan Astro Awani, Allahyarham pengsan di rumah sebelum keluarga menghubungi ambulans.“Abah pengsan sebab kekurangan dr4h. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan kami sempat juga membuat panggilan video. “Bagaimanapun, dalam pukul 1.30 pagi tadi, doktor menghubungi kami memaklumkan abah dah dalam keadaan teruk sebelum abah menghembuskan nafas terakhir,” katanya. Sebelum ini, Gmie yang bersama kumpulan Screen cukup popular sekitar era 90-an menerusi Bila Cinta Di Dusta dan Tak Suka Tak Apa. Pada April lalu, lalu penyanyi itu mendedahkan mengalami sakit buat pinggang bocor. Sumber : Gempak

Salam Takziah. Terkini Terkejut Dengan Berita Pengarah Terkenal Mamat Khalid Telah Pergi Buat Selamanya. Rupanya Ini Puncanya.

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi. Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia. Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan pergi buat selamanya..

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan pergi buat selamanya. Maklumat awal yang kami dapat, jasad Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak. Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.


Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton. Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah. Sumber: Utusan Malaysia.

Laju je team Mamat Khalid buat kerja. Baru je Azman Naim jumpa TMJ terus sambar untuk beri job ini.

Terkenal dengan nyanyian lagu parodi viral berjudul My Sejahtera Way, individu bernama Azman Naim kini semakin laris bagai pisang goreng panas. Ujar Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim, 36, dia menerima banyak tawaran lakonan dan nyanyian lebih-lebih lagi sejak bakatnya turut menarik perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.






Namun kata pemuda kelahiran Kulai, Johor ini dia terbuka hati untuk menerima lamaran pengarah terkenal, Mamat Khalid. “Memang dapat banyak tawaran, ada yang saya terima dan ada yang saya tolak ment4h-ment4h. Ada satu yang saya terima tu dah buat penggambaran pun di bawah Mamat Khalid… itu baru satu. Beberapa tawaran lakonan lain masih pending,” katanya.

Bagaimanapun kata Azman dia masih belum membuat keputusan tentang tawaran untuk menjadi penyanyi. “Tawaran untuk menyanyi saya tak buat kata pvtus lagi. Bukan semua kena dengan jiwa dan imej saya… jadi memang ada yang terp4ksa ditolak,” katanya.

Kecoh bila TMJ war warkan nak jumpa dengan Azman Naim. Sekali rupanya ada benda yang TMJ ingin sampaikan dan ini yang Azman Naim luahkan.

Azman Naim yang popular dengan lagu parodi di media sosial sangat terharu apabila sudah tiga kali dipanggil menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia tidak sangka usaha kreatifnya diambil serius serta diminta pandangan untuk ambil bahagian bersama memajukan rakyat negeri Johor.

“Saya terharu dan bangga bukan kerana diri saya semata-mata. Sebaliknya bangga kerana pandangan serta pendapat saya diambil serius oleh baginda. Baginda memiliki visi dan berpandangan jauh demi memajukan rakyat Johor terutama aspek pendidikan, kuasa ekonomi dan melakukan persiapan rapi merealisasikan impian itu” katanya.

Azman berkata, dalam tiga pertemuan itu, mereka banyak membincangkan isu-isu berat dan serius sebegitu. “Baginda turut menyatakan suka dengan pendekatan saya menggunakan media sosial untuk ketengahkan isu rakyat,” katanya.

Menurut anak jati Kulai, Johor itu, dia menghadap Tunku Ismail hujung bulan lalu. Katanya, pada mulanya dia agak berdebar dan tidak tahu apa inti pati perjumpaan itu.

“Memang agak gementar juga dan risau sekiranya tidak sediakan apa-apa. Rupa-rupanya perjumpaan dengannya sangat kasual kerana baginda sangat merendah diri. Saya memang tahu baginda seorang yang bersifat begitu, tapi tidak sangka pula tahap rendah dirinya buat saya sebagai rakyat biasa rasa sangat kerdil dan percakapannya juga sangat lembut. Bagaimanapun, apabila masuk perbincangan mengenai isu rakyat, nampak ketegasannya di situ. Baginda memiliki perancangan yang terbaik untuk anak-anak Johor,” katanya.

Terdahulu, Azman tular apabila video parodinya menerusi lagu My Sejahtera Way mendapat perhatian luar biasa termasuk Tunku Ismail yang mahu berjumpa dengannya. Lagu terbabit diambil daripada lagu asal berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra dan liriknya ditulis dan diubah sendiri oleh Azman. Dia mula memuat naik video lagu parodi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu.

Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon

Individu yang popular dengan lagu parodi di media sosial, Azman Naim, 36, berhasrat untuk terus mengetengahkan isu masyarakat menerusi nyanyian lagu parodi di media sosial selepas lagu My Sejahtera Way nyanyiannya tular, baru-baru ini. Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim berkata, dia melihat penerimaan drastik terhadap lagu nyanyiannya itu satu pencapaian cukup bermakna untuk misi murninya itu.

“Saya terharu dan terkejut apabila video itu mendapat sambutan luar biasa. Daripada cuma 14,000 orang, kini Instagram saya hampir mencecah 80,000 pengikut. Saya bukan penghibur dan bukan tampil untuk sekadar menghibur. Sebaliknya, saya mahu menjadi penyampai mesej kepada rakyat mengenai isu-isu masyarakat semasa,” katanya.

Lagu My Sejahtera Way diambil daripada lagu asal berjudul My Way nyanyian Frank Sinatra. Video parodi Azman itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim. Azman berkata, walaupun dia melakukannya secara suka-suka, dia berharap mesej yang disampaikan memberi manfaat .

“Saya tahu bukan semua nak dengar atau setuju tapi kalau orang suka, semestinya saya gembira,” katanya. Azman mengakui proses menghasilkan lagu parodi memang agak mencabar. Apatah lagi dia perlu membuat kajian serta menyunting sendiri semuanya sebelum dikongsi.

“Corak berkarya saya adalah jujur dan mungkin agak kasar sedikit. Bagaimanapun, saya kena kasar bertempat dan bukannya dengan cara berlagak. Sebelum menghasilkan lagu begitu, saya harus kaji, perhati dan tahu intipati terbaik mesej yang disampaikan. Lirik yang dihasilkan kena betul-betul padu dan bukan cakap kosong. Lirik saja, kadang memang ambil masa sehingga lima hari untuk disiapkan. Namun, untuk My Sejahtera Way, saya cuma ambil masa kurang 10 minit kerana tahu apa yang nak disampaikan,” katanya.

Tolak tawaran kerana tak kena dgn jiwa

Berikutan penularan itu, Azman tidak menafikan dihubungi ramai pihak dengan pelbagai tawaran menyanyi dan berlakon. Namun, dia akui bukan semua tawaran kena dengan jiwa dan terpaksa menolak.

“Ada yang tawarkan saya untuk menyanyi duet lagu tertentu. Bagaimanapun, saya terpaksa tolak. Bukan berlagak, tapi kerana ia tidak sesuai dengan jiwa serta pendekatan saya. Saya lebih ke arah jiwa klasik dan muzik metal ekstrim. Kalau lagu-lagu terkini, memang tidak boleh masuk kerana lebih kuat kepada lagu 1980-an atau 1990-an,” katanya. Azman mula memuat naik video lagu parodi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua pada 13 Januari lalu. Sumber : Trending Sangat via Era Kini


-----------------------------------------------------------------