KEMELUT rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas hampir sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.
Pasangan tersebut hadir menaiki kenderaan yang sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.
ARTIKEL MENARIK:“Tak Jadi Cer4i?” -Nynaa Harizal Tutup Buku Cer4i, Kembali Taat Kepada Suami. Ini Antara Syarat Buat Mereka Setuju
Peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, hubungan rumah tangga itu berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz dalam perhubungan mereka.
“Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.
“Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satu daripadanya adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula.
Pasangan Nynaa Harizal dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas hadir bersama di Mahkmah Rendah Syariah Kuala Lumpur
“Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.
“Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah,” ujarnya kepada mStar pada pagi Rabu.
Sementara itu Mohamed Fahmi, 29, berkata, dia dan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu akan menjelaskan apa yang berlaku kepada rumah tangga mereka secara terperinci dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.
“Apa yang penguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.
“Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood… ini adalah drama Bollywood 3 in 1.
“Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok,” ujarnya.
Konflik rumah tangga pasangan ini tercetus pada 3 November lalu apabila Mohamed Fahmi tidak mengetahui keberadaan isterinya namun mengesyaki Nynaa pada ketika itu berada di kediaman keluarga mentuanya di Johor selepas ‘dilarikan’ tanpa kebenarannya.Pasangan Nynaa Harizal dan Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas mencapai persetujuan untuk berbaik.
Kemudian pada 11 November lalu, Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.Permohonan itu difailkan Fahmi selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.
Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan pisah kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November lalu.
Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.
Dikatakan Tiada Persefahaman Lepas Kahwin. Suami Nynaa Mengaku Rela Melepaskan Isteri Dengan Prosedur Betul.
Kuala Lumpur: Ahli perniagaan, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, suami kepada pelakon Nynaa Harizal, 25, mengakui rela melepaskan isterinya itu jika mengikut prosedur yang betul.
Fahmi berkata, dia keliru kerana usaha untuk menghubungi Nynaa yang kini berada di Johor Bahru bagi mendengar sendiri pengakuan dari mulutnya tidak berjaya.
“Saya lelaki, kalau perempuan sudah tak nak, untuk apa saya mahu terus kekal berada dalam perhubungan itu. Tetapi sebagai suami, saya akan berusaha cari jalan penyelesaian.
“Datanglah berjumpa saya, berbincang di rumah yang kita duduki selepas berkahwin. Bukan di rumah keluarga dia atau keluarga saya. Kalau tidak, jumpa di luar pun tak apa.
“Berbincang untuk cari jalan penyelesaian bersama. Kalau betul nak pisah, buat cara baik. Dia failkan perpisahan cara baik, tetapi tindakannya tidak seiring,” katanya yang sedih dengan apa yang berlaku.
Fahmi berkata, isterinya membuat permintaan untuk berpisah secara mendadak.
Namun dia masih berharap perkahwinan yang baharu berusia hampir tiga bulan itu dapat diselamatkan.
“Antara alasan Nynaa untuk berpisah adalah kami tiada persefahaman dan saya telah menderanya secara emosi dan fizikal. Kami baharu dua bulan berkahwin, semuanya masih manis lagi.
“Kami tak pernah bertengkar atau bergaduh besar. Saya tak pernah menghalangnya untuk keluar bekerja, termasuk berjumpa rakan,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di Menara Berkembar Bank Rakyat, baru-baru ini.
Menurutnya, dia mempunyai bukti kemesraan mereka sepanjang tempoh kehidupan berumah tangga.
“Malah enam jam sebelum Nynaa di bawa ke Johor, kami masih bermesej seperti biasa. Dia (Nynaa) siap tanya saya sama ada nak makan kerana dia nak bungkuskan makanan yang banyak di lokasi.
“Cuma, peguam nasihatkan saya tak dedahkan semua itu kerana tak mahu mengganggu prosiding mahkamah. Tiba masanya, saya akan kongsikan agar semua orang boleh menilai,” ujarnya lagi
Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos lalu.
Pada 3 November lalu, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ oleh bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Selangor.
Bagaimanapun, Nynaa dalam satu kenyataan media pada Khamis lalu menafikan dakwaan suaminya serta menyifatkan ia sebagai kenyataan yang tidak benar.
Kontroversi dan kemelut perkahwinan mereka yang tidak sampai usia tiga bulan menjadi semakin tegang apabila pelakon itu memfailkan permohonan pisah dengan talak atau dengan perintah atau lazim dirujuk sebagai Perpisahan Cara Baik di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu. Sumber: Metro.
Dkwaan Keluarga Ambil Nynaa Tanpa Izin Adalah Tidak Tepat. Akhirnya Nynaa Harizal Tampil Beri Penjelasan Dan Berharap Suami Dapat Lepaskannya Dengan Baik.
Pelakon, Nynaa Harizal akhirnya tampil bersuara selepas kontroversi dkwaan dicvlik oleh bapa sendiri baru-baru ini. Nynaa berkata dkwaan tersebut tidak tepat kerana tiada paksaan atau istilah mencvlik oleh kedua ibu dan bapanya. Kata Nynaa dia berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarganya di rumah mereka di Johor Bahru sejak 2 November lalu.
Tambah Nynaa lagi dia mengambil keputusan untuk berdiam selama ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan dan menjaga hati semua pihak. “Sejak 2 November lalu pelbagai berita yang telah disiarkan dan tular berkaitan diri dan rumah tangga saya. Saya telah meneliti dan memerhati setiap kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak.
Selama ini, saya memilih untuk tidak memberikan apa-apa reaksi demi menjaga hati dan perasaan semua pihak yang terlibat dan tidak mahu tergesa-gesa membuat kenyataan yang akhirnya memburukkan lagi keadaan,” katanya. Dalam pada itu Nynaa berkata dia mengambil keputusan untuk memfailkan Permohonan Perpisahan Dengan Tal@q atau Dengan Perintah pada 10 November lalu, selepas memgambil kira beberapa faktor.
“Selepas berfikir dengan penuh mendalam akan segala fakta dan faktor yang melatari keadaan ini, saya melalui Peguam Syarie Datuk Iqbal Salam dari Tetuan Iqbal Salam & Associates memohon Perpisahan Cara Baik di Mahkamah Syariah Johor Bahru. Satu salinan sm@n telah diserahkan kepada suami pada 11 November 2021, jam 3.16 petang. Dan hari ini sebutan kes telah berlangsung, namun suami tidak hadir hanya diwakili peguam sahaja,” katanya. Kata Nynaa lagi dia berharap dan berdoa agar suami akan dapat melepaskan dirinya dari ikatan perkahwinan mereka dengan cara baik tanpa perlu meneruskan proses perundangan lain.Nynaa bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca dan penyebab yang membawa kepada keputusannya itu kerana bersifat terlalu peribadi. Sumber : Gempak
Sedang Mengupah Peguam Untuk Proses Perpisahan Anak. Bapa Nynaa Harizal Akhirnya Tampil Mengaku Tidak Bersalah.
Bapa kepada seorang pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas dakwaan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.
Tertuduh, Harizal Hashim, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Rezali.Berdasarkan pertuduhan tersebut, Harizal yang merupakan bekas juru terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan pistol jenis CZP-07.
Bapa kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela, Nynaa Harizal itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada jam 1.40 pagi, 2 November lalu.
Jika sabit kesalahan, Harizal boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM5,000.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam difahamkan memohon mahkamah mempertimbangkan khidmat cemerlangya selama 25 tahun dengan TUDM untuk mengurangkan jumlah ikat jamin.
Teruduh juga kini sedang mengupah peguam untuk menguruskan proses perpisahan anak perempuannya dengan baik.Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan seterusnya pada 30 Disember nanti.
Terdahulu, media melaporkan suami kepada Nynaa, Mohamed Fahmi Ilyas membuat laporan polis dan mendakwa isterinya itu diculik oleh bapa mentuanya.Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika Nynaa berada di set penggambaran sebeleum bertindak membawa anaknya itu untuk tujuan berubat.
Tertuduh didakwa mengacukan pistol kepada pembantu peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tindakan jika dia dihalang untuk mengambil anaknya itu. Sumber: UTUSAN ONLINE
Nynaa Harizal Tampil Lagi Dengan Perkongsian Terbaru Dengan Keluarga. Sekali Ini Pula Yang Dia Kongsikan Sampai Ramai Yang Dah Pelik.
Pelakon Nynaa Harizal yang didkwa dicvlik oleh bapanya sendiri oleh suami, beberapa hari lalu telah memuat naik dua hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG). Menerusi dua hantaran video tersebut, Nynaa kelihatan gembira meluangkan masa bersama ahli keluarganya.
Tinjauan Gempak di ruangan komen pada kedua-dua hantaran mendapati warganet mula meragui dkwaan ‘cvlik’ oleh suami Nynaa, Mohamed Fahmi Ilyas pada 3 November lalu. “Kata kena culik? Tak macam kena culik pun, happy jer,” komen beberapa pengikut.
Bagaimanapun ada juga yang beranggapan kemungkinan video yang dimuat naik merupakan video lama.“Katanya kena cvlik dengan family sendiri…Ni video lama ke baru,” tulis seorang warganet pada hantaran video Nynaa dan adik-adiknya di pusat membeli belah Johor Premium Outlet (JPO).
Dalam pada itu, rata-rata mereka berharap agar masalah keluarga Nynaa dapat diselesaikan dengan cara baik.Terdahulu, Fahmi Ilyas membuat laporan polis mendkwa isterinya telah ‘dicvlik’ oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim ketika Nynaa berada di set penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Shah Alam. Menerusi sebuah sidang media tergempar, Fahmi Ilyas mendkwa keluarga Nynaa membawa isterinya itu pulang ke Johor secara paksa, untuk tujuan berubat. Pada sidang media itu juga Fahmi Ilyas mendakwa terputus hubungan komunikasi dengan isterinya selepas berhubung buat kali terakhir pada Selasa, 2 November lalu. Fahmi Ilyas juga mendkwa bodyguard yang juga pemandu kepada Nynaa diugut dengan menggunakan senjata api. Sumber : Gempak
Dah 5 Hari Berdiam Diri. Kini Nynaa Harizal Tampil Kongsikan Rakaman Ini Dan Buat Ramai Tertanya Tanya.
Video Nynaa bersama adik lelakinya (kiri) selepas tiga hari suaminya (kanan) membuat laporan polis. Lima hari mendiamkan diri selepas didkwa dicvlik bapa sendiri di set penggambaran, pelakon Nynaa Harizal muncul di media sosial pada malam Jumaat. Seakan tiada apa yang berlaku, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal memuat naik video sedang bermain basikal bersama adik lelakinya di kawasan rumah mereka, di percayai di Johor Bahru, Johor.
“Jalan la pula… penat berbasikal,” tulis Nynaa secara ringkas di kapsyen perkongsian tersebut. Menerusi laporan, suami kepada pelakon Nynaa Harizal iaitu Mohamed Fahmi Ilyas mendedahkan isterinya diculik oleh ibu bapa mentuanya pada Isnin, 1 November lalu. Berharap masalah yang timbul dengan mentuanya dapat diselesaikan dengan baik, Mohamed Fahmi berkata dia sendiri tidak mengetahui punca isterinya dilarikan dari lokasi penggambaran sebuah drama di Shah Alam.
Susulan itu Mohamed Fahmi yang merupakan seorang ahli perniagaan membuat laporan tentang kehilangan isterinya yang juga pelakon drama Kekasih Paksa Rela dan Chandelier itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Selasa.
Jalan la pula… penat berbasikal.
Dalam pada itu, rata-rata warganet menerusi ruangan kapsyen bertanyakan tentang status isu berkenaan dan keadaan terkini Nynaa yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020. Malah, segelintir warganet juga membuat spekulasi bahawa Nynaa masih berdepan dengan masalah keluarga disebabkan keadaan matanya yang kelihatan sembap.
Nyna dan suami bernikah pada Ogos lalu.
“Sudah selesai masalah keluarga awak? “Nampak bengkak bahagian mata. Jelas masalah keluarga belum selesai.” “Awak ok? Lihat mata awak,” komen beberapa warganet di ruang perkongsian video tersebut. Video : Klik link
Sehingga kini mStar masih berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Nynaa dan suaminya berkaitan perkembangan kes berkenaan. Untuk rekod, pelakon berusia 25 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Fahmi, 29, pada 28 Ogos lalu. Sumber : Mstar & Instagram Nynaaharizal__via Era Kini