Selepas 10 tahun dirikan rumahtangga. Terkejut bila tiba tiba Yasmin Hani bongkarkan status hubungan dia dan suami. Rupanya ini yang terjadi.

Business

Selepas 10 tahun dirikan rumahtangga. Terkejut bila tiba tiba Yasmin Hani bongkarkan status hubungan dia dan suami. Rupanya ini yang terjadi.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Yasmin Hani meluahkan rasa hati seperti membayangkan beratnya badai yang melanda perkahwinannya bersama suaminya, Shahrin Razali.

Selepas 10 tahun dirikan rumahtangga. Terkejut bila tiba tiba Yasmin Hani bongkarkan status hubungan dia dan suami. Rupanya ini yang terjadi.



Yasmin bagaimanapun sangat bersyukur kerana banyak pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan semangat terhadap dirinya pada waktu sukar ketika ini. Ujar Yasmin lagi, dia sangat berterima kasih kepada semua orang yang sangat baik dengannya serta prihatin terhadap dirinya. Terus senyum dan percaya keadaan akan jadi lebih baik. Insya-Allah.

ARTIKEL MENARIK:Puteri Aishah muat naik foto pergi bulan madu di Kota London. Sekali benda ni pulak yang warganet perasan.
loading...


Yasmin Hani, suami pisah?

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Yasmin Hani mendedahkan dia dan suami, Sha’arin Razali sudah membawa haluan masing-masing selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Yasmin berkata, mereka bersepakat untuk memulakan perjalanan hidup baharu dan akan membesarkan kedua-dua anak mereka dengan sebaik mungkin.

“Kami dapat melaksanakan apa yang sudah dipersetujui bersama. Kami berdua bersetuju untuk memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. “Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

“Kami betul-betul harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi. Tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai perpisahan mereka, Yasmin berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi sedikit privasi kepada keluarga mereka.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk doa anda. Biarpun kami memilih jalan berbeza, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang saling menyayangi dan ada beberapa hal membuatkan kami lebih dekat berbanding sebelumnya. “Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa. Hubungan sebagai ibu bapa sangat kami utamakan dan kami memohon agar ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan aura positif. Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja dan bergerak ke hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson telah mendedahkan dalam satu program hiburan di TV bahawa rumah tangganya bersama suami sedang dilanda masalah. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia masih berstatus isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Blackrose itu dan hanya akan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang status perkahwinan mereka apabila dirinya sudah bersedia. Yasmin dan Shahrin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Lama Menyepi Siti Saleha Nak Tuntut Pisah Dengan Suami. Sekali Peguam Dedah Rupanya Ini Punca Siti Saleha Nak Berpisah.

TIADA persefahaman menjadi punca pelakon Siti Saleha membuat tuntutan untuk berpisah terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar. Perkara itu didedahkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan ketika ditemui mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Khamis.

Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan perpisahanya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan. Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah perpisahan dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Siti Saleha yang memakai baju kurung hitam hadir ditemani ibu bapanya dilihat memasuki mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi. Berkongsi tentang perkembangan kes berkenaan, Azmi berkata JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum tarikh berkenaan berikutan defenden dan wakilnya gagal hadir pada sesi sebelum ini.

“Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir. “Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara. “Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam,” ujarnya.




Pada 13 Oktober lalu, Siti Salehah Mohd Baharum mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan perpisahannya dengan Ahmad Lutfi. Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

VIDEO:

https://youtu.be/uA0RTXRi-Ik

Sumber : MSTAR ONLINE

Enggan Mendedahkan Secara Terperinci. Akhirnya Siti Saleha Memberitahu Apa Yang Sebenarnya Terjadi Di Mahkamah.

Tidak menunggu lama, aktres terkenal Siti Saleha akhirnya membuka mulut mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan kes pisah ke atas suaminya, Ahmad Lufti Azhar. Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perpisahan atas kebenaran mahkamah.

“Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes pisah dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih,” jawab ringkas pelakon berusia 31 tahun itu kepada Kosmo! Pelakon 7 Hari Mencintaiku itu bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang tindakan nekadnya memfailkan perpisahan ke atas Ahmad Lutfi, 35, selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, media hari ini melaporkan bahawa Siti Saleha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang untuk sebutan kes pisah ke atas suaminya. Prosiding tersebut telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi yang turut dihadiri Ahmad Lutfi. Perkhabaran tersebut mengejutkan ramai pihak memandangkan kakak kepada Sam Bunkface itu jarang bercerita kisah peribadi terutama kisah perkahwinan dengan suaminya yang sebelum pernah bertugas di sebuah jabatan kerajaan itu,

Saleha bagaimanapun sering mengelak apabila diasak persoalan berhubung kejernihan hubungan perkahwinan apabila dilihat jarang berkongsi foto atau momen bersama suaminya dalam media sosial.  Kali terakhir Siti Saleha berkongsi gambar mesra bersama suami adalah pada 24 Mac tahun ini bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.  “It’s your birthday bubbaboo. Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan kabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan anda,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.  Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata. – K! ONLINE

Rumah Tangga Bermasalah. Siti Saleha Dan Suami Muncul Di Mahkamah Untuk Sebutan Kes Ini.

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Siti Saleha berhadapan masalah apabila pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi bagi sebutan kes perpisahan. Memetik portal mStar Online, prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha itu agak mengejutkan apatah lagi pelakon itu sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial. Malah, hasil tinjauan mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsikan gambar mesra bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu. Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017. Pasangan itu masih belum mempunyai dikurniakan cahaya mata.

Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.

Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam. Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama. Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.

Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang. Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun berpisahan pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara.

Sebagai Tikus Makmal Nora Danish Rasa Bertuah Dan Syukur Tiada Kes Pelancong Positif Di Langkawi.

Pelakon jelita Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di Pulau Langkawi, Kedah sejurus inisiatif gelembung pelancongan di lokasi peranginan terkenal itu dibuka pada 16 September lalu. Menerusi Instagram Stories miliknya, Nora, 39, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana setakat ini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkapan skrin (screenshot) artikel daripada sebuah portal.Dalam pada masa sama, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berharap agar sektor pelancongan lain juga akan dibuka tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik.

Sejurus pulang dari pulau tersebut, pelakon filem Polis Evo membuka semula ruangan komen selepas dikritik gara-gara mengenakan pakaian seksi ketika bercuti. Nora kelihatan tidak melatah kerana memilih untuk tidak membalas sebarang komen ‘pedas’ daripada warganet.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan berpisah dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. Kredit: Oh bulan.

Percutian Nora Danish Tamat. Kini Buka Kembali Ruangan Komen Di IG.

PETALING JAYA – Selepas menutup ruangan komen akibat kritikan hangat warganet menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG).

Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bagaimanapun terus menerima kritikan warganet biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.

Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mampus. Artis sekarang entah apa-apa perangai.” Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali).

Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan ramai berhubung berpenampilan seksinya bersama suami dan teman rapat di Langkawi sepanjang empat hari berada di sana. Pada 16 September lalu, Kosmo! Online melaporkan, ketika ramai yang masih dihantui rasa takut untuk melancong, Nora menjadi antara selebriti selamat tiba di lokasi peranginan terkenal tersebut.

Percutian pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim. Nora sekeluarga berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 16 September lalu dan mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana. – K! ONLINE Kredit -Era Kini


-----------------------------------------------------------------