Wanita yang menjadi mangsa belasah suami sehingga mengakibatkan berada dalam keadaan koma sejak Mei lalu, Jahidah Nordin difahamkan sudah melahirkan seorang cahaya mata.
Jahidah dimaklumkan telah bersalin secara czer seorang bayi lelaki selepas dimaklumkan sendiri oleh adiknya di media sosial.
ARTIKEL MENARIK:Diperli teruk bila pasukan JDT gagal bawa pulang Piala Malaysia semalam. Sekali ini respon TMJ.
Sudah bersalin
Fauziah Nordin mengucapkan rasa syukur setelah pembedahan kakaknya telah selesai dan memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan Jahidah.
Bercadang namakan Jihady Nasywan
Menerusi laporan dari Harian Metro, seorang lagi adiknya, Fazariah Nordin pula memaklumkan yang buat masa ini mereka belum dimaklumkan jantina bayi. Namun, menerusi imbasan terdahulu, bayi yang dikandung kakaknya berkelamin lelaki.
“Buat masa ini pihak keluarga belum mendapat tahu jantina bayi berkenaan kerana kami tidak dibenarkan untuk melawat kedua-duanya. Berdasarkan imbasan sebelum ini doktor memaklumkan bayi berkenaan adalah lelaki.”
“Mungkin ini prosedur pihak hospital bagi memastikan jantina bayi disahkan oleh waris sebenar,” katanya.
Selain itu, Fazariah juga menjelaskan yang keluarganya ada memilih nama untuk bayi tersebut dan jika memang sah berjantina lelaki, bayi itu akan dinamakan Jihady Nasywan melambangkan perjuangan kakaknya serta seluruh keluarga menghadapi dugaan hebat ini.
Ditanya perihal masa hadapan Jihady, wanita itu memaklumkan yang dia dan seorang lagi kakaknya iaitu Fauziah akan menjaga bayi tersebut agar dia tidak jauh dengan ibunya yang masih koma.
Sumber: FB Fauziah Nordin, Harian Metro (Ahmad Hasbi)via Kartel Dakwah