Lama Menyepi Terkejut Bila Yassin Bongkarkan Pernah Dibuang Dari Senario. Rupanya Ini Yang Terjadi Waktu Tu.

Business

Lama Menyepi Terkejut Bila Yassin Bongkarkan Pernah Dibuang Dari Senario. Rupanya Ini Yang Terjadi Waktu Tu.

Nama pelawak popular, Yassin Yahya, 43, antara anggota kumpulan lawak nombor satu Malaysia, Senario yang pernah terpalit dengan deretan kontroversi pada zaman kegemilangan pada era 1990-an.

Terkejut tengok bilangan murid berhenti sekolah sejak Mac 2020. Bekas menteri pendidikan luah rasa terkilan.



Pernah dihina ‘lumpur’ yang merosakkan imej kumpulan Senario, namun, hakikatnya, Yassin mempunyai bakat lawak semula jadi yang unik dan tidak wujud pada orang lain.

ARTIKEL MENARIK:Terkejut bila tular tentang bekas pemain bola selangor nekad untuk berpisah dengan isteri masa tengah hamil. Siap nafi status ank walaupun dahbuat ujian DNA.
loading...


Yassin pernah mencipta memori indah bersama Senario selama empat tahun, sebelum digugurkan berikutan kontroversi dadah sekitar 2002, diikuti beberapa kes lain yang pernah menghambat dirinya. Ditahan polis, positif bahan terlarang dan brbalah bukan baharu dalam hidup Yassin, namun, pengalaman itu juga membuatnya menjadi insan lebih matang dalam mengharungi ranjau dan kehidupan.

Akuinya, apa yang dilalui dahulu adalah satu pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Seiring peredaran masa dan peningkatan usia, Yassin akui, bangkit dengan semangat tersendiri. “Kontroversi dahulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Hari ini, kontroversi tidak boleh dikawal apabila ada ‘campur tangan’ golongan warganet. Dahulu, kita masih boleh kawal dan tidak kurang juga ada yang dicipta sendiri.

“Ia pilihan, tetapi boleh jadi menaikkan populariti dan sebaliknya. Saya akui, ada selebriti yang tiada kontroversi, tetapi cuma mereka-reka cerita panas untuk lebih dikenali. “Cuma, jangan anggap kontroversi membebankan atau menjatuhkan sahaja. Pandai buat, pandailah tanggung.

“Sendiri reka, maka sendirilah ada kunci meleraikannya,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran Sudirman Cafe di EDC Hotel, Jalan Raja Laut, baru-baru ini. Yassin berkata, kontroversi yang dilalui menjentik dirinya untuk berubah menjadi lebih baik. “Kontroversi ini perlu dirasa dan diterima. Apabila berbuat salah, kita perlu ditegur dan anggap kritikan membina.

“Ia sekali gus membuatkan kita bangkit dan tidak larut dengan apa yang tidak patut dilakukan lagi.“Saya sendiri pernah jatuh terduduk saat dihambat kontroversi. Saya juga pernah rasa putus asa sebab merosakkan nama orang lain. “Namun, kekuatan daripada ibu dan arwah bapa yang selalu berpesan dan memberi suntikan semangat,” katanya.

Yassin berkata, pengalaman dan pembabitan bersama Senario dulu tidak pernah dikesali. “Dahulu masih muda, jadi tiada istilah rugi mencipta nama dan menambah pengalaman bersama Senario. Bukan senang mahu menjadi salah seorang anggota kumpulan yang pernah diberi jolokan kumpulan lawak nombor satu Malaysia.

“Pernah juga terlintas kenapa saya dipilih menganggotai kumpulan Senario. Sedangkan, ramai pelawak lain yang tidak kurang hebat. “Mungkin saya ada tarikan dan formula yang boleh melengkapi kumpulan ini. “Ada masanya saya sampai tahap tidak fikir soal gaji. Namun, masa bekerja saya anggap serius walaupun perlu berlawak,” katanya.

Akui dirinya seorang yang sangat serius biarpun tuntutan kerja memerlukannya berjenaka, Yassin berkata, dia dan anggota Senario menjalani kehidupan sederhana sejak dahulu lagi. Malah, katanya, setiap anggota Senario ketika zaman kegemilangan pada 1996 tidak hidup terlalu mewah seperti sangkaan ramai.

“Orang luar fikir dengan populariti yang diraih, kami hidup mewah. Hakikatnya, tidak, sebaliknya kami hidup biasa-biasa sahaja. “Kami bekerja makan gaji dan di bawah syarikat pengurusan, Ambang Klasik. Kami tidak memiliki 100 peratus keuntungan. Pastinya, ditapis kerana terikat dengan kontrak. Ibaratnya, kami hanya menurut perintah sahaja.

“Namun, semua ini menjadi ilmu dan pengalaman berharga. Paling penting, proses belajar. Sampai sekarang selagi masih bernyawa, istilah belajar tidak akan bernoktah,” katanya. Mengulas apakah jenama Senario masih relevan hingga hari ini, Yassin optimis setiap anggota kumpulan itu biarpun sudah membawa haluan masing-masing masih diingati.

“Saya percaya orang luar masih kenal kami sampai anggota Senario biarpun menginjak usia 25 tahun penubuhan. Kami masih dihargai dan ada sahaja yang datang ajak bergambar. “Tidak pernah rasa dilupakan, malah, pelbagai perancangan sedang diatur sempena 25 tahun Senario termasuk konsert dan filem terbaharu di bawah arahan Aziz M Osman.

“Stesen TV9 juga mempunyai perancangan untuk menerbitkan sitkom. Cuma, situasi pandemik COVID-19 melengahkan apa yang dirancang. “Jika bersama stesen televisyen tidak boleh diteruskan, kami akan berusaha melakukannya sendiri,” katanya. Ditanya pandangan terhadap lawak dahulu dan sekarang, Yassin berkata, tiada banyak perbezaannya.

“Bagi saya, tidak banyak berbeza, semua pelawak boleh buat lawak. Artis yang bukan pelawak pun ada potensi buat penonton ketawa. “Namun, bukan kerja mudah menjadi pelawak yang diterima. Saya tak mungkin lupa pencapaian Senario yang dianggap pengemudi dunia lawak, itu sisi lain yang saya tumpang berbangga.

“Platform atau pertandingan berlawak masih sama seperti dahulu. Cuma, menjadi pelawak kena tahu apa itu lawak dan perkataan juga perlu diterbalikkan menjadi kawal. “Ini bererti lawak jenaka harus dikawal supaya tidak keterlaluan dan akan diingati. Kalau tidak dikawal, secara automatik akan nampak kekurangan,” katanya.

Kongsi Yassin, dia meneruskan survival dengan membuat ulasan dan promosi membantu usahawan memperkenalkan produk serta perkhidmatan dalam media sosial sejak pandemik COVID-19 menular. “Saya melakukan aktiviti ulasan produk bagi membantu peniaga baru yang belum ada platform. Jadi, kami saling membantu, bayaran yang dikenakan hanya harga dikategorikan mampu milik dan kasih sayang.

“Saya melakukan semua ini ketika berada di Johor. Malah, saya tubuhkan syarikat, Yasstar Production untuk memudahkan kerja dan urusan. “Alhamdulillah, saya berjaya membantu lebih 50 jenama dengan memanfaatkan pengalaman yang ada,” katanya. Yassin memaklumkan, dirinya disahkan positif COVID-19 pada bulan lalu dan melakukan kuarantin selama 20 hari.

“Pada saat diuji, hadir ilham untuk saya membuat panggilan video dengan anggota Senario lain.“Saya terfikir kenapa tidak melakukan sesuatu sebelum perancangan sempena 25 tahun penubuhan Senario dilaksanakan. “Jadi, kami mewujudkan platform Sembang Santai bersama dalam platform YouTube. Kami wujudkan saluran sendiri di bawah akaun SenarioUnion.

“Alhamdulillah, kini, sudah ada hampir 8,000 subscribers dan 23 video sudah dikongsi. Program Sembang Santai bersiaran setiap Sabtu pada waktu malam,” katanya. Anak kelahiran Kampung Maxwell, Kuala Lumpur itu pernah membintangi filem Aku Kaya The Movie, Tangkai Jering, Bujang Senang, Man Laksa, Duyung dan banyak lagi.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Demi Memenuhi Impian Dan Cita Cita Man Raja Lawak Terpaksa Jual Diri Demi Menyertai Kumpulan Sepahtu.

Bakal beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021, Man Raja Lawak berkata dia mempunyai misi serta mahu melakukan persembahan konsisten setiap minggu.

Menurut Man, dia mahu menggunakan kesempatan tersebut untuk menambat hati pelawak, Jep agar memilihnya untuk menyertai kumpulan lawak popular, Sepahtu

“Selepas kami keluar daripada Raja Lawak 5, kami sering kali dapat jemputan show yang sama. Bila saya pernah bergabung dengan Tauke, kumpulan Puteh dan J-Born, jadi Rahim kata kenapa kita buat tak group bersama sedangkan kita dah lama berkawan.

“Jadi saya juga rasa ini peluang saya dan Rahim. Tambah pula sekarang ni Sepahtu sedang mencari lagi seorang ahli. Jadi inilah masanya untuk jual diri saya. Kalau saya boleh serasi dengan Rahim, harapnya saya juga boleh dapatkan sikit perhatian daripada Jep,” katanya.

Dalam pada itu, Man berkata dia sudah lama berharap untuk menyertai kumpulan Sepahtu dan berharap akan mendapat peluang tersebut.

“Saya hari-hari berdoa supaya dapat sertai Sepahtu. Ini pengakuan jujur saya. Ini memang cita-cita saya dan kalau boleh saya berharap agar peminat berikan peluang kepada saya.

“Beberapa minggu sebelum ini, mereka ada menawarkan saya untuk menyertai program mereka secara mingguan sebagai artis jemputan, tetapi jadual saya pula bertindih dengan program dan penggambaran lain,” katanya.




Ujarnya lagi, dia turut berharap agar peminat Sepahtu dapat memberikannya peluang serta dalam masa yang sama boleh mengasah bakatnya jika bersama Sepahtu.

“Setiap minggu pasti ada pelbagai watak yang boleh saya mainkan. Saya memang suka untuk mencuba pelbagai karakter. Saya suka cabar diri saya kerana ingin menjadi pelawak versatile. Bagi saya ini semua rezeki. Kalau ada diberikan peluang, memang saya nak sangat sertai Sepahtu,” katanya.-Sumber: Rotikaya.

Jep dedahkan siapa yang bakal ganti Shuib dalam Sepahtu Reunion. Sekali Amir raja lawak selamba je boleh komen macam ni.

Sepahtu Reunion Live kembali untuk musim kelima. Bagi penggemar program komedi ini, anda mungkin merasakan ada kelompongan dengan ketiadaan Shuib sebagai teraju utama. Bagi seorang lagi teraju utama Sepahtu, Jep, ketiadaan Shuib disifatkan sebagai kehilangan besar namun mengakui ada hikmah di sebalik keputusan tersebut.

Bagi Jep, ketiadaan Shuib dilihat sebagai pembuka rezeki kepada pelawak lain terutama mereka yang otai dalam industri seni. Sepahtu Reunion Live: Kehilangan besar namun ada hikmah di sebalik kekosongan Shuib

Jep (dua dari kiri) ketika diwawancara AWANI Pagi menyifatkan ketiadaan Shuib sebagai kehilangan besar, namun berasakan ada hikmah di sebalik keputusan tersebut. -Astro AWANI. “Sebenarnya ketiadaan Shuib memang satu kehilangan besar buat kami. Tetapi kita perlu fikir satu benda, program perlu diteruskan.

“Walaupun dia (Shuib) tidak dapat lakukan, kita perlu cari alternatif lain. “Bagaimana nak cari ganti itu memang susah, tetapi kita mencari orang yang dapat memudahkan urusan kita. “Kita cari pengganti yang menepati piawaian sama macam Shuib.

“Saya turut menganggap kekosongan itu adalah untuk kita berkongsi rezeki dengan pelawak otai kerana kita tahu kadang-kadang tak semua mengalami nasib yang sama. “Jadi ini adalah satu cabaran namun ada hikmahnya,” jelasnya.

Jep berkata demikian dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa yang disiarkan pagi tadi. Menyentuh mengenai pemilihan artis jemputan dalam program tersebut, seorang lagi teraju utama Sepahtu Reunion Live, Rahim menjelaskan setiap kriteria diteliti bagi memastikan jalan cerita dapat disampaikan dengan sebaiknya.

“Bukan sahaja soal idea yang diteliti tetapi dari segi artis jemputan juga kita adakan perbincangan dengan pihak produksi. “Ada beberapa kriteria yang perlu kita ambil kira, antaranya mengikut jalan cerita, umur, watak, itu memberikan gambaran siapa dan bagaimana artis jemputan untuk minggu itu.

“Memang kita ada senarai yang disediakan merangkumi beberapa nama yang ktia cadangkan yang perlu bersesuaian dengan watak pada satu-satu episod,” ujarnya. Amir Raja Lawak Masuk Komen Sampai Beratus Like



Jangan lupa saksikan Sepahtu Reunion Live musim ke-15 setiap Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Sumber : ASTRO AWANI

Comel je Ayash pegang tasbih macam tu. Shuib muat naik video usap Ayash buat ramai yang tersentuh.

Menerusi halaman instagram Shuibsepahtu, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek bersama dengan anak bongsu nya, Ayash Affan. Rata rata pengikut halaman instagram Shuib memberikan kata kata positif buat nya agar sentiasa kuat dalam menempuhi kehidupan.

Namun, Ayash Affan juga dilihat sedang tidur dan dikejutkan oleh Shuib. “Bangun sayang, nanti malam jaga, asyik tido je..” – Shuib

https://www.instagram.com/p/CUmyG4blcTI/

Baru sahaja Shuib berkongsi wajah anak nya, beliau sempat berkongsi sedikit kata kata, dan berterima kaskh pada semua yang mendoakan nya. Terima kasih doakan kesejahteraan saya” – Shuib kongsi wajah Ayash Affan.

“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shamira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” coretnya ringkas di Instagram. Terdahulu, arwah isteri tercintanya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang, pada 6 Ogos lalu.

Sumber:IG Shuib

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : www.dnq.pw

Ini yang satu dunia nantikan. Akhirnya Shuib dedahkan muka Ayash Affan buat ramai yang teruja.

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan kepada umum setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.

Namun pada hari ini, Setelah anak bongsunya itu cukup sebulan,Shuib membuat pengumuman bakal berkongsi wajah  Ayash Affan di media sosial. Sudah pastinya para warganet ternanti-nanti akan kemunculan wajah Ayash Affan yang setelah ditingalkan Siti Sarah.

Assalammualaikum, Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya. #AYASHAFFAN

VIDEO:

https://www.instagram.com/p/CUeM9xilEoJ/

KOMEN WARGANET:


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Shuib

Tidur pun ada gaya. Shuib muat naik video gelagat Matin tidur buat ramai yang terhibur.

Cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun, kini mendapat perhatian warganet. pelawak Shuib Sepahtu,yang sering berkongsi rutin harian anak-anak dirumah kini sering menjadi perhatian ramai.

Shuib berkongsi satu video yang cukup comel saat Matin sedang lena tidur. Namun apa yang lebih menarik, Cara Matin tidur sungguh pelik dan ianya telah dirakam Shuib. Ade yg tido mcm ni tak? Tak pelikkan tido mcm ni???

https://www.instagram.com/p/CUco6UOh0AB/

KOMEN WARGANET:


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Shuib

Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

Sumber : Bharian  via Era Kini


-----------------------------------------------------------------